Syabas dan tahniah kepada Dr. Zulliana binti Hasan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan, telah dijemput sebagai penceramah bagi Program Motivasi Siri 1 bertemakan “Kenali Diri, Sayangi Diri” pada 11 Julai 2026 (Sabtu).
Program yang berlangsung di Dewan Masjid Al-Falah, Kampung Tersusun Klebang Selatan ini memberikan penekanan terhadap pengenalan potensi diri, pembinaan harga diri dan kepentingan menyayangi diri secara sihat.
Program turut dibantu oleh barisan fasilitator dalam kalangan siswa guru Unit Bimbingan dan Kaunseling, IPG Kampus Ipoh. Para fasilitator mengendalikan aktiviti interaktif dan reflektif bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan serta membantu peserta memahami diri dan membina keyakinan.
Program ini dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tersusun Klebang Selatan, Chemor. Kerjasama antara penganjur, penceramah dan para fasilitator memperlihatkan komitmen bersama dalam memperkukuh kesejahteraan emosi serta pembangunan diri kanak-kanak dalam komuniti.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan