• ;

28-29.07.2026 - Bengkel Kerja Pembangunan Kandungan Digital.

 Syabas dan tahniah kepada Pensyarah Akademik, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh telah mengikuti Bengkel Kerja Pembangunan Kandungan Digital (Open And Distance Learning) seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 28-29 Julai 2026 (Selasa & Rabu)
Masa : 8.30am - 4.30pm
Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPGKI
Anjuran : Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPGKI.

Bengkel ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran teknikal pensyarah dalam pembangunan kandungan digital, malah memperkukuh profesionalisme, menyokong transformasi pendidikan digital IPGM serta meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam era Open and Distance Learning (ODL).








Kongsi:

25.07.2026 - Tahniah Dr. Zulliana : Panelis Forum “Hentikan Siber Buli” sempena Konvensyen PIBG Internet Selamat 2026.

Dr. Zulliana binti Hasan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan, telah dijemput sebagai panelis bagi Forum “Hentikan Siber Buli” sempena Konvensyen PIBG Internet Selamat 2026 pada 25.07.2026 (Sabtu).

 Program anjuran Yayasan GoStrong Malaysia bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini berlangsung di Dewan Seminar Al-Biruni, UniKL Royal College of Medicine Perak, Ipoh.

Menerusi forum tersebut, Dr. Zulliana berkongsi perspektif berkaitan peranan ibu bapa, guru, pihak sekolah, PIBG dan komuniti dalam mencegah serta menangani gejala buli siber. Perkongsian ini menyokong usaha meningkatkan kesedaran tentang penggunaan internet yang selamat, beretika dan bertanggungjawab selaras dengan tema “Internet Selamat Tanggungjawab Bersama.”






Kongsi:

08.07.2026 - Tahniah Dr. Zulliana : Pelantikan Pakar Penilai Pengesahan Instrumen Kajian PHD, UPSI

Syabas dan Tahniah kepada Dr. Zulliana binti Hasan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan, telah dilantik oleh Institut Pengajian Siswazah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai Pakar Penilai Pengesahan Instrumen Kajian bagi penyelidikan peringkat Doktor Falsafah dalam bidang pembangunan manusia.

Kajian yang dijalankan oleh Nurulaini binti Moshidi ini bertajuk “Pembangunan Modul Sokongan Kompetensi Psikososial (MSKP) Murid Sekolah Rendah yang Terdedah kepada Pengalaman Pahit Zaman Kanak-Kanak di Negeri Selangor.” Sebagai pakar penilai, Dr. Zulliana menyumbangkan kepakaran dalam menilai kesesuaian dan ketepatan instrumen agar selari dengan objektif serta keperluan penyelidikan.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran beliau dalam bidang bimbingan dan kaunseling, kesejahteraan psikososial serta penyelidikan, di samping memperkukuh jaringan kerjasama akademik antara IPG Kampus Ipoh dengan UPSI.



Kongsi:

16.07.2026 - Tahniah Dr. Zulliana : Jayakan Bengkel Kesejahteraan Mental Remaja Asia 2026

Syabas dan tahniah kepada Dr. Zulliana binti Hasan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan, telah menjalankan amanah sebagai Sukarelawan Tenaga Pengajar bagi Program Kesejahteraan Mental Remaja Asia AVPN 2024/2026 Fasa 2 di SMK Dr. Megat Khas, Perak. 

Program ini dilaksanakan oleh PINTAR Foundation dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dengan kerjasama Lembaga Kaunselor Malaysia pada 16 Julai 2026 (Khamis).

Bengkel ini bertujuan meningkatkan literasi kesihatan mental serta kesejahteraan psikososial dalam kalangan remaja. Pengisian bengkel menggunakan modul yang dibangunkan melalui kolaborasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), UNICEF dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dengan memberi penekanan kepada pengetahuan, kesedaran dan kemahiran remaja dalam menjaga kesejahteraan mental.

Pelibatan Dr. Zulliana dalam program ini mencerminkan komitmen jabatan dalam memperluas perkongsian kepakaran serta menyokong usaha pembangunan kesejahteraan mental remaja di peringkat sekolah dan komuniti.






Kongsi:

11.07.2026 - Tahniah Dr. Zulliana - Penceramah Motivasi "Kenali Diri, Sayangi Diri"

Syabas dan tahniah kepada Dr. Zulliana binti Hasan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan, telah dijemput sebagai penceramah bagi Program Motivasi Siri 1 bertemakan “Kenali Diri, Sayangi Diri” pada 11 Julai 2026 (Sabtu).

Program yang berlangsung di Dewan Masjid Al-Falah, Kampung Tersusun Klebang Selatan ini memberikan penekanan terhadap pengenalan potensi diri, pembinaan harga diri dan kepentingan menyayangi diri secara sihat.

Program turut dibantu oleh barisan fasilitator dalam kalangan siswa guru Unit Bimbingan dan Kaunseling, IPG Kampus Ipoh. Para fasilitator mengendalikan aktiviti interaktif dan reflektif bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan serta membantu peserta memahami diri dan membina keyakinan.

Program ini dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tersusun Klebang Selatan, Chemor. Kerjasama antara penganjur, penceramah dan para fasilitator memperlihatkan komitmen bersama dalam memperkukuh kesejahteraan emosi serta pembangunan diri kanak-kanak dalam komuniti.







Kongsi:

10.07.2026 - Tahniah Kumpulan Emovasi : Produk Brave Card

Syabas dan tahniah kepada Kumpulan Emovasi yang terdiri daripada pelajar Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menyertai Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPG Kampus Ipoh 2026 menerusi produk inovasi Brave Card. Pertandingan tersebut berlangsung di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh pada 10 Julai 2026 (Jumaat).

Kumpulan di bawah bimbingan Dr. Zulliana binti Hasan ini dianggotai oleh Muhamad Khuzairi bin Mohamad Rozuki, Daeng Muhammad Faroq Juwaini bin Azmi, Wan Saiful Iskandar Syah bin Wan Saiful Bahri dan Muhammad Iqbal bin Mazlan. Penyertaan ini memberikan pengalaman bermakna kepada pelajar dalam menterjemahkan pengetahuan kepada penghasilan inovasi pendidikan.

Warga jabatan merakamkan penghargaan dan tahniah atas usaha, keberanian serta komitmen yang ditunjukkan oleh seluruh ahli kumpulan dan pensyarah pembimbing.



Kongsi:

10.07.2026 - Tahniah Kumpulan Eminence Auphoria :Anugerah Gangsa dalam Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPGKI 2026

Syabas dan tahniah kepada kumpulan Eminence Auphoria yang terdiri daripada pelajar Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya meraih Anugerah Gangsa dalam Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPG Kampus Ipoh 2026 menerusi produk MindTrack: Roll, Reflect and Recharge. Pertandingan tersebut berlangsung di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh pada 10 Julai 2026 (Jumaat)

Kumpulan di bawah bimbingan Dr. Zulliana binti Hasan ini dianggotai oleh Syamimi Amirah binti Sabudeng, Vikneswary a/p Vasutevan, Muhammad Abid bin Mohd Dzulhaswady dan Muhammad Irfan bin Izani. MindTrack dibangunkan sebagai medium interaktif yang menggalakkan pengguna mengenali emosi, membuat refleksi kendiri dan membina kesejahteraan mental.

Warga jabatan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kumpulan dan pensyarah pembimbing atas pencapaian yang membanggakan ini.



Kongsi:

10.07.2026 - Tahniah Kumpulan Si Wei : Anugerah PERAK Produk Inovasi CBTherapy

Syabas dan tahniah kepada sekumpulan pelajar Unit Bimbingan dan Kaunseling, IPG Kampus Ipoh telah berjaya meraih Anugerah Perak dalam Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPG Kampus Ipoh 2026 yang berlangsung di Dewan Seri Tanjung.

Pertandingan anjuran Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) IPG Kampus Ipoh ini bertujuan mengetengahkan kreativiti serta kebolehan warga kampus dalam menghasilkan inovasi yang relevan dan berimpak terhadap pendidikan.

Kumpulan Si Wei  yang dibimbing oleh Dr. Zulliana binti Hasan telah mempertandingkan produk inovasi CBTheraphy. Kumpulan ini terdiri daripada:

Fatin Nur Hadirah binti Huzami

Nur Fatin Nasuha binti Kyairul Anuar

Wong Jie Qi

Azwanizam Shah binti Zulfhadil

CBTheraphy merupakan inovasi berteraskan pendekatan Cognitive Behaviour Therapy (CBT) yang menghubungkan aspek pemikiran, emosi dan tingkah laku. Produk ini dibangunkan sebagai medium pembelajaran yang lebih interaktif untuk membantu pengguna mengenal pasti corak pemikiran serta memahami pengaruhnya terhadap emosi dan tindakan.

Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar Unit Bimbingan dan Kaunseling bukan sahaja berupaya menguasai ilmu secara teori, malah mampu menterjemahkannya kepada suatu inovasi yang kreatif, praktikal dan berpotensi dimanfaatkan dalam bidang pendidikan serta bimbingan dan kaunseling.

Warga jabatan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kumpulan Si Wei dan pensyarah pembimbing, Dr. Zulliana binti Hasan, atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan tersebut menjadi pemangkin kepada seluruh pelajar untuk terus berkarya, berinovasi dan menghasilkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Syabas dan tahniah kepada Kumpulan Si Wei!



Kongsi:

10.07.2026 - Tahniah Kumpulan Al Amore : Johan Inovasi Pendidikan IPGKI 2026

Syabas dan tahniah kepada Dr. Zulliana binti Hasan, Pn. Sarini binti. Sulaiman dan Dr. Sriraj a/l Duraillingam, Pensyarah Akademik, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh mewakili kumpulan Al Amore dengan produk inovasi Kit BiEMO. 

Produk ini mendapat anugerah JOHAN sempena Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPG Kampus Ipoh.

Pertandingan anjuran Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) seperti ketetapan berikut :

Tarikh: 10 Julai 2026 (Jumaat)
Tempat : Dewan Seri Tanjung.  

Pertandingan ini menjadi wadah untuk mengetengahkan kreativiti serta inovasi warga pendidik dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Dalam pertandingan tersebut, Kumpulan Inovasi El Amore telah berjaya meraih gelaran Johan bagi Kategori Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pensyarah menerusi produk inovasi Kit BiEMO. 



Kongsi:

01.07.2026 : Tahniah Dr. Hamdiah - Juri Perkongsian Amalan Terbaik Guru Muda Peringkat Negeri Perak

Syabas dan tahniah kepada Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI telah melaksanakan tugas sebagai Juri Perkongsian Amalan Terbaik Guru Muda, Karnival Pendidikan Orang Asli dan Pribumi Peringkat Negeri Perak.

Karnival ini adalah anjuran  Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan ketetapan berikut :

Tarikh: 1.7.2026
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Kenderong 1 & 2,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Tema : Lestari Pedagogi Madani - Transformasi Digital Dalam Membentuk Karektor & Bakat.

Karnival ini adalah Perkongsian Amalan Terbaik dalam kalangan lapan belas (18) orang peserta guru muda yang mengajar di sekolah orang asli negeri Perak.

Karnival Pendidikan Orang Asli dan Pribumi Peringkat Negeri Perak.

Dr. Hamdiah Jailani, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI memberikan ulasan juri berkenaan pembentangan peserta berkaitan Amalan Terbaik


Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1