22.05.2026 - Selamat Bersara En Jalal : Majlis Send-Off

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan selamat bersara kepada En Ahmad Jalalulail Bin Abd Wahab, Ketua Unit Prasekolahm Jabatan Ilmu Pendidikan. 

Majlis Send -off telah berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 22.05.2026(Jumaat)
Masa :  3.30 petang 
Tempat : Anjung Seri Budiman (foyer)


En Jalal berbual mesra bersama Pengarah IPGKI dan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan 



En. Jalal bukan hanya menampal kata-kata hikmah di papan kenyataan, tetapi turut menampalnya dalam kehidupan ramai pelajar. Selamat bersara, pensyarah yang sentiasa memberi inspirasi


En Jalal mengetik kad kehadiran bekerja sebagai tanda akhir seorang Pegawai Perkhidmatan Awam.


En. Jalal telah menyerahkan kad perakam waktu kepada Dr Pengarah sebagai berakhirnya Pegawai Perkhidmatan Awam.



Kalungan bunga ini bukan sekadar simbol penghargaan, tetapi lambang kasih, hormat dan kenangan buat seorang pensyarah yang banyak berjasa


Para pensyarah dan warga IPG Kampus Ipoh berkumpul di foyer menyambut majlis send-off yang penuh bermakna ini. Suasana menjadi lebih istimewa dengan kehadiran rakan-rakan seperjuangan yang hadir memberikan sokongan dan ucapan selamat kepada En, Jalal yang diraikan.


Bergambar bersama warga JIP dan JB


Dengan lambaian penuh makna, En.Jalal mengucapkan selamat tinggal kepada tempat yang telah menjadi sebahagian daripada hidupnya selama bertahun-tahun


















Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1