• ;

29.10.2021 - JIP - Majlis Santunan Budi Perdana 2021

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan selamat bersara untuk Dr Sheal Dr.  Valakshemi Palaniappan (tarikh bersara : 1 November 2021) dan Pn. Satariah binti Khamis (tarikh bersara : 20 November 2021) 

IPG Kampus Ipoh meraikan 8 orang warga kampus yang bersara secara perdana.

Namun demikian, Dr Sheal memilih tarikh 29 Oktober 2021 sebagai tarikh akhir beliau berada di IPG Kampus Ipoh.

Selamat bersara dan menikmati kehidupan yang tenang dengan meneruskan hobi yang telah tertunda.

Dr. Sheal dan Pn Hjh Satariah


Banner yang terpampang


Kreativiti dan keindahan tetap diteruskan oleh Pn Latifah.. Hiasan cantik kenderaan Dr Sheal.

Rakan setugas dalam Unit PraSekolah yang punyai nilai kejelekitan dan keakraban sukar dicari ganti.

Pelukan kasih dan sayang antara Dr Sheal dan Dr Vasuki. Keakraban sepanjang tugas yang kekal sepanjang hayat. 


En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan menyerahkan poster kata hikmah kepada Dr Sheal untuk dilekatkan pada dinding Kata Hikmah IPG Kampus Ipoh.

Bersama Tn Timbalan Pengarah, En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman.

Kongsi:

27 & 28. 10. 2021 - Tahniah untuk 3 orang pensyarah JIP - Kursus Penerapan Pedagogi Nilai Di Bawah Inisiatif #110 PPM

 SYABAS dan TAHNIAH kepada 3 orang pensyarah JIP  iaitu En Ahmad Jalalulail bin Abd Manab, En Abdul Aziz bin Shamsudin dan Syed Jahangir Ali bin Ilhan Mohaideen termasuk En Nazri Saad, Ketua Unit, Kaunselor IPGKI.

Mereka terpilih untuk melaksanakan Kursus Penerapan Pedagogi Nilai Di Bawah Inisiatif #110 PPPM anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia pada 27 & 28 Oktober 2021. Kursus ini menggunakan pelantar Google Meet dan Google Classroom.

Kursus ini melibatkan 30 org guru sekolah menengah Negeri Perak. Kursus ini memberi fokus pada pemantapan peranan guru sebagai suri teladan dlm penerapan nilai dan sahsiah di sekolah.







Kongsi:

27.10.2021 - Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa Guru Bimb. dan Kaunseling 2021. 2021

SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh telah berjaya melaksanakan Majlis Anugerah Kecemerlangan untuk Siswa Guru Bimbingan Kaunseling sempena Bulan Kaunseling 2021. 


Poster Promosi

Sdra Pengacara Majlis 
Yang memiliki ketokohan dan wibawa untuk mengendalikan majlis

Ucapan Aluan Dr Mariah binti Kamaruddin, 
Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP, IPG Kampus Ipoh

Ucapan  oleh En Zulkufli bin Mahyudin
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

Ucapan Perasmian oleh En Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timb. Pengarah, IPGK Ipoh

Pelbagai kategori anugerah telah diberikan kepada Siswa Guru Bimbingan dan Kaunseling


*********************

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SISWA GURU BIMBINGAN & KAUNSELING JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS IPOH SEMPENA BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN TAHUN 2021

Dengan sukacitanya, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh akan menganjurkan program seperti yang dinyatakan di atas dan dijadualkan seperti berikut

📆 Tarikh : 27 Oktober 2021 (Rabu)

⏰ Masa : 1.30 p.m. - 4.00 p.m.

👥 Sasaran : Semua dijemput hadir


💻 Link Youtube : https://youtu.be/vLONaNajfgQ


*Untuk makluman, objektif program ini adalah untuk :*

📌Menghargai kejayaan pelajar Bimbingan dan Kaunseling yang mendapat CGPA 3.75 - 4.0

📌Meningkatkan semangat dan motivasi para pelajar Bimbingan dan Kaunseling untuk terus mencapai kecemerlangan, sahsiah dan kepimpinan

📌Menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan pelajar untuk mencipta lebih banyak kejayaan dalam akademik, kokurikulum dan kepimpinan


Majlis ini akan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh iaitu En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman. Dijemput semua untuk memeriahkan majlis ini. Terima kasih


Kongsi:

20.10.2021 - Tahniah Dr. Baskaran : "Cintai PBD" - Bengkel Keberkesanan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) PDPC dan PDPR

 TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr Baskaran Kannan, Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh akan menjayakan  Bengkel Keberkesanan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) PDPC dan PDPR pada 20 Oktober 2021 (Rabu), jam 2.00 - 5.00 petang secara maya berasaskan GoogleMeet.

Program ini bertemakan "Cintai PBD", anjuran Unit Kurikulum SJKT Tan Sri Dato' Manickavasagam dengan kerjasama Peserta NPQEL Ambilan 2021. 



Kongsi:

15.10.2021 - Tahniah Dr. Baskaran : Love PBD - Bengkel Keberkesanan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) PDPC dan PDPR

 TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr Baskaran Kannan, Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG KAmpus Ipoh telah menjayakan  Bengkel Keberkesanan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) PDPC dan PDPR pada 15 Oktober 2021 (Jumaat), jam 2.00 - 5.00 petang secara maya berasaskan GoogleMeet.

Program ini bertemakan "Love PBD", anjuran Unit Kurikulum SJKT Slim River dengan kerjasama Peserta NPQEL Ambilan 2021. 



Kongsi:

11.10.2021 - Tahniah En. Zulkufli : Bengkel Sokongan Profesional Pelaksanaan KPPB untuk 3 buah IPG

Syabas dan tahniah kepada En Zulkufli bin Mahyudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh yang turut menjayakan Bengkel Sokongan Profesional Pelaksanaan KPPB pada 11 Oktober 2021 secara dalam talian. IPG yang terlibat ialah IPGK Rajang, IPGK Tuanku Ampuan Afzan dan IPG Kampus Kent.





Kongsi:

07-10.10.2021 - Tahniah Dr Ganesan :Lantikan Sebagai PRESIDEN - International Virtual Workshop on Research Article Writing and Publications in High Impact Journals

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop on Research Article Writing and Publications in High Impact Journals  yang  diadakan dari 7 - 10 October, 2021 di Tamil Nadu, India.

Beliau juga  membentangkan Kertas Kerja bertajuk " Publications In High Impact Journals".

Persidangan Antarabangsa  ini dianjurkan bersama oleh  Lavender Literary Club India, Cape Comorin Trust, India dan  Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia.






Kongsi:

08.10.2021 - Mesyuarat JIP Bil.5/2021

 MESYUARAT JIP BIL.5/2021


TARIKH: 8 OKTOBER 2021 (JUMAAT)

MASA : 8.30 MLM

TEMPAT: ATAS TALIAN : Google Meet
EMEL : @ipgmipoh.edu.my


Semua pensyarah dikehendaki hadir.


Ucapan Aluan Ketua Jabatan

Perutusan Pengerusi

Ucapan alu-aluan Ketua Jabatan dengan kehadiran
 Pn Zulliana binti Hassan
Warga JIP yang baharu di Unit Bimbingan dan Kaunseling

Kehadiran semua pensyarah JIP

Ucapan Khas Pn Satariah Khamis dan Dr Sheal
untuk mesyuarat jabatan yang terakhir sebelum bersara.





Kongsi:

07.10.2021 - Tahniah En Zulkufli : Panel Pemberi Maklum Balas (Sokongan Profesional) KPPB 2.0

 Syabas dan tahniah kepada En Zulkufli bin Mahyudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan merangkap TaskForce KPPB IPGM telah  memperkembangluaskan pelaksanaan KPPB peringkat IPG. Beliau telah dilantik sebagai Panel pemberi maklum balas ( Sokongsn Profesional) pelaksanaan KPPB2.0 di tujuh (7) buah IPG.

Tarikh : 07 Oktober 2021

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Google Meet



Kongsi:

01.10.2021 - Tahniah Pn. Mastura : Perkongsian Ilmu bersama Guru dan Staf Taska Qaseh Basyirah, Seri Iskandar, Perak.

Syabas dan tahniah kepada Pn. Mastura Karimuddin, Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh turut bersama dalam Majlis Picnic Day ,Taska Qaseh Basyirah, Bandar Sri Iskandar, Perak.

Majlis ini telah berjalan dgn lancar dan telah dirasmikan oleh Pn Normah Mohd Shuhud selaku Ketua Srikandi Parlimen Parit. Manakala,  Pn. Mastura Karimuddin adalah jemputan khas untuk  memberi sedikit taklimat keselamatan Taska dan perkongsian ilmu kejiwaan kanak-kanak kepada guru-guru dan staf taska.

Tujuan Majlis ini juga untuk mengeratkan silaturrahim antara kanak-kanak, guru-guru dan berpicnic di kawasan sekitar luar Taska sahaja mengikut SOP yg ditetapkan.







Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1