• ;

23.06.2026 : Tahniah Siswa Guru BNK : Naib Johan dalam Jemputan Kejohanan Olahraga ke-64, IPGK Ilmu Khas

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Muhammad Irfan bin Izani (C13) dan Fatin Nur Hadirah binti Huzaimi (C13) atas penyertaan dalam Jemputan Kejohanan Olahraga Tahunan ke-64 IPG Ilmu Khas yang berlangsung pada 22 April 2026.

Selain itu, Muhammad Irfan bin Izani telah berjaya meraih Naib Johan dalam Jemputan Kejohanan Olahraga Tahunan ke-64 IPG Ilmu Khas dan mengharumkan nama IPG Kampus Ipoh.

Teruskan usaha dan membawa sinar pada masa akan datang! ✨


Kongsi:

01.04.2026 - Selamat Datang Dr. Hamdiah Jailani : Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

Warga Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan Selamat Datang kepada Dr Hamdiah binti Jailani, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan yang dilantik mulai 01.04.2026. 

Semoga kepimpinan yang diamanahkan terus mencapai visi dan misi organisasi ke arah kecemerlangan pendidikan.



Kongsi:

17.04.2026 : Tahniah Unit Bimbingan dan Kaunseling : Jamuan Hari Raya AidilFitri 2026

Syabas dan tahniah kepada Dr.Zulliana binti Hassan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP dan Siswa Guru Bimbingan dan Kaunseling Unit C telah melaksanakan Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17.04.2026 (Jumaat)

Tempat : Dewan Seri Melati, IPGKI

Selain itu, Unit BNK turut meraikan persaraan Dr. Mariah binti Kamaruddin, mantan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI.








Kongsi:

13.04.2026 : Penyampaian Saguhati : Sempena Kematian Ibu Pn Mastura Kamarudin

 Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan takziah kepada Pn Mastura Kamarudin, Pensyarah Kanan JIP atas kematian ibu tercinta Allahyarhamah Norkiah binti Yunus pada 08.04.2026 jam 8.49 malam.

Justeru, Tn. Syed Jahangir Ali Bin Ilhan Mohaideen, Pen. Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan telah menyampaikan saguhati warga JIP kepada Pn Mastura.



Kongsi:

10.04.2026 - Majlis Santunan Budi Dr. Mariah

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan selamat bersara kepada Dr Mariah, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan. 

Majlis Santunan Budi telah berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10.04.2026 (Jumaat)
Masa :  8.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh


Dr. Mariah diiringi menuju ke lokasi majlis dalam suasana yang penuh bermakna.


Momen bermakna bersama Dr. Mariah sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Ketua Jabatan


Dr Maraih menampal kata-kata hikmah untuk renungan warga kampus 


Pengarah menyampaikan Sijil Kerajaan Malaysia kepada Dr. Mariah

Bergambar bersama warga JIP kampus Ipoh


Dr. Mariah meluangkan masa bergambar bersama pelajar dalam suasana penuh mesra dan kasih sayang.


Terbanglah bebas bersama harapan dan kenangan, mengiringi langkah baharu Dr. Mariah dalam kehidupan yang seterusnya.


Lambaian perpisahan Dr. Mariah yang penuh makna.




Kongsi:

03.04.2026 - Sambutan Hari Raya AidilFitri 2026 : Prasekolah Seri Mawar, IPGKI

 Syabas dan Tahniah kepada Cikgu Zetty, Guru Prasekolah Seri Mawar, IPGKI dan En Ahmad Jalalulail, Ketua Unit Prasekolah kerana telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Prasekolah Seri Mawar, IPGKI.

Program tersebut berlangsung pada :

Hari : Jumaat (03.04.2026)

Tempat : Prasekolah Seri Mawar, IPGKI

Kehadiran ibu bapa pelajar prasekolah sungguh memberangsangkan. Para pensyarah JIP juga turut hadir. 

















Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1