08.05.2026 - Tahniah Dr. Zulliana : Penceramah Motivasi Calon SPM 2026, SMK Bercham.

Syabas dan Tahniah kepada Dr. Zulliana binti Hasan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan, telah dijemput sebagai penceramah bagi Ceramah Motivasi Calon SPM 2026 di SMK Bercham, Ipoh. 

Program berlangsung pada 8 Mei 2026 (Jumaat), anjuran Unit Kurikulum SMK Bercham ini berlangsung dari pukul 8.30 hingga 10.00 pagi dengan melibatkan murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2026.

Menerusi perkongsian tersebut, Dr. Zulliana memberikan penekanan terhadap pembinaan matlamat, motivasi kendiri, disiplin dan komitmen berterusan dalam menghadapi persediaan peperiksaan. Program ini diharapkan dapat menyuntik semangat serta meningkatkan keyakinan calon untuk terus berusaha secara konsisten sehingga tamat peperiksaan SPM 2026.



Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1