• ;

19.06.2026 - Tahniah Pn Mastura Karimuddin

Warga Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan tahniah kepada Pn Mastura binti Karimuddin yang telah melangsungkan perkahwinan anak beliau pada 06.06.2026 (Sabtu) lalu.

Justeru, Pn Anis Salwa, JK Kebajikan JIP telah menguruskan pembelian hadiah perkahwinan JIP untuk Pn Mastura. Hadiah tersebut telah disampaikan oleh Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan.

Dari Kanan : Dr Hamdiah telah menyampaikan hadiah kepada Pn Mastura.


Kongsi:

07.06.2026 - Tahniah Dr. Ganesan, Dr. Sriraj dan En Habidin : Penerbitan E-Book Kemahiran Belajar

Syabas dan Tahniah kepada Dr. Ganesan a/l Shanmugavelu, Dr. Sriraj A/L Durailimgam dan En Habidin bin Aris, Pensyarah Akademik, JIP yang telah berjaya menerbitkan  e-book sebagai rujukan pelajar PISMP.

Tajuk Buku - Kemahiran Belajar
Kod Kursus - GKEB1072
Sasaran : Pelajar PISMP, IPG

Penerbitan e-book ini dapat menambah koleksi bahan bacaan untuk pelajar IPG seluruh negara.



Kongsi:

03.06.2026 - Tahniah Dr Ganesan - Penceramah sempena Bengkel Penyelidikan Pensyarah IPGKI

Tahniah dan syabas kepada Dr Ganesan A/L Shanmugavelu, Pensyarah Kanan, JIP yang telah melaksanakan tugas sebagai Penceramah bertajuk Penyelidikan Tekstual seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 03.06.2026 (Rabu)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPGKI

Pensyarah akademik setiap jabatan hadir sebagai peserta kursus. Informasi ceramah yang diberikan dapat memberi manfaat untuk semua peserta yang hadir.





Kongsi:

03.06.2026 - Tahniah Pn Yumi dan Pn Sarini : Penceramah Pemantapan AI Dalam PdP Guru-guru SK Bukit Jalil.

Syabas dan tahniah kepada Pn Yumi binti Abd Rahim dan Pn. Sarini binti Sulaiman, Pensyarah Akademik, JIP yang telah berjaya melaksanakan tugas sebagai Penceramah bertajuk Pemantapan AI Dalam PdP seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 03.06.2026 (Rabu)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Siswazah, IPGKI. 

Peserta kursus dalam kalangan guru-guru SK Bukit Jalil. Semoga perkongsian ilmu berkaitan AI Dalam Pdp dapat mencetus idea pelaksanaan guru-guru di dalam kelas masing-masing.

Pn Yumi bersemangat memberi ceramah




Kongsi:

03.06.2026 - JIP - Bengkel Penyelidikan Pensyarah, IPGKI

Syabas dan Tahniah kepada pensyarah akademik Jabatan Ilmu Pendidikan yang telah mengikuti kursus Bengkel Penyelidikan Pensyarah seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 03.06.2026 (Rabu)

Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang.

Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPGKI

Anjuran : Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi dengan kerjasama Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPGKI.

Pensyarah Akademik dapat maklumat terkini berkaitan tatacara penyelidikan dan teknik penulisan jurnal. 

Semua pensyarah akademik setiap jabatan termasuk JIP

Pensyarah JIP yang sedia berbincang dan melaksanakan tugasan kumpulan.


Kongsi:

22.05.2026 - Selamat Bersara En Jalal : Majlis Send-Off

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan selamat bersara kepada En Ahmad Jalalulail Bin Abd Wahab, Ketua Unit Prasekolahm Jabatan Ilmu Pendidikan. 

Majlis Send -off telah berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 22.05.2026(Jumaat)
Masa :  3.30 petang 
Tempat : Anjung Seri Budiman (foyer)


En Jalal berbual mesra bersama Pengarah IPGKI dan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan 



En. Jalal bukan hanya menampal kata-kata hikmah di papan kenyataan, tetapi turut menampalnya dalam kehidupan ramai pelajar. Selamat bersara, pensyarah yang sentiasa memberi inspirasi


En Jalal mengetik kad kehadiran bekerja sebagai tanda akhir seorang Pegawai Perkhidmatan Awam.


En. Jalal telah menyerahkan kad perakam waktu kepada Dr Pengarah sebagai berakhirnya Pegawai Perkhidmatan Awam.



Kalungan bunga ini bukan sekadar simbol penghargaan, tetapi lambang kasih, hormat dan kenangan buat seorang pensyarah yang banyak berjasa


Para pensyarah dan warga IPG Kampus Ipoh berkumpul di foyer menyambut majlis send-off yang penuh bermakna ini. Suasana menjadi lebih istimewa dengan kehadiran rakan-rakan seperjuangan yang hadir memberikan sokongan dan ucapan selamat kepada En, Jalal yang diraikan.


Bergambar bersama warga JIP dan JB


Dengan lambaian penuh makna, En.Jalal mengucapkan selamat tinggal kepada tempat yang telah menjadi sebahagian daripada hidupnya selama bertahun-tahun


















Kongsi:

22.05.2026 - Majlis Perhimpunan Bulan Mei 2026 dan Santunan Budi

Syabas dan tahniah kepada warga Jabatan Ilmu Pendidikan telah menjayakan Sambutan Majlis Perhimpunan Organisasi Bulan Mei 2026 dan Santunan Budi seperti ketetapan berikut :

  • Tarikh : 22.05.2026 (Jumaat)
  • Masa : 8.30 am
  • Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPGKI

Majlis Santunan Budi ini sempena persaraan 2 org warga IPGM Kampus Ipoh iaitu :

1. En. Ahmad Jalalulail Bin Abd Manab
- Ketua Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan

2. Dr. Arulnathan a/l Visurasam
- Pensyarah Akademik, Jabatan Bahasa

Anjuran : 

  • JKA & HEP : Perhimpunan Mei
  • JIP & JB : Majlis Santunan Budi
  • Jawatankuasa Perhimpunan Bulanan & Santunan Budi


Poster Majlis

Dengan alunan nadaswaram dan miruthangam yang meriah, mereka diiring masuk ke dewan sebagai tanda penghormatan atas segala jasa dan pengorbanan mereka dalam dunia pendidikan.


Masuk ke dewan dengan senyuman, diiringi dua orang murid prasekolah yang comel.


Suasana indah ini menggambarkan betapa istimewanya penghargaan buat seorang pensyarah yang bakal menamatkan perkhidmatannya hari ini


Di sebalik kelancaran sesuatu majlis, pasti ada suara yang menghidupkan suasana. Dua juruacara ini bukan sekadar mengendalikan majlis, tetapi turut menceriakan setiap detik dengan senyuman dan karisma mereka


Walaupun kecil, persembahan murid prasekolah Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh berjaya mencuit hati dan mencipta kenangan manis buat semua yang hadir


Ucapan Dr. Hamdiah binti Jailani
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan


Penyampaian Sijil Penghargaan Kementerian Pendidikan oleh Dr Pengarah kepada En. Jalal


Penyampaian Cenderahati JIP oleh Dr. Hamdiah,  KJ JIP


Gambar kenangan bersama warga JIP


Bersama Penyelaras dan Penolong Penyelaras 
Majlis Persaraan En. Jalal








Kongsi:

23.06.2026 : Tahniah Siswa Guru BNK : Naib Johan dalam Jemputan Kejohanan Olahraga ke-64, IPGK Ilmu Khas

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Muhammad Irfan bin Izani (C13) dan Fatin Nur Hadirah binti Huzaimi (C13) atas penyertaan dalam Jemputan Kejohanan Olahraga Tahunan ke-64 IPG Ilmu Khas yang berlangsung pada 22 April 2026.

Selain itu, Muhammad Irfan bin Izani telah berjaya meraih Naib Johan dalam Jemputan Kejohanan Olahraga Tahunan ke-64 IPG Ilmu Khas dan mengharumkan nama IPG Kampus Ipoh.

Teruskan usaha dan membawa sinar pada masa akan datang! ✨


Kongsi:

01.04.2026 - Selamat Datang Dr. Hamdiah Jailani : Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

Warga Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan Selamat Datang kepada Dr Hamdiah binti Jailani, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan yang dilantik mulai 01.04.2026. 

Semoga kepimpinan yang diamanahkan terus mencapai visi dan misi organisasi ke arah kecemerlangan pendidikan.



Kongsi:

17.04.2026 : Tahniah Unit Bimbingan dan Kaunseling : Jamuan Hari Raya AidilFitri 2026

Syabas dan tahniah kepada Dr.Zulliana binti Hassan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP dan Siswa Guru Bimbingan dan Kaunseling Unit C telah melaksanakan Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17.04.2026 (Jumaat)

Tempat : Dewan Seri Melati, IPGKI

Selain itu, Unit BNK turut meraikan persaraan Dr. Mariah binti Kamaruddin, mantan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI.








Kongsi:

13.04.2026 : Penyampaian Saguhati : Sempena Kematian Ibu Pn Mastura Kamarudin

 Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan takziah kepada Pn Mastura Kamarudin, Pensyarah Kanan JIP atas kematian ibu tercinta Allahyarhamah Norkiah binti Yunus pada 08.04.2026 jam 8.49 malam.

Justeru, Tn. Syed Jahangir Ali Bin Ilhan Mohaideen, Pen. Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan telah menyampaikan saguhati warga JIP kepada Pn Mastura.



Kongsi:

10.04.2026 - Majlis Santunan Budi Dr. Mariah

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan selamat bersara kepada Dr Mariah, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan. 

Majlis Santunan Budi telah berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10.04.2026 (Jumaat)
Masa :  8.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh


Dr. Mariah diiringi menuju ke lokasi majlis dalam suasana yang penuh bermakna.


Momen bermakna bersama Dr. Mariah sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Ketua Jabatan


Dr Maraih menampal kata-kata hikmah untuk renungan warga kampus 


Pengarah menyampaikan Sijil Kerajaan Malaysia kepada Dr. Mariah

Bergambar bersama warga JIP kampus Ipoh


Dr. Mariah meluangkan masa bergambar bersama pelajar dalam suasana penuh mesra dan kasih sayang.


Terbanglah bebas bersama harapan dan kenangan, mengiringi langkah baharu Dr. Mariah dalam kehidupan yang seterusnya.


Lambaian perpisahan Dr. Mariah yang penuh makna.




Kongsi:

03.04.2026 - Sambutan Hari Raya AidilFitri 2026 : Prasekolah Seri Mawar, IPGKI

 Syabas dan Tahniah kepada Cikgu Zetty, Guru Prasekolah Seri Mawar, IPGKI dan En Ahmad Jalalulail, Ketua Unit Prasekolah kerana telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Prasekolah Seri Mawar, IPGKI.

Program tersebut berlangsung pada :

Hari : Jumaat (03.04.2026)

Tempat : Prasekolah Seri Mawar, IPGKI

Kehadiran ibu bapa pelajar prasekolah sungguh memberangsangkan. Para pensyarah JIP juga turut hadir. 

















Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1