Syabas dan tahniah kepada Dr. Zulliana binti Hasan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan, telah menjalankan amanah sebagai Sukarelawan Tenaga Pengajar bagi Program Kesejahteraan Mental Remaja Asia AVPN 2024/2026 Fasa 2 di SMK Dr. Megat Khas, Perak.
Program ini dilaksanakan oleh PINTAR Foundation dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dengan kerjasama Lembaga Kaunselor Malaysia pada 16 Julai 2026 (Khamis).
Bengkel ini bertujuan meningkatkan literasi kesihatan mental serta kesejahteraan psikososial dalam kalangan remaja. Pengisian bengkel menggunakan modul yang dibangunkan melalui kolaborasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), UNICEF dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dengan memberi penekanan kepada pengetahuan, kesedaran dan kemahiran remaja dalam menjaga kesejahteraan mental.
Pelibatan Dr. Zulliana dalam program ini mencerminkan komitmen jabatan dalam memperluas perkongsian kepakaran serta menyokong usaha pembangunan kesejahteraan mental remaja di peringkat sekolah dan komuniti.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan