TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah menghasilkan Sajak Bertajuk "MADANI: TIANG SERI BANGSA MALAYSIA" dan telah diterbitkan dalam Antologi Sajak Malaysia Madani Rakyat Disantuni, Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ipoh , 2025.
13.03.2026 - Tahniah Prasekolah Seri Mawar : Kerjasama dengan Klinik Pergigian Tanjung Rambutan, Perak
Syabas dan tahniah Cikgu Nor Zety, guru prasekolah Seri Mawar IPG Kampus Ipoh telah melaksanakan kerjasama dengan Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan bagi melaksanakan Program Pergigian untuk anak-anak Prasekolah Seri Mawar.
En Ahmad Jalaluail bin Abd Manab, Ketua Unit Prasekolah telah menyambut kehadiran 3 orang jururawat pergigian Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan.
Tujuan kerjasama ini ialah memberi latihan penjagaan dan tatacara menggosok gigi yang betul untuk anak-anak prasekolah. Teruskan usaha yang baik demi pendidikan anak-anak prasekolah.
En Ahmad Jalalulail Abd Manab, Ketua Unit Prasekolah menyambut kehadiran jururawat Klinik Pergigian Tanjung Rambutan di Prasekolah Seri Mawar, IPGKI.
Kanak-kanak Prasekolah Seri Mawar menerima latihan penjagaan dan tatacara menggosok gigi yang betul.









