• ;

12.04.2021 : Tahniah Dr Mariah sebagai Pakar Penilai

 Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah Dr. Mariah binti Kamarudin yang telah dilantik sebagai PAKAR PENILAI untuk kesahan dan kebolehpercayaan Modul dan Alat Kajian




Kongsi:

SELAMAT BERPUASA

 Warga Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam di IPG Kampus Ipoh.


Kongsi:

10.4.2021 - Team KPPB 2.0 JIP, IPGKI : Bersama Guru SK Raja Perempuan Muzwin Kuala Kangsar

Kursus Latihan dalam perkhidmatan  SK Raja Perempuan Muzwin di BTPN Perak. Kursus ini dilaksanakan pada 10 April 2021 bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Kursus ini dihadiri oleh guru-guru SKRPM seramai 56 org. Kursus ini memperkenalkan kepada guru SKRPM tentang KPPB 2.0

Pensyarah yang terlibat adalah En Zulkufli bin Mahayudin, En Abdul Aziz bin Shamsuddin, Pn Saripah Rabea'ah bt Syed Ali, En Mustafa Kamal bin Alias dan Pn Anis Salwa bt Ahmed @ Adnan

Peserta kursus SK Raja Perempuan Muzwin


En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
memberi ucapan aluan.


En Zulkufli sentiasa bersemangat dan ceria sewaktu memberi penerangan 
berkaitan KPPB 2.0



En. Mustafa memberi penerangan yang mudah dan jelas. 
Peserta kursus memberi respon positif




En Aziz turut memberi slot ceramahnya

.

Kongsi:

10.4.2021 - “TEA TALK” KPPB: PENDIDIKAN BERKUALITI MENJANA KECEMERLANGAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

 “TEA TALK” KPPB: PENDIDIKAN BERKUALITI MENJANA KECEMERLANGAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

PENCERAMAH : PN. WAN NOMI BT. WAN OMAR, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN, SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL, SHAH ALAM

MODERATOR : CIK NUR MAIZAN BINTI MOHAMED NOR (UNIT V18)

TARIKH : 10 APRIL 2021 (SABTU)

MASA    : 9.00 – 11.00 PAGI  

TEMPAT : GM : meet.google.com/igk-jzzh-kot

      Live : youtu.be/G_LnOEl7t7

ANJURAN : UNIT V PISMP & JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPGK IPOH

Poster Promosi


Penceramah yang berpengalaman di lapangan bidang pendidikan khas


Para peserta dalam Google Meet


Moderator cilik yang berpotensi besar.


Ayuh, mari kita lihat paparan di belakang tabir tentang program ini sebagai kenangan.













Kongsi:

10.4.2021 - TAHNIAH Dr. Ganesan : Memenangi 3 Anugerah Peringkat Antarabangsa

 TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jab.Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh,  kerana memenangi 3 Anugerah dalam International Innovation ARSVOT MALAYSIA (IAM),2021 yang diadakan pada 10 April, 2021. 

Sebanyak 1150 pasukan telah menyertai Pertandingan tersebut. Pasukan Dr.Ganesan Shanmugavelu bersama Pensyarah dari UPSI iaitu Prof.Madya Dr.Nadarajan Thambu dan Dr.Kartheges Ponniah telah menyertai Pertandingan ini di bawah kategori Pensyarah IPT.

 TAHNIAH kepada pasukan Dr.Ganesan Shanmugavelu kerana telah memenangi Anugerah GOLD AWARD, BEST AWARD dan BEST PRESENTER AWARD bagi tajuk INOVASI " Teater Forum: Inovasi Pedagogi P&P Pendidikan Moral".










Kongsi:

09.04.2021 - Tahniah Dr Subra atas kenaikan pangkat (Gred DG48)

 09.03.2021 - Warga Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr Subramaniam dengan penganugerahan kenaikan pangkat Gred DG48 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Anugerah kenaikan pangkat ini telah disempurnakan oleh YBrs Dr Yahya bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh di Majlis Perhimpunan Organisasi April 2021 yang berlangsung dalam Dewan Seri Budiman, IPG Kampus Ipoh.

Semoga Dr Subramaniam terus berkhidmat dengan penuh komitmen, cemerlang dan menyumbang ilmu terhadap anak didik, organisasi dan warga pendidikan dalam dan luar negara. 



Kongsi:

08.04.2021 - Taklimat Pemantapan Praktikum Guru--Guru PITO Masalah Pembelajaran.

 Taklimat Pemantapan Praktikum Guru--Guru PITO Masalah Pembelajaran. Anjuran JIP dgn kerjasama Unit Praktikum

Tarikh : 8 April 2021

Tempat : Hotel Seri Malaysia


Taklimat disampaikan oleh : 

1. Dr. Hj. Taufik bin Ahmed 

Ketua Unit Paktikum

2. En Zulkufli bin Mahayuddin - KJ JIP

3. En. Abdul Aziz bin Shamsuddin- Pensyarah Kanan JIP









Kongsi:

07.04.2021 - SPLKPM BIMBINGAN DAN KAUNSELING ANTARABANGSA MALAYSIA-INDONESIA: PENYELIDIKAN DALAM KAUNSELING DAN PEDAGOGI ABAD KE-21

 07.04.2021 - SPLKPM BIMBINGAN DAN KAUNSELING ANTARABANGSA MALAYSIA-INDONESIA: PENYELIDIKAN DALAM KAUNSELING DAN PEDAGOGI ABAD KE-21 

Online CPD Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 

Webinar untuk semua Kaunselor, Pendidik,  Staf KPM dan mahasiswa 

Imbas Kod QR yang akan ditayangkan dari masa ke masa untuk rekod kehadiran dalam SPLKPM, MATA KREDIT dan SIJIL. Peserta hanya masukkan no kad pengenalan, automatik nama anda akan didaftar terus ke dalam SPLKPM. Terima kasih.


Tarikh : 7 APRIL  2021 (Rabu)

Masa : 9.00 pagi-2.30 petang


Panel :

Dr. Mochamad Nursalim M.Si

Dekan Falkutas Ilmu Pendidikan

Universitas Negeri Surabaya


Tajuk: Manfaat Penyelidikan Digital Dalam Penyelidikan Era 

Pandemik Covid 19.


Dr. Eko Darminto, M.Si 

Universitas Negeri Surabaya


Tajuk: Pembinaan Alat Ukur


Dr. Norashady Mohd. Noor

Jabatan Kejuteraan Mekanikal 

Politeknik Sultan Azlan Shah


Tajuk:

Pengujian Alat Ukur Menggunakan Kaedah IRT


Dr. Tan Ai Lee

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh


Tajuk: Pedagogi Abad KE-21


En. Zulkufli bin Mahayudin

Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan,

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh


Tajuk: 

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB)


Penutup:

Pembentang  Kit Bimbingan Dan Kaunseling (Projek KPPB)

 oleh pelajar  Unit V Bimbingan dan Kaunseling IPGKI


(Pensyarah pembimbing: Dr Mariah Kamaruddin)


Moderator:


Dr. Mariah Kamaruddin

En. Azmi Abdul Hamid


IPG Kampus Ipoh


Pautan :

Google meet :   

https://meet.google.com/hsq-qmhx-adt


Youtube Live : 

https://youtu.be/TcE6ErYh4IY 

Anjuran :

Jabatan Ilmu Pendidikan,

IPG Kampus Ipoh.


#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#ipgkekalaktif

#perpustakaanipgikampusipoh

Poster Webinar

En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan merasmikan webinar secara maya. 

En Azmi Hamid, seorang moderator hebat di IPG Kampus Ipoh.

En Zulkufli memberi kupasan dan menerangkan berkaitan NPDL/KPPB. Ramai peserta mudah memahami dan memberi respon positif.

Dr Tan Ai Lee berjaya mengupas berkaitan Pedagogi Abad 21. 

Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1