Syabas dan tahniah kepada sekumpulan pelajar Unit Bimbingan dan Kaunseling, IPG Kampus Ipoh telah berjaya meraih Anugerah Perak dalam Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPG Kampus Ipoh 2026 yang berlangsung di Dewan Seri Tanjung.
Pertandingan anjuran Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) IPG Kampus Ipoh ini bertujuan mengetengahkan kreativiti serta kebolehan warga kampus dalam menghasilkan inovasi yang relevan dan berimpak terhadap pendidikan.
Kumpulan Si Wei yang dibimbing oleh Dr. Zulliana binti Hasan telah mempertandingkan produk inovasi CBTheraphy. Kumpulan ini terdiri daripada:
Fatin Nur Hadirah binti Huzami
Nur Fatin Nasuha binti Kyairul Anuar
Wong Jie Qi
Azwanizam Shah binti Zulfhadil
CBTheraphy merupakan inovasi berteraskan pendekatan Cognitive Behaviour Therapy (CBT) yang menghubungkan aspek pemikiran, emosi dan tingkah laku. Produk ini dibangunkan sebagai medium pembelajaran yang lebih interaktif untuk membantu pengguna mengenal pasti corak pemikiran serta memahami pengaruhnya terhadap emosi dan tindakan.
Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar Unit Bimbingan dan Kaunseling bukan sahaja berupaya menguasai ilmu secara teori, malah mampu menterjemahkannya kepada suatu inovasi yang kreatif, praktikal dan berpotensi dimanfaatkan dalam bidang pendidikan serta bimbingan dan kaunseling.
Warga jabatan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kumpulan Si Wei dan pensyarah pembimbing, Dr. Zulliana binti Hasan, atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan tersebut menjadi pemangkin kepada seluruh pelajar untuk terus berkarya, berinovasi dan menghasilkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Syabas dan tahniah kepada Kumpulan Si Wei!



Tiada ulasan:
Catat Ulasan