• ;

13-14.10.2026 : JIP Perkasa Kemahiran AI Generatif melalui Kursus Simbiosis Pedagogi Digital

CAMERON HIGHLANDS,  — Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP), IPG Kampus Ipoh menjadualkan Kursus Simbiosis Pedagogi Digital: Revolusi & Integrasi Kecerdasan Buatan (AI) Generatif dalam Pembelajaran Futuristik Tahun 2026 pada 13 hingga 14 Oktober 2026 di SK Kg. Raja, Cameron Highlands.

Kursus dua hari ini bertujuan memperkukuh kemahiran pensyarah dalam penggunaan AI generatif untuk pengajaran dan pembelajaran serta membudayakan amalan digital yang beretika.

Ucapan Dr. Hamdiah Jailani, 
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

Tentatif hari pertama merangkumi sesi Pengenalan Gemini Pro AI dan Perancangan Amalan Terbaik Penggunaan AI yang dikendalikan oleh En. Muhamad Firdaus bin Mohamad. Seterusnya, Pn. Yumi binti Abd Rahim dan Dr. Hamdiah binti Jailani dijadualkan membimbing peserta menyediakan draf dan storyboard pembinaan AI. Perbincangan bersama warga JIP di Tanah Rata melengkapkan pengisian pada sebelah malam.

Perkongsian ilmu oleh 
En. Muhamad Firdaus bin Mohamad.

Pada hari kedua, peserta dijadualkan mengikuti sesi Penjanaan Bahan Pengajaran Multimedia Adaptif Berasaskan AI dan bengkel Pembinaan Bahan AI Menggunakan Gemini. En. Muhamad Firdaus bin Mohamad mengendalikan pengisian tersebut dengan bantuan fasilitator Pn. Yumi binti Abd Rahim dan Dr. Hamdiah binti Jailani.

Perkongsian ilmu
Pn. Yumi Abd Rahim

Perkongsian ilmu
Pn. Yumi Abd Rahim

Sesi Showcase Perkongsian Amalan Terbaik AI pada sebelah petang menyediakan ruang untuk peserta membentangkan hasil kerja mereka. Tentatif menyenaraikan En. Muhamad Firdaus bin Mohamad, Dr. Theimoli a/p Munusamy dan Pn. Yumi binti Abd Rahim sebagai panel penilaian. Program dijadualkan berakhir dengan sesi penutupan dan penyampaian sijil pada pukul 4.00 hingga 5.00 petang.

Melalui pengisian ini, JIP menyasarkan pengukuhan keupayaan pensyarah untuk menghasilkan bahan pengajaran berasaskan AI serta mengintegrasikan teknologi secara berkesan dalam pendidikan guru.





Kongsi:

28-30.09.2026 - Tahniah Pn Yumi : Pakar Rujuk Pembangunan Instrumen Kesediaan Guru bagi KP2027

Syabas dan tahniah kepada Puan Yumi binti Abd Rahim, Pensyarah Akademik JIP, IPGKI telah menyumbang kepakaran dalam Bengkel Kerja Pembangunan Instrumen Kesediaan Guru bagi Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027) pada 28 hingga 30 September 2026. 

Bahagian Profesionalisme Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan bengkel tersebut di Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Selaku pembangun instrumen dan Pakar Kandungan Modul Teknologi dan Digital (T&D), beliau terlibat dalam penetapan konstruk dan indikator, pembangunan item kuantitatif dan kualitatif serta semakan skala pengukuran. Beliau turut menyumbang dalam pemurnian dan penyelarasan instrumen.

Instrumen ini bertujuan mengenal pasti tahap kefahaman dan kesediaan guru serta jurulatih dalam persediaan pelaksanaan KP2027. Instrumen tersebut turut menilai kebolehlaksanaan, kualiti dan relevansi penataran bagi menyokong perancangan latihan guru.










Kongsi:

25-27.09.2026 - Tahniah Dr. Hamdiah : WakiliPasukan Bola Tampar Wanita Ibu Pejabat dalam PSKPP 2026

Syabas dan tahniah kepada Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI telah mewakili pasukan Bola Tampar Wanita Ibu Pejabat dalam PSKPP 2026 yang berlangsung di Kuala Kangsar pada 25 hingga 27 September 2026.

Penyertaan beliau memperlihatkan penglibatan aktif dalam bidang sukan serta semangat kerjasama berpasukan. Warga Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan tahniah kepada Dr. Hamdiah atas penyertaan tersebut dan berharap agar penglibatan ini terus menyemarakkan budaya bersukan dalam kalangan warga pendidik.




Kongsi:

24.09.2026 - Tahniah Pn. Yumi :AUDIT PEMANTAUAN 2 SIRIM QAS INTERNATIONAL ISO 21001:2018

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI) telah melalui Audit Pemantauan 2 SIRIM QAS International bagi Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (Educational Organizations Management System – EOMS) ISO 21001:2018.

Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan audit tersebut, sesi pengauditan turut melibatkan aspek Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP).

Puan Yumi binti Abdul Rahim, Pensyarah Akademik, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh, telah terlibat sebagai auditi bagi sesi pemantauan PdP berkenaan. Sesi audit memberi ruang kepada pihak auditor meneliti pelaksanaan proses PdP serta pematuhan terhadap keperluan dan amalan pengurusan pendidikan yang ditetapkan dalam EOMS ISO 21001:2018.

Pelaksanaan audit pemantauan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan IPG Kampus Ipoh dalam memastikan sistem pengurusan organisasi pendidikan dilaksanakan secara sistematik, konsisten dan berorientasikan peningkatan kualiti berterusan (continual improvement).

Komitmen warga IPGKI terhadap pelaksanaan EOMS diharapkan dapat terus memperkukuh budaya kerja berkualiti serta menyokong penyampaian perkhidmatan pendidikan guru yang berkesan dan berkualiti.





Kongsi:

15.09.2026 - Tahniah Dr Hamdiah :JURI AKHIR CABARAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION 2026

Tahniah dan syabas kepada Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan  atas pelantikan sebagai Juri Pertandingan Akhir Pitching, Cabaran Digital Storytelling Animation Peringkat Kebangsaan 2026.

📅 13–15 September 2026

📍 Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran dan pengalaman beliau dalam menilai kreativiti, inovasi serta penyampaian digital dalam kalangan peserta di peringkat kebangsaan.

Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang serta terus menyumbang kepada perkembangan kreativiti dan inovasi digital dalam dunia pendidikan.

Tahniah, Dr. Hamdiah! 







Kongsi:

28.08.2026 - Tahniah Cikgu Norzetty : Calon Anugerah Guru Inovatif Prasekolah KPM, Peringkat Daerah Kinta Utara 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Norzety Binti Abdul Aziz, Prasekolah Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh atas kejayaan terpilih sebagai Calon Anugerah Guru Inovatif Prasekolah KPM, Peringkat Daerah Kinta Utara. 

Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, kreativiti dan inovasi yang dicurahkan dalam mendidik serta mencorakkan pendidikan awal kanak-kanak.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencipta inovasi, mencetus inspirasi dan mengukir kecemerlangan dalam dunia pendidikan prasekolah. 

Tahniah Cikgu Zetty! Teruskan melakar kejayaan dan menginspirasi generasi masa hadapan! 



Kongsi:

22.08.2026 : TAHNIAH Unit BNK, JIP : REHLAH ILMIAH SPM 2026

📚 22 Ogos 2026 | 8.30 pagi – 11.30 pagi

IPG Kampus Ipoh terus memperkukuh penglibatan dan khidmat komuniti melalui penyertaan pelajar Unit Bimbingan dan Kaunseling (BNK) serta Program Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK), Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) dalam program REHLAH ILMIAH SPM 2026 bersama SMKA Kuala Lipis.

Program ini menjadi wadah kepada para pelajar IPGKI untuk menyumbang kepakaran, pengalaman serta kemahiran interpersonal dalam menyokong usaha pembangunan sahsiah dan persediaan akademik pelajar sekolah khususnya dalam menghadapi SPM 2026.

Seramai 9 orang pelajar IPGKI daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling serta PAKK telah terlibat dalam program ini:

1. Muhammad Aqil Hazrat bin Shaifful Haizam – PAKK

2. Nur Afifa Insyirah binti Mohd Rizal – BNK

3. Nurulain Izzati binti Muhammad Abdul Basit – BNK

4. Mohamad Shazlan bin Che Azmi – PAKK

5. Nur Damia Ilyana binti Azhar – BNK

6. Alya Adriana Amani binti Muhamad Kamal – BNK

7. Muhammad Naufal Aniq bin Azman – PAKK

8. Aisya Firdina binti Sharuddin – PAKK

9. Muhammad Amru Hadif bin Mohd Sallehuddin Shah – BNK

Penglibatan ini bukan sahaja memberikan pengalaman bermakna kepada pelajar IPGKI, malah mencerminkan komitmen Jabatan Ilmu Pendidikan dalam memperkasakan hubungan strategik dengan institusi pendidikan serta membudayakan nilai khidmat, kepimpinan, kolaborasi dan pembelajaran sepanjang hayat.

Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan dan diperluas pada masa akan datang demi manfaat warga pendidik serta generasi pelajar.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.












Kongsi:

20.08.2026 - Dr. Hamdiah & En Mustafa Kamal - Tahniah & Syabas APC 2025

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Hamdiah Jailani, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan dan En. Mustafa Kamal, Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025.

Semoga pengiktirafan ini menjadi tanda penghargaan atas dedikasi, komitmen dan kecemerlangan yang telah dicurahkan dalam perkhidmatan.

Moga kejayaan ini berkekalan, terus menjadi inspirasi dan membuka ruang kepada lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang. 

Tahniah dan terus cemerlang! 







Kongsi:

14.08.2026 - En. Ahmad Firdaus : Budimu Disanjung

SETULUS PENGHARGAAN, SEINDAH KENANGAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Ahmad Firdaus bin Mat Som, Pensyarah Akademik atas segala jasa, dedikasi, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berada bersama warga JIP.

Segala usaha, budi dan kebaikan yang diberikan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti.

Semoga terus maju jaya dan dipermudahkan dalam setiap langkah seterusnya.

Jasamu dikenang, budimu disanjung. ❤️


Penyampaian cenderahati Dr. Hamdiah kepada En. Ahmad Firdaus

Penyampaian cenderahati Dr. Hamdiah kepada En. Ahmad Firdaus


Kongsi:

11.08.2026 : Webinar Penataran Buku Panduan Pentaksiran (BPP), IPG, KPM - Kemaskini Ogos 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

*WEBINAR PENATARAN BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN (BPP), INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMAS KINI OGOS 2026*

Dengan segala hormatnya perkara perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan (PPP), Institut Pendidikan Guru Malaysia akan menganjurkan Webinar Penataran Buku Panduan Pentaksiran  IPG, KPM  Kemas (Kini Ogos 2026). 

3. Sehubungan dengan itu, satu webinar akan dilaksanakan oleh pihak oleh pihak Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan (PPP) IPGM berdasarkan ketetapan berikut:

Tarikh: 11 Ogos 2026 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi hingga 11.00 pagi

Pelantar:
https://www.youtube.com/watch?v=uNvk5IIZwVohttps://www.youtube.com/watch?v=uNvk5IIZwVo

4. Oleh itu, tuan/puan dijemput untuk hadir menyertai webinar tersebut pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Segala perhatian berhubung perkara ini amatlah dihargai dan dihului dengan ucapan terima kasih

Sekian, terima kasih.


Kongsi:

10.08.2026 - Tahniah Pensyarah JIP : Perkasa Kompetensi melalui Bengkel KPPB

Pensyarah Akademik Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) menyertai Bengkel KPPB sebagai usaha memperkasa kompetensi profesional, inovasi pedagogi dan amalan pengajaran berimpak tinggi.

📅 Tarikh: 10 Ogos 2026 (Isnin)

⏰ Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang

📍 Tempat: Dewan Seri Melati, IPG Kampus Ipoh

Penglibatan ini mencerminkan komitmen JIP dalam memperkukuh profesionalisme pensyarah serta menyokong agenda transformasi pendidikan dan kemenjadian siswa guru.

JIP — Memperkasa Pensyarah, Menginspirasi Pendidikan.




Kongsi:

05-06.08.2026 - Tahniah Pensyarah JIP : Bengkel Reka Bentuk Kulit Buku

Syabas dan tahniah kepada 3 orang Pensyarah Akademik, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh telah menyertai Bengkel Reka Bentuk Kulit Buku bagi memperkukuh kemahiran kreativiti, reka bentuk dan penerbitan bahan ilmiah yang lebih profesional serta menarik.

📅 Tarikh: 5–6 Ogos 2026 (Rabu–Khamis)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Pusat Sumber, IPG Kampus Ipoh

👥 Pensyarah terlibat:

• Tn. Hj. Azlan Lin
• Dr. Theinmoli A/P Munusamy
• Dr. Shella

Bengkel ini menjadi platform memperkasa kompetensi digital dan kreativiti pensyarah dalam menghasilkan reka bentuk kulit buku yang berkualiti, profesional dan berimpak.






Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1