• ;

27.01.2022 - Tahniah Cikgu Norzety : Penerima Sijil Anugerah Khas Juri Inovasi Pendidikan Prasekolah PPD Kinta Utara

Tahniah dan syabas kepada Cikgu Norzety binti Abd Aziz , guru prasekolah Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh yang telah menerima Sijil Anugerah Khas Juri Inovasi Pendidikan Prasekolah di PPD Kinta Utara pada 27 Januari 2022.

En. Zulkafli bin Mohamed Mokhtar, Timbalan PPD Kinta Utara telah menyampaikan sijil penghargaan tersebut. 

En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan terus menyokong usaha murni Cikgu Norzety Abd Aziz agar menyiapkan Modul Bahasa Inggeris Siri 2 untuk kegunaan guru-guru prasekolah Daerah Kinta Utara.





Kongsi:

24 - 25.01.2022 - Tahniah En Abdul Aziz dan Pn Latifah - Penceramah Bengkel Pemantapan JU PBD, IPGKI

 Syabas dan Tahniah kepada En. Abdul Aziz dan Pn Latifah, pensyarah kanan JIP selaku telah berkongsi ilmu Pentaksiran Bilik Darjah dalam Bengkel Pemantapan JU PBD IPGKI di Dewan Seri Tanjung pada 24-25 Januari 2022.

 En. Abdul Aziz (DSKP dan KMR), Pn. Latifah (Bimbingan Instraksional) dan Hjh. Noor Hasiah (Aktiviti dan instrumen PBD) bersama peserta telah membuat simulasi Bimbingan Instruksional, membentangkan KMR dan Instrumen PBD dalam sesi perbengkelan.




Kongsi:

25.01.2022 - Tahniah Unit BNK : Laman Terapi Minda (LTM)

Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan sedang melaksanakan aktiviti menyediakan 2 lot tanaman hijau dan dikenali sebagai  Laman Terapi Minda (LTM)

LTM ini telah diagihkan dengan 1 lot untuk menanam sayur-sayuran dan 1 lot lagi untuk menanam bunga-bungaan. 

Terkini, beberapa proses permulaan telah dilaksanakan iaitu menggembur tanah dengan adunan tanah hitam dan membaja (jenama - bajanas). Juga melakukan siraman dengan mikro pemulihan kandungan tanah. 

Justeru, En Zulkufli bin Mahayuddin menyokong usaha yang baik ini demi memberi pengalaman langsung kepada pelajar Unit BNK berkaitan LTM agar dapat dimanfaatkan pengalaman tersebut di sebagai guru di sekolah nanti.

En Zulkufli Mahayudin melawat 
Laman Terapi Minda









Kongsi:

24.01.2022 - Tahniah Dr Ganesan : Penerbitan Artikel Dalam Jurnal Berwasit Tahun 2021

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana berjaya menerbitkan 11 Artikel Dalam Jurnal Berwasit pada tahun 2021. Daripada Jumlah tersebut :

8 Artikel diterbitkan dalam Jurnal ( ISI ), 1 Artikel dalam Jurnal (SCOPUS), 1 Artikel dalam Jurnal (ERA) dan 1 Artikel dalam Jurnal (MyJournal).










Kongsi:

24.01. 2022 - Tahniah Unit BNK - Aktiviti Menceriakan Makmal Kaunseling Kelompok Untuk Kegunaan Pelajar BNK.

Tahniah kepada Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Unit, Bimbingan dan Kaunseling (BNK) dan rakan pensyarah BNK yang mengubahsuai dan menceriakan bilik Makmal Kaunseling Kelompok khusus untuk pelajar Unit V dan W bagi sesi pengajian 2022.

Lapan (8) orang pensyarah bekerjasama untuk memasang kertas dinding (wall paper) agar kebersihan, keceriaan dan keharmonian untuk kegunaan pelajar apabila memanfaatkan Makmal Kaunseling tersebut.







Kongsi:

22.01.2022 - Tahniah En Mustafa Kamal bin Alias : Terbitan Buku Harian 2022 (KPPB)

 Tahniah kepada En Mustafa Kamal bin Alias, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan dan warga Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB), IPGKI yang telah berjaya melaksanakan terbitan buku Catatan Harian 2022.

"Jabatan Ilmu Pendidikan turut berbangga dengan terbitan buku ini untuk edaran dan kegunaan Warga Kampus IPGKI. Semoga kefahaman KPPB turut direalisasikan oleh warga kampus IPGKI dan seluruh IPG di Malaysia", ujar En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan selaku TaskForce KPPB Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).



Kongsi:

22.01.2022 : Tahniah Cikgu Norzety : Pelancaran Buku "3 Little Puffer Fish"

Tahniah kepada Cik Norzety binti Abdul Aziz. Guru Prasekolah - Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh telah membuat pelancaran buku cerita Bahasa Inggeris Prasekolah "3 Little Puffer Fish" sempena Program One Fun Day With Kids telah berlangsung pada 20.1.2022 di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh.

Setelah pelancaran tersebut, buku ini bakal diterbitkan juga bagi membantu proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Prasekolah dan disebarluaskan ke prasekolah di negeri Perak.

Pelancaran Buku 3 Little Pufer Fish

Program One Fun Day With Kids adalah usahasama antara Unit Perpustakaan IPGKI dan Unit Prasekolah Seri Mawar, IPGKI. Aktiviti yang berlangsung dalam program tersebut ialah aktiviti bercerita daripada empat (4) orang pelatih UiTM  yang menjalani latihan industri di Unit Perpustakaan, IPGKI. Selain itu, pelajar prasekolah Seri Mawar turut menghasilkan penanda buku dengan bimbingan ibu bapa masing-masing.

"Jabatan Ilmu Pendidikan menyokong usaha murni penerbitan buku "3 Little Puffer Fish" untuk kegunaan pelajar prasekolah Seri Mawar, IPGKI dan akan disebarluaskan ke prasekolah di negeri Perak", kata En, Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI.

Selain itu, program ini turut mendapat perhatian dan liputan secara langsung oleh wartawan Perak Kini iaitu En Ramli bin Ahmad Rozali. Berita tersebut telah dimuatnaik di Facebook Perak Kini (Klik di sini).

Rakaman video daripada FB Perak Kini


"Program ini mendapat sokongan sepenuhnya ibu bapa pelajar prasekolah Seri Mawar, IPGKI sepanjang program berlangsung. Nilai murni hubungan mesra ibu bapa dan guru terhadap anak-anak didik prasekolah ini dapat dirangsang sepanjang program ini berlangsung", kata En Ahmad Jalalulail bin Abd Manaf, Ketua Unit Prasekolah yang setiasa menyokong dan membantu perjalanan program yang dirancang oleh Cikgu Norzety.

Kebersamaan membawa penyatuan dan kejayaan

Cikgu Norzety yang sentiasa mesra dengan pelajar prasekolah


En Ahmad Jalalulail, Ketua Unit Prasekolah sentiasa
menyokong usaha murni aktiviti Prasekolah Seri Mawar, IPGKI


Kongsi:

21.01.2022 - Taklimat Pentaksiran Berterusan PPISMP/PISMP/PDPP Sem Jan-Jun 2022

Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan taklimat berkaitan Pentaksiran Berterusan (PB)  PPISMP/PISMP dan PDPP bagi semester Jan-Jun 2022. 

Taklimat tersebut berlangsung pada 21.01.2022 (Jumaat) di Dewan Seri Melati pada jam 3.00 petang. 

En Zulkufli Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan memberi taklimat berkaitan pelaksanaan KPPB dalam PB, Dr Ooi Soo Yuan memberi taklimat berkaitan pelaksanaan PB dan Pn Saripah memberi taklimat pelaksanaan Kemahiran Insaniah dalam PB.

Tahniah kepada warga JIP yang dapat mengikuti taklimat tersebut.

En Zulkufli

Dr Ooi Soo Yuan

Pn Saripah

Kongsi:

21.01.2022 - Tahniah Dr Tan dan Dr Vasuki - Penghargaan kepada PD

 Tahniah kepada Dr. Tan Ai Lee dan Dr. Vasuki Muniandy, Pensyarah Kanan, JIP telah melaksanakan tugas sebagai PD (Pemeriksa Dalaman) dengan cemerlang sepanjang tahun 2021. 

Justeru, kedua tokoh ini telah menerima sijil penghargaan di Majlis Perhimpunan Organisasi Bulan Januari 2022 anjuran Jabatan Kecemerlangan Akademik.

Dr. Tan Ai Lee 
(BERDIRI : Dua dari kiri)

Dr. Vasuki Muniandy 

(BERDIRI : Dua dari kiri)

Kongsi:

21.01.2022 - Tahniah En Zulkufli : Lantikan Panel Maklumbalas Bimbingan Perancangan Kurikulum

21. 01.2022 - Tahniah kepada En Zulkufli bin Mahayuddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan merangkap TaskForce KPPB IPGM telah dilantik sebagai Panel Maklumbalas Bimbingan Perancangan Kurikulum  untuk Unit Pengajian Inggeris IPG Kampus Islam, Bangi, Selangor.

Program berlangsung pada  21 Januari 2022, jam 8.30pagi secara dalam talian.



Kongsi:

20.01.2022 : Storytelling bersama Murid Prasekolah Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh

Saksikan secara langsung di saluran YouTube kami: 

https://youtu.be/i_qLiIN5Inc

*******

Unit Perpustakaan dan Prasekolah Seri Mawar dan Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh, menjemput semua warga institut menonton storytelling yang disampaikan oleh Pelajar Latihan Industri UiTM Merbok Kedah bersama-sama murid Prasekolah Seri Mawar pada hari ini seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 20 Januari 2022 (Khamis)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Seri Tanjung IPG KI

Semua warga institut dijemput hadir. Ayuh mengembara bersama kami di dasar lautan




Kongsi:

19.01.2021 : Tahniah En Mustafa Kamal : Program Teaching School

Tahniah kepada En Mustafa Kamal bin Alias, Pensyarah Kanan JIP selaku pengerusi Program Teaching School yang menjayakan mesyuarat bersama Sek Keb PPH Hulu Kinta.

Program ini telah dilaksanakan sejak 2016 bagi membantu sekolah berdekatan dan terpilih melonjakkan kecemerlangan dan kemenjadian pelajar. 

Dengan perancangan bersama dan perlaksanaan kolaborasi ini, IPGKI dapat terus menyumbang kepakaran dan berkongsi pengalaman dengan sekolah demi kemajuan negara.



Kongsi:

14.01.2022 : Tahniah En Zulkufli - Pengiktirafan ICG International


14 Januari 2022 : Tahniah kepada En Zulkufli bin Mahyudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan dan Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi, Pensyarah Cemerlang, Jusa C, Jabatan Teknologi Pendidikan & Multimedia yang telah mendapat pengiktirafan sebagai ICG International (Instructional Coaching Group) pada 11 Januari 2022.

Warga Institut Pendidikan Guru Malaysia, KPM dan IPG Kampus Ipoh turut berbangga dengan kelayakan dan pengiktirafan tersebut.

Pengiktirafan ini melayakkan En Zulkufli bin Mahyudin dan Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi,  untuk melaksanakan 'coaching' di peringkat antarabangsa.



En Zulkufli bin Mahayudin
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Ipoh
Pengiktirafan menerusi emel.


Kongsi:

10-12.01.2022 : Bengkel Semakan MK Bimbingan dan Kaunseling.

Tahniah kepada Dr Mariah, On Latifah dan Hj Mazlan, pensyarah Bimbingan dan Kaunseling, JIP telah terlibat dalam bengkel semakan MK (Maklumat Kursus)  Bimbingan dan Kaunseling. 

Program tersebut berlangsung pada 10-12 Jan 2022 dan bertempat di IPG Kampus Darul Aman, Kedah. 








Kongsi:

07.01.2022 : Tahniah Dr Ooi : Lantikan Pakar Penilai Kesahan - UPSI

 SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr Ooi Soo Yuen, Pensyarah Kanan JIP yang telah dilantik sebagai Pakar Penilai Kesahan Instrumen Kajian Pengajian Siswazah Doktor Falsafah (Pengukuran Pendidikan), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kajian tersebut bertajuk “Pembinaan Instrumen Efikasi Kendiri Guru Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (EfiG PBD) Di Sekolah Rendah."



Kongsi:

05.01.2022 - Mesyuarat JIP Bil 1/2022

 Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan Mesyuarat JIP Bil 1/2022 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 05.01.2022

Masa : 2.30 petang 

Tempat : Bilik Mesyuarat Dahlia 














Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1