• ;

22.08.2026 : TAHNIAH Unit BNK, JIP : REHLAH ILMIAH SPM 2026

📚 22 Ogos 2026 | 8.30 pagi – 11.30 pagi

IPG Kampus Ipoh terus memperkukuh penglibatan dan khidmat komuniti melalui penyertaan pelajar Unit Bimbingan dan Kaunseling (BNK) serta Program Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK), Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) dalam program REHLAH ILMIAH SPM 2026 bersama SMKA Kuala Lipis.

Program ini menjadi wadah kepada para pelajar IPGKI untuk menyumbang kepakaran, pengalaman serta kemahiran interpersonal dalam menyokong usaha pembangunan sahsiah dan persediaan akademik pelajar sekolah khususnya dalam menghadapi SPM 2026.

Seramai 9 orang pelajar IPGKI daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling serta PAKK telah terlibat dalam program ini:

1. Muhammad Aqil Hazrat bin Shaifful Haizam – PAKK

2. Nur Afifa Insyirah binti Mohd Rizal – BNK

3. Nurulain Izzati binti Muhammad Abdul Basit – BNK

4. Mohamad Shazlan bin Che Azmi – PAKK

5. Nur Damia Ilyana binti Azhar – BNK

6. Alya Adriana Amani binti Muhamad Kamal – BNK

7. Muhammad Naufal Aniq bin Azman – PAKK

8. Aisya Firdina binti Sharuddin – PAKK

9. Muhammad Amru Hadif bin Mohd Sallehuddin Shah – BNK

Penglibatan ini bukan sahaja memberikan pengalaman bermakna kepada pelajar IPGKI, malah mencerminkan komitmen Jabatan Ilmu Pendidikan dalam memperkasakan hubungan strategik dengan institusi pendidikan serta membudayakan nilai khidmat, kepimpinan, kolaborasi dan pembelajaran sepanjang hayat.

Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan dan diperluas pada masa akan datang demi manfaat warga pendidik serta generasi pelajar.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.












Kongsi:

20.08.2026 - Dr. Hamdiah & En Mustafa Kamal - Tahniah & Syabas APC 2025

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Hamdiah Jailani, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan dan En. Mustafa Kamal, Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025.

Semoga pengiktirafan ini menjadi tanda penghargaan atas dedikasi, komitmen dan kecemerlangan yang telah dicurahkan dalam perkhidmatan.

Moga kejayaan ini berkekalan, terus menjadi inspirasi dan membuka ruang kepada lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang. 

Tahniah dan terus cemerlang! 







Kongsi:

14.08.2026 - En. Ahmad Firdaus : Budimu Disanjung

SETULUS PENGHARGAAN, SEINDAH KENANGAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Ahmad Firdaus bin Mat Som, Pensyarah Akademik atas segala jasa, dedikasi, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berada bersama warga JIP.

Segala usaha, budi dan kebaikan yang diberikan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti.

Semoga terus maju jaya dan dipermudahkan dalam setiap langkah seterusnya.

Jasamu dikenang, budimu disanjung. ❤️


Penyampaian cenderahati Dr. Hamdiah kepada En. Ahmad Firdaus

Penyampaian cenderahati Dr. Hamdiah kepada En. Ahmad Firdaus


Kongsi:

11.08.2026 : Webinar Penataran Buku Panduan Pentaksiran (BPP), IPG, KPM - Kemaskini Ogos 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

*WEBINAR PENATARAN BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN (BPP), INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMAS KINI OGOS 2026*

Dengan segala hormatnya perkara perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan (PPP), Institut Pendidikan Guru Malaysia akan menganjurkan Webinar Penataran Buku Panduan Pentaksiran  IPG, KPM  Kemas (Kini Ogos 2026). 

3. Sehubungan dengan itu, satu webinar akan dilaksanakan oleh pihak oleh pihak Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan (PPP) IPGM berdasarkan ketetapan berikut:

Tarikh: 11 Ogos 2026 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi hingga 11.00 pagi

Pelantar:
https://www.youtube.com/watch?v=uNvk5IIZwVohttps://www.youtube.com/watch?v=uNvk5IIZwVo

4. Oleh itu, tuan/puan dijemput untuk hadir menyertai webinar tersebut pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Segala perhatian berhubung perkara ini amatlah dihargai dan dihului dengan ucapan terima kasih

Sekian, terima kasih.


Kongsi:

10.08.2026 - Tahniah Pensyarah JIP : Perkasa Kompetensi melalui Bengkel KPPB

Pensyarah Akademik Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) menyertai Bengkel KPPB sebagai usaha memperkasa kompetensi profesional, inovasi pedagogi dan amalan pengajaran berimpak tinggi.

📅 Tarikh: 10 Ogos 2026 (Isnin)

⏰ Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang

📍 Tempat: Dewan Seri Melati, IPG Kampus Ipoh

Penglibatan ini mencerminkan komitmen JIP dalam memperkukuh profesionalisme pensyarah serta menyokong agenda transformasi pendidikan dan kemenjadian siswa guru.

JIP — Memperkasa Pensyarah, Menginspirasi Pendidikan.




Kongsi:

05-06.08.2026 - Tahniah Pensyarah JIP : Bengkel Reka Bentuk Kulit Buku

Syabas dan tahniah kepada 3 orang Pensyarah Akademik, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh telah menyertai Bengkel Reka Bentuk Kulit Buku bagi memperkukuh kemahiran kreativiti, reka bentuk dan penerbitan bahan ilmiah yang lebih profesional serta menarik.

📅 Tarikh: 5–6 Ogos 2026 (Rabu–Khamis)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Pusat Sumber, IPG Kampus Ipoh

👥 Pensyarah terlibat:

• Tn. Hj. Azlan Lin
• Dr. Theinmoli A/P Munusamy
• Dr. Shella

Bengkel ini menjadi platform memperkasa kompetensi digital dan kreativiti pensyarah dalam menghasilkan reka bentuk kulit buku yang berkualiti, profesional dan berimpak.






Kongsi:

03.08.2026 - Tahniah JIP : Terbitan Buku "Sejarah Pendidikan di Malaysia"

Syabas dan tahniah kepada penulis buku Sejarah Pendidikan di Malaysia dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Senarai penulis, Pensyarah Akademik Jabatan Ilmu Pendidikan yang  memiliki kepakaran dalam bidang Sejarah Pendidikan di Malaysia iaitu :

1. Dr. Ganesan Shanmugavelu
2. Dr. Sriraj Duraillingam
3. Habidin bin Aris
4. Syed Jahangir Ali bin Ilhan Mohaideen

Antara tema yang jelas ditonjolkan ialah pendidikan pondok, yang memainkan peranan penting dalam pendidikan masyarakat Melayu dan pendidikan Islam; perkembangan sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil yang berkait rapat dengan struktur masyarakat pada zaman kolonial; serta kemunculan pendidikan formal dan sekolah moden.

Untuk kegunaan kuliah, buku ini sesuai dijadikan bahan pengenalan bagi topik Sejarah Perkembangan Pendidikan di Malaysia, sebelum masuk kepada perkara seperti Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu, Ordinan Pelajaran 1952, Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan.







Kongsi:

03.08.2026 - Tahniah JIP : Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026

Syabas dan Tahniah Warga Jabatan Ilmu Pendidikan yang memberi komitmen dalam Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 seperti ketetapan berikut :

Hari : Isnin (03.08.2026)
Masa : 8.30am
Tempat : Dewan Seri Budiman, IPGKI.

Dalam konteks pendidikan guru, penyertaan aktif pensyarah mempunyai nilai yang lebih besar kerana pensyarah berperanan membentuk bakal guru. Nilai patriotisme yang ditunjukkan melalui tindakan, penyertaan dan teladan pensyarah berpotensi diterjemahkan oleh siswa guru dalam amalan profesional mereka apabila berada di sekolah kelak.







 

Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1