• ;

22.05.2026 - Selamat Bersara En Jalal : Majlis Send-Off

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan selamat bersara kepada En Ahmad Jalalulail Bin Abd Wahab, Ketua Unit Prasekolahm Jabatan Ilmu Pendidikan. 

Majlis Send -off telah berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 22.05.2026(Jumaat)
Masa :  3.30 petang 
Tempat : Anjung Seri Budiman (foyer)


En Jalal berbual mesra bersama Pengarah IPGKI dan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan 



En. Jalal bukan hanya menampal kata-kata hikmah di papan kenyataan, tetapi turut menampalnya dalam kehidupan ramai pelajar. Selamat bersara, pensyarah yang sentiasa memberi inspirasi


En Jalal mengetik kad kehadiran bekerja sebagai tanda akhir seorang Pegawai Perkhidmatan Awam.


En. Jalal telah menyerahkan kad perakam waktu kepada Dr Pengarah sebagai berakhirnya Pegawai Perkhidmatan Awam.



Kalungan bunga ini bukan sekadar simbol penghargaan, tetapi lambang kasih, hormat dan kenangan buat seorang pensyarah yang banyak berjasa


Para pensyarah dan warga IPG Kampus Ipoh berkumpul di foyer menyambut majlis send-off yang penuh bermakna ini. Suasana menjadi lebih istimewa dengan kehadiran rakan-rakan seperjuangan yang hadir memberikan sokongan dan ucapan selamat kepada En, Jalal yang diraikan.


Bergambar bersama warga JIP dan JB


Dengan lambaian penuh makna, En.Jalal mengucapkan selamat tinggal kepada tempat yang telah menjadi sebahagian daripada hidupnya selama bertahun-tahun


















Kongsi:

22.05.2026 - Majlis Perhimpunan Bulan Mei 2026 dan Santunan Budi

Syabas dan tahniah kepada warga Jabatan Ilmu Pendidikan telah menjayakan Sambutan Majlis Perhimpunan Organisasi Bulan Mei 2026 dan Santunan Budi seperti ketetapan berikut :

  • Tarikh : 22.05.2026 (Jumaat)
  • Masa : 8.30 am
  • Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPGKI

Majlis Santunan Budi ini sempena persaraan 2 org warga IPGM Kampus Ipoh iaitu :

1. En. Ahmad Jalalulail Bin Abd Manab
- Ketua Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan

2. Dr. Arulnathan a/l Visurasam
- Pensyarah Akademik, Jabatan Bahasa

Anjuran : 

  • JKA & HEP : Perhimpunan Mei
  • JIP & JB : Majlis Santunan Budi
  • Jawatankuasa Perhimpunan Bulanan & Santunan Budi


Poster Majlis

Dengan alunan nadaswaram dan miruthangam yang meriah, mereka diiring masuk ke dewan sebagai tanda penghormatan atas segala jasa dan pengorbanan mereka dalam dunia pendidikan.


Masuk ke dewan dengan senyuman, diiringi dua orang murid prasekolah yang comel.


Suasana indah ini menggambarkan betapa istimewanya penghargaan buat seorang pensyarah yang bakal menamatkan perkhidmatannya hari ini


Di sebalik kelancaran sesuatu majlis, pasti ada suara yang menghidupkan suasana. Dua juruacara ini bukan sekadar mengendalikan majlis, tetapi turut menceriakan setiap detik dengan senyuman dan karisma mereka


Walaupun kecil, persembahan murid prasekolah Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh berjaya mencuit hati dan mencipta kenangan manis buat semua yang hadir


Ucapan Dr. Hamdiah binti Jailani
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan


Penyampaian Sijil Penghargaan Kementerian Pendidikan oleh Dr Pengarah kepada En. Jalal


Penyampaian Cenderahati JIP oleh Dr. Hamdiah,  KJ JIP


Gambar kenangan bersama warga JIP


Bersama Penyelaras dan Penolong Penyelaras 
Majlis Persaraan En. Jalal








Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1