Pada 29 dan Mac 2022, satu kursus peningkatan ilmu telah dilaksanakan bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang, bertempat di Makmal Bestari, IPKI. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia telah disampaikan oleh dua orang pensyarah hebat iaitu Dr. Hamdiah bt. Jailani dan En. Wan Mazlan b. Wan Mohd Rashdi. Di antara tajuk-tajuk yang disampaikan adalah Digital Tools dan Pembinaan DLO menggunakan Google Site . Diharapkan semua perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pensyarah yang hadir.
Kursus ini adalah anjuran AJK Unit Latihan Pembangunan, JIP dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan IPKI. Seramai 20 orang pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) terlibat. Mereka bertungkus-lumus dalam menuntut ilmu dan menjalankan kursus selama dua hari ini. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh Penolong Ketua Jabatan iaitu Pn. Saripah Rabe'ah bt. Syed Ali, bagi mewakili Ketua Jabatan JIP, En. Zulkufli Mahayuddin.
Justeru itu, moga kursus ini boleh mendatangkan impak yang positif kepada pensyarah daripada JIP itu sendiri selaras dengan visi dan misi IPKI sebagai peneraju pusat pendidikan yang tersohor. Slogan Moga “ Guru Teladan Masa Depan Peneraju” tercapai. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak, terutamanya kepada ketua AJK LDP JIP, Pn. Mastura bt. Karimuddin yang memberi idea untuk kursus ini.