• ;

18.12.2020 : PROJEK MINI - AQUAPONIC LOBSTER GREENHOUSE

 PROJEK MINI AQUAPONIC LOBSTER GREENHOUSE

18.12.2020 : Jumaat - Prasekolah Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh mengambil bahagian dalam projek Mini Aquaponic Lobster. Bulan Oktober 2020 lalu, Cikgu Zetty telah menghantar kertas kerja projek ke PPD Kinta Utara.
Projek dibina sebagai inisiatif membantu perkembangan kemahiran awal sains dan membantu dalam kemahiran komunikasi kanak-kanak. Aktiviti PdPc sempat dijalankan bersama kanak-kanak dan mendapat perhatian yang baik.
Beberapa tunjang dapat disepadukan dalam projek Mini Aquaponic Lobster Greenhouse.
Projek ini dimaklumkan mendapat Anugerah Pencapaian EMAS pada 18 Disember 2020 dari pihak PPD Kinta Utara.
Syabas dan tahniah kepada Prasekolah Sri Mawar, IPG Kampus Ipoh.







Kongsi:

Direktori Staf

Kongsi:

Direktori Staf

 


En. Zulkufli bin Mahayudin

Ketua Jabatan


Kepakaran :
  • Ilmu Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Pembina Modul PdPc
  • Pembina Modul Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  • Konsep New Pedagogy Deep Learning
  • Motivasi









Pn. Saripah Rabea'ah binti Syed Ali

Penolong Ketua Jabatan

saripah@ipgmipoh.edu.my

Kepakaran :

  • Ilmu Pendidikan
  • Sains Pertanian
  • Pembelajaran Kontekstual
  • Penulis Modul Kemahiran Insaniah (IPGM)













Dr. Mior Ahmad Termizi bin Mior Idris

Pensyarah Akademik

Kepakaran :

  • Pedagogi
  • Pentaksiran Dalam Pendidikan
  • Penulis Modul Kemahiran Insaniah (IPGM)



Dr. Tan Ai Lee

Ketua Unit - Ilmu Pendidikan

Kepakaran:

  • Psikologi Pendidikan
  • Pedagogi
  • Ilmu Pendidikan
  • Kecerdasan Emosi
  • Penulis Buku – Kemahiran Belajar




Dr. Sheal Valakshemi A/P Palaniappan

Ketua Unit - Perkembangan Awal Kanak-kanak

Kepakaran :

  • Pendidikan Awak Kanak-Kanak
  • Prasekolah



Dr. Mariah binti Kamarudin

Ketua Unit - Bimbingan dan Kaunseling








Kepakaran :
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Penceramah Motivasi
  • Pembina Modul Latihan dan akademik
  • Semakan Kesahan Modul
  • Semakan Kebolehpercayaan Modul
  • Pembinaan Soal Selidik
  • Kesahan Kandungan Soalselidik
  • Kebolehpercayaan Soalselidik



En. Ahmad Jalalulail bin Abd Manab

Pensyarah Akademik

Kepakaran :

  • Penasihat TASKA Seri Mawar
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Psikologi
  • Penulis Modul Pendidikan Awal Kanak-kanak (IPGM)
  • Subject Matter Expert (SME) – Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Jurulatih Utama PERMATA /PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
  • Jurulatih Utama KSPK / PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
  • Jurulatih Kebangsaan – Tenis, Golf (IPGM)



En. Jamaluddin bin Abdul Rahman

Pensyarah Akademik

Kepakaran  :

  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Pengajian Melayu SR



Dr. Kanthasamy A/L Sundara Rajoo

Pensyarah Akademik







Kepakaran :
  • Pedagogi



En. Milatu Samsi bin Hayon

Pensyarah Akademik

Kepakaran:

  • Pendidikan Pemulihan
  • Pendidikan Khas
  • Jurulatih Kebangsaan – Pendidikan Khas
  • Jurulatih Kebangsaan – Pemulihan Khas
  • Penulis Modul Kemahiran Insaniah (IPGM)



Dr. Ganesan A/L Shanmugavelu

Pensyarah Akademik

Kepakaran :

  • Sejarah
  • Pengurusan Pendidikan
  • Pedagogi
  • Falsafah
  • Psikologi
  • Kemahiran Berfikir
  • Motivasi Belajar





Pn. Latifah binti A Jamil

Pensyarah Akademik

Kepakaran :

  • Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling
  • Jurulatih Utama Kebangsaan i – Think
  • Computational Thinking
  • Penggubal Modul KBAT IPGM (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi )
  • Pentaksiran Bilik Darjah
  • Rakan Elit TS25



Pn. Anis Salwa binti Ahmed @ Adnan

Pensyarah Akademik

Kepakaran :

  • Psikologi Pendidikan
  • Ilmu Pendidikan
  • Jurulatih Utama Kebangsaan – Pendidikan Pemulihan
  • Penulis Modul Kemahiran Insaniah (IPGM)



Tn. Hj. Mazlan bin Ahmad

Pensyarah Akademik

Kepakaran :

  • Ilmu Pendidikan
  • Bimbingan Kaunseling
  • Jurulatih Negeri – Memanah



Dr. Vasuki A/P Muniandy

Pensyarah Akademik

Kepakaran:

  • Psikologi Pendidikan
  • Pedagogi
  • Motivasi Pelajar
  • Kecerdasan Emosi
  • Geografi


En. Rosli bin Ngah

Pensyarah Akademik

Kepakaran :

  • Pendidikan Seni
  • Psikologi Pendidikan



Dr. Ooi Soo Yuan

Pensyarah Akademik

Kepakaran :

  • Psikologi Pendidikan


Pn. Mastura binti Karimuddin

Pensyarah Akademik

Kepakaran :

  • Penasihat Mahkamah Juvana Peringkat Kebangsaan (Kementerian Pembangunan Keluarga Wanita)
  • TaskForce Pelindung Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Penulis Modul Pendidikan Awal Kanak-kanak (IPGM)
  • Subject Matter Expert (SME) – Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Jurulatih Utama PERMATA /PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
  • Jurulatih Utama KSPK / PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



Dr. Teh Hang Leng

Pensyarah Akademik

Kepakaran :

  • Psikologi Pendidikan
  • Sosiologi Pendidikan



En. Abd Aziz bin Shamsuddin

Pensyarah Akademik

Kepakaran :

  • Ilmu Pendidikan
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Pemulihan
  • Pendidikan Inklusif
  • Pendidikan Moral
  • Jurulatih Kebangsaan – Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) – SK
  • Jurulatih Kebangsaan – NPDL
  • Penulis Modul Latihan dan Akademik IPGM



Pn. Hjh. Satariah binti Kamis

Pensyarah Akademik

Kepakaran :

  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Pemulihan



En. Mustafa Kamal bin Alias

Pensyarah Akademik

Kepakaran :

  • Psikologi
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran


Dr. Baskaran A/L Kannan

Pensyarah Akademik

Kepakaran :

  • Ilmu Pendidikan
  • Psikologi Perkembangan
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Penceramah LADAP
  • Penceramah Motivasi
  • Jurulatih Kebangsaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) – SJKT



En. Sundar A/L Subramaniam

Pensyarah Akademik

Kepakaran :

  • Ilmu Pendidikan
  • Psikologi Pendidikan
  • Penceramah Motivasi


Tn. Hj. Azlan bin Lin

Pensyarah Akademik

azlan@ipgmipoh.edu.my

Kepakaran :

  • Psikologi Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Pembangunan Profesionalisme Guru
  • Pembina Modul Teknik ABL
  • Pembina Modul Mendeley
  • Penceramah Mengurus Penulisan Tesis Secara Pantas
  • Penceramah Motivasi
  • Tokoh OKU Negeri Johor – 2011, 2016




Pn. Norhani Bebe binti Alta Miah

Pensyarah Akademik

  • Ilmu Pendidikan


 











Cik Norzety binti Abdul Aziz

Guru Prasekolah - Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh





Pn. Shamshiaton binti Ilyas

Pembantu Pra Sekolah - Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh








Kongsi:

Direktori Kursus

 

Kursus-kursus Akademik
(Program PPISMP dan PISMP)

 A. ILMU ASAS PENDIDIKAN


EDUP3013 – Falsafah Pendidikan Di Malaysia
EDUP3023 – Perkembangan Kanak-kanak
EDUP3033 – Murid Dan Pembelajaran
EDUP3043 – Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku
EDUP3053 – Teknologi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran
EDUP3063 – Pentaksiran Dalam Pendidikan
EDUP3073 – Budaya Dan Pembelajaran
EDUP3083 – Asas Kepemimpinan Dan Pembangunan Profesionalisme Guru

B. PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Semester 1 Tahun 1
PAK3013 – Asas Pendidikan Awal
Kanak- KanakKanak PAK3023 – Pengajian Kurikulum Pendidikan Awal KanakKanak
Semester 2 Tahun 1
PAK3033 – Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan KanakKanak
PAK3043 – Perkembangan Bahasa Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
PAK3053 – Matematik Dan Sains Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Semester 1 Tahun 2
PAK3063 – Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
PAK3073 – Perkembangan Sosioemosi, Kerohanian Dan Moral Awal Kanak-Kanak
PAK3083 – Pedagogi Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Semester 2 Tahun 2
PAK3093 ​​- Khas Keperluan Khusus 3 Telah dilaksanakan
PAK3103 – Pengurusan pusat pendidikan awal kanak-Kanak
Semester 2 Tahun 3
PAK3113 – Pentaksiran Dan Penilaian Kemajuan Kanak-Kanak
PAK3123 – Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
PAK3133 – Penyelidikan Tindakan 1 (Kaedah)
Semester 1 Tahun 4
PAKK3373 – Awal Kanak-Kanak
PAKK3223 – Bimbingan dan Asuhan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
PAKK3253 – Sains Awal dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Semester 2 Tahun 4
PAKK3303 – Profesionalisme dalam PAKK
PAK3153 – Kajian Tindakan II
PAKK3263 – Matematik Awal dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
PAKK3362 – Pengajian Sosial
PAKK3243 – Keselamatan, Kesihatan dan Pemakanan dalam PAKK

C. BIMBINGAN DAN KAUNSELING

 

Kursus-Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan

Kursus Profesional

:: Kursus Pengajaran Digital Berkesan untuk Guru-guru Pendidikan Khas.

 Kursus-kursus Latihan Pembangunan Staf

Kongsi:

Piagam Pelanggan

 Kami warga Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru dengan ini bertekad, beriltizam, berikrar dan berjanji memberi perkhidmatan berkualiti untuk:

  1. Memastikan pelanggan operasi iaitu pelajar-pelajar mendapat didikan dan bimbingan profesional yang berkualiti dan berterusan.
  2. Memastikan pelajr-pelajar mendapatkan ilmu keguruan secukupnya.
  3. Menjaga kebajikan pelajar serta memupuk semngat kekitaan, berjiwa pendidik, dan mempunyai nilai-nilai keguruan yang tinggi.
  4. Mengutamakan pencapaian akademik, sahsiah, kokurikulum dan kemahiran insaniah pelajar ke tahap tertinggi.
  5. Menerima dengan keterbukaan minda terhadap perubahan dan transformasi pendidikan bertaraf global.
  6. Bersedia berkongsi kepakaran dengan semua pihak, seperti pemegang taruh, badan bukan kerajaan (NGO) serta melaksanakan kolaborasi dan rakan pembelajaran serta smart partnership dengan institusi pendidikan dalam dan luar negara.
Kongsi:

Carta Organisasi

 


Kongsi:

Objektif Jabatan

 

  1. Melahirkan  pensyarah berwibawa dan kompeten ke arah pelaksanaan sistem penyampaian berkualiti.
  2. Meningkatkan kapasiti dan kepakaran profesional pensyarah menerusi latihan pembangunan staf secara berterusan.
  3. Membudayakan amalan pengajaran dan pengajaran dalam kalangan pensyarah yang menjurus kepada pembelajaran abad 21 serta NPDL.
  4. Meningkatkan amalan penyelidikan, penciptaan inovasi pendidikan serta kreativiti dalam kalangan pensyarah.
  5. Mengamal dan mengekalkan budaya penyayang, kerja berpasukan dan iklim persekitaran kerja yang kondusif disamping sentiasa memupuk nilai-nilai keguruan dan profesionalisme pendidikan.
Kongsi:

Latar Belakang

Jabatan ini merupakan sebuah jabatan akademik yang dinamis di mana berperanan melatih bakal guru dan guru dalam perkhidmatan dalam bidang ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi, serta dapat mengaplikasikan ‘Technological Pedagogical Content Knowledge’ . Jabatan ini juga berperanan sebagai pusat rujukan pedagogi, penyelidikan serta pusat latihan dan pengembangan inovasi pengajaran dan pembelajaran.

Kongsi:

Aluan Ketua Jabatan

 





Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jabatan lmu Pendidikan adalah sebuah jabatan akademik yang utama bertanggung jawab merancang dan melaksana visi dan misi Institut Pendidikan Guru Malaysia ke arah mencapai guru bertaraf global.  Menerusi perancangan srategik  lima tahun yang digubal, segala inisiatif pembangunan aspek kognitif, kerohanian dan pembangunan profesionalisme pensyarah telah menjadi agenda utama untuk pelaksanaan sepanjang masa.


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 telah menjadi rujukan utama dalam menyusuri dasar dan kerja buat pensyarah-pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan ini. Jabatan Ilmu Pendidikan juga sentiasa komited dan berdaya maju dalam melahirkan guru permulaan dan guru dalam perkhidmatan yang berkemahiran dalam teori dan amalan ilmu pendidikan keguruan, berketerampilan dalam aspek sahsiah, mempunyai akauntabiliti terhadap profesion keguruan, kritis, kreatif dan inovatif serta berupaya menangani cabaran globalisasi dengan berkesan. 


Dalam masa sama amalan atau best practices  yang didokong oleh jabatan ini khususnya memperkenalkan dan melaksanakan New Pedagogy for Deep Learning juga turut menjadi fokus utama jabatan ini. Jabatan Ilmu Pendidikan mempunyai 3 unit iaitu Unit Ilmu Pendidikan, Bimbingan dan Kaunseling, Pra Sekolah  yang masing-masing diketuai oleh seorang ketua unit dalam membantu ketua jabatan melaksanakan kerja- kerja pengurusan jabatan dan jua Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh umumnya. 


Jabatan Ilmu Pendidikan mempunyai kepakaran dalam bidang masing- masing dan seramai 25 orang pensyarah ini pula mempunyai kepelbagaian kepakaran dalam bidang atau disiplin ilmu yang mampu mendokong visi dan misi pendidikan negara.


Dr. Mariah binti Kamaruddin
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Ipoh, Perak

Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1