Tarikh: 3 Oktober 2022
Masa: 10.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat: Prasekolah Seri Mawar, IPG Kampus
Ipoh
Penganjur: Beh Jing Xia,
Tan Xin Yen, Wong Zi Qi (Unit U- LASS 3013 Pendidikan Lestari Alam Sekitar
kelas 2)
Pada 3 Oktober 2022 yang lalu, kami (Beh Jing Xia, Tan
Xin Yen, Wong Zi Qi) pelajar dari Unit U elektif LASS 3013 Pendidikan Lestari
Alam Sekitar kelas 2 telah menjalankan satu aktiviti di Prasekolah Seri Mawar, IPG
Kampus Ipoh. Murid yang terlibat adalah sebanyak 17 orang pada hari tersebut.
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid
prasekolah tentang isu kepupusan flora dan fauna yang semakin serius pada masa
kini. Bahan yang disediakan adalah projek inovasi ‘Kotak Minda 2F’ yang kami
bina. Kandungan yang terdapat dalam projek ini termasuk pengenalan, punca,
kesan dan langkah mengatasi serta permainan yang berkaitan dengan isu kepupusan
flora dan fauna. Elemen yang digunakan kebanyakkan terdiri daripada
gambar-gambar yang menarik dan pelbagai warna serta perkataan yang mudah
difahami oleh murid prasekolah.
Masa yang diambil untuk melaksnakan aktiviti ini adalah sebanyak satu jam. Dalam set induksi, lagu Didi and Friend ‘Bunyi Haiwan’ telah dipasangkan kepada murid-murid untuk memberikan konsep serta mengaitkan topik yang akan disampaikan nanti. Guru juga menerangkan maksud kepupusan flora dan fauna kepada murid terlebih dahulu sebelum bahan inovasi diperkenalkan.
Seterusnya, murid diminta duduk dalam bulatan yang besar dan guru mempaparkan ‘Kotak Minda 2F’ kepada murid. Guru telah memberikan penerangan tentang kepupusan flora dan fauna, punca berlakunya, kesan, dan Langkah mengatasinya kepada murid. Setiap nota itu telah disediakan dalam bentuk gambar untuk memudahkan murid-murid memahami.
Selepas murid-murid mengenali isu kepupusan flora dan
fauna, satu permainan telah dijalankan menggunakan ‘Kotak Minda 2F’ untuk mengukuhkan
pemahaman mereka. Permainan yang pertama ialah mengkategorikan flora dan fauna
berdasarkan kad-kad yang disediakan. Permainan yang kedua pula adalah padankan
faktor dan kesan isu kepupusan flora dan fauna berdasarkan penerangan yang
telah disampaikan oleh guru. Sepanjang aktiviti dijalankan, kami mendapati
murid-murid telah melibatkan diri secara aktif dan banyak mengemukan pendapat
serta soalan kepada guru.
Setelah habis aktiviti, sesi penyampaian hadiah juga
diadakan kepada murid-murid dan guru Prasekolah Seri Mawar atas Kerjasama yang
diberikan. Tambahan pula, bahan inovasi ‘Kotak Minda 2F’ tersebut juga
dihadiahkan kepada Prasekolah Seri Mawar untuk guru-guru sebagai bahan bantu
mengajar pada masa kelak. Sesi gambar bersama murid-murid dan guru juga
dijalankan sebagai satu kenangan sebelum penutup aktiviti tersebut. Akhir
sekali, diharapkan aktiviti ini dapat memberikan pendedahan dan kesedaran
kepada murid-murid Prasekolah Seri Mawar supaya mereka dapat mengetahui
kepentingan menjaga dan menghargai alam sekitar yang sebagai khanazah kepada
manusia serta mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan