Senarai penulis, Pensyarah Akademik Jabatan Ilmu Pendidikan yang memiliki kepakaran dalam bidang Sejarah Pendidikan di Malaysia iaitu :
1. Dr. Ganesan Shanmugavelu
2. Dr. Sriraj Duraillingam
3. Habidin bin Aris
4. Syed Jahangir Ali bin Ilhan Mohaideen
Antara tema yang jelas ditonjolkan ialah pendidikan pondok, yang memainkan peranan penting dalam pendidikan masyarakat Melayu dan pendidikan Islam; perkembangan sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil yang berkait rapat dengan struktur masyarakat pada zaman kolonial; serta kemunculan pendidikan formal dan sekolah moden.
Untuk kegunaan kuliah, buku ini sesuai dijadikan bahan pengenalan bagi topik Sejarah Perkembangan Pendidikan di Malaysia, sebelum masuk kepada perkara seperti Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu, Ordinan Pelajaran 1952, Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan