Syabas dan tahniah kepada warga Jabatan Ilmu Pendidikan telah menjayakan Sambutan Majlis Perhimpunan Organisasi Bulan Mei 2026 dan Santunan Budi seperti ketetapan berikut :
- Tarikh : 22.05.2026 (Jumaat)
- Masa : 8.30 am
- Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPGKI
Majlis Santunan Budi ini sempena persaraan 2 org warga IPGM Kampus Ipoh iaitu :
1. En. Ahmad Jalalulail Bin Abd Manab
- Ketua Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan
2. Dr. Arulnathan a/l Visurasam
- Pensyarah Akademik, Jabatan Bahasa
Anjuran :
- JKA & HEP : Perhimpunan Mei
- JIP & JB : Majlis Santunan Budi
- Jawatankuasa Perhimpunan Bulanan & Santunan Budi
Dengan alunan nadaswaram dan miruthangam yang meriah, mereka diiring masuk ke dewan sebagai tanda penghormatan atas segala jasa dan pengorbanan mereka dalam dunia pendidikan.
Suasana indah ini menggambarkan betapa istimewanya penghargaan buat seorang pensyarah yang bakal menamatkan perkhidmatannya hari ini
Di sebalik kelancaran sesuatu majlis, pasti ada suara yang menghidupkan suasana. Dua juruacara ini bukan sekadar mengendalikan majlis, tetapi turut menceriakan setiap detik dengan senyuman dan karisma mereka
Walaupun kecil, persembahan murid prasekolah Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh berjaya mencuit hati dan mencipta kenangan manis buat semua yang hadir
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan


Tiada ulasan:
Catat Ulasan