Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Jabatan lmu Pendidikan adalah sebuah jabatan akademik yang utama bertanggung jawab merancang dan melaksana visi dan misi Institut Pendidikan Guru Malaysia ke arah mencapai guru bertaraf global. Menerusi perancangan srategik lima tahun yang digubal, segala inisiatif pembangunan aspek kognitif, kerohanian dan pembangunan profesionalisme pensyarah telah menjadi agenda utama untuk pelaksanaan sepanjang masa.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 telah menjadi rujukan utama dalam menyusuri dasar dan kerja buat pensyarah-pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan ini. Jabatan Ilmu Pendidikan juga sentiasa komited dan berdaya maju dalam melahirkan guru permulaan dan guru dalam perkhidmatan yang berkemahiran dalam teori dan amalan ilmu pendidikan keguruan, berketerampilan dalam aspek sahsiah, mempunyai akauntabiliti terhadap profesion keguruan, kritis, kreatif dan inovatif serta berupaya menangani cabaran globalisasi dengan berkesan.
Dalam masa sama amalan atau best practices yang didokong oleh jabatan ini khususnya memperkenalkan dan melaksanakan New Pedagogy for Deep Learning juga turut menjadi fokus utama jabatan ini. Jabatan Ilmu Pendidikan mempunyai 3 unit iaitu Unit Ilmu Pendidikan, Bimbingan dan Kaunseling, Pra Sekolah yang masing-masing diketuai oleh seorang ketua unit dalam membantu ketua jabatan melaksanakan kerja- kerja pengurusan jabatan dan jua Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh umumnya.
Jabatan Ilmu Pendidikan mempunyai kepakaran dalam bidang masing- masing dan seramai 25 orang pensyarah ini pula mempunyai kepelbagaian kepakaran dalam bidang atau disiplin ilmu yang mampu mendokong visi dan misi pendidikan negara.
IPG Kampus Ipoh, Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan