27.07.2022 - Tahniah Dr. Vasuki - Panel Penilai di Kolokium Penyelidikan Peringkat IPGKI 2022 (KoPPP)
26.7.2022 - Tahniah En Zulkufli :
Tahniah kepada En Zulkufli bin Maahyudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh yang berkongsi ilmu dalam Bicara Profesional pada 26 Julai 2022 (Isnin), jam 8.30 pagi.
Bicara Profesional ini bertajuk Memperkasa Pedagogi Bermakna yang berlangsung sempena Perhimpunan Dwibulanan Pejabat Daerah Kinta Utara Bilangan 2 2022.
22.07.2022 - Tahniah Cikgu Norzety : Bual Bicara Penulis Perak Sempena Pesta Buku Perak 2022
Tahniah kepada Cikgu Norzety binti Abdul Aziz (guru Prasekolah Seri Mawar IPG Kampus Ipoh) kerana terpilih sebagai panel jemputan Bual Bicara Berasama Penulis Perak sempena Pesta Buku Perak 2022 bertempat di Pasaraya AEON Ipoh Klebang Perak.
Semoga dapat menjadi inspirasi dan dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat serta memberi impak yang besar kepada para penonton.
19-21.07.2022 - PRONIKA : Tahniah pensyarah JIP
PROGRAM PENGOPERASIAN NILAI DAN KARAKTER (PRONIKA) INISIATIF #110 : PEMBANGUNAN POTENSI DAN KARAKTER MURID TAHUN 2022
19-21 Julai 2022 : Program adalah anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan diuruskan oleh Unit Pembangunan dan Latihan IPG Kampus Ipoh. Syabas dan tahniah kepada 8 orang pensyarah dan 2 orang Kaunselor IPGKI yang merupakan Jurulatih Negeri (JUN ) yang telah terlibat dalam program PRONIKA tahun 2022.
Senarai Jurulatih Utama Negeri (JUN)
1 Dr. Azmi bin Abdul Hamid (KETUA) - Ketua Jabatan, Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
2 En. Ahmad Jalalulail bin Abd Manab (P. Ketua) - Pensyarah Kanan, JIP
3 En. Syed Jahangir Ali bin Ilhan Mohaideen (Setiausaha) - Pensyarah Kanan JIP
4 En. Mohd Nazri bin Saad - Ketua Unit, Unit Psikologi dan Kaunseling.
5 En. Abdul Aziz bin Shamsuddin - Pensyarah Kanan, JIP
6 Dr. Mohamad Yusri bin Bakir - Timb. Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
7 Pn. Zulliana binti Hasan - Pensyarah Kanan JIP
8 En. Azlan bin Lin - Pensyarah Kanan, JIP
9 Dr. Baskaran a/l Kannan - Pensyarah Kanan JIP
10. Pn.Kastina bt Mat Kassim - Kaunselor Organisasi, Unit Psikologi dan Kaunseling, IPGKI.
Mereka telah menyumbangkan khidmat dan kepakaran ke arah memperkembangkan potensi dan karakter murid kepada guru-guru di Negeri Perak.
Penyebaran program ini adalah berteraskan kepada penyusunan semula sistem pentaksiran di sekolah serta sebahagian usaha membentuk generasi masa depan di mana murid- murid diberi ruang seluasnya untuk membina keupayaan diri berdasarkan potensi masing-masing.
Objektif program adalah bagi menerapkan 4 fokus utama (elemen) Pengoperasian Nilai dan Karekter iaitu kesedaran, kefahaman, amalan dan pembudayaan.
Peserta program terdiri daripada 50 orang guru dari seluruh Negeri Perak.
18.06.2022 - KPPB : Bengkel Pelaksanaan Kurikulum (BPK)
Tahniah kepada warga Jabatan Ilmu Pendidikan berjaya melaksanakan KPPB : Bengkel Pelaksanaan Kurikulum (BPK) untuk merungkai dan merangkai subjek yang ditawarkan bagi subjek yang ditawarkan.
Bengkel ini dilaksanakan pada 18 Julai 2022 (Isnin), jam 9.00 pagi dan bertempat di Dewan Seri Budiman, IPG Kampus Ipoh.
Pn. Saripah Rabea'ah binti Syed Ali, Pen Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan telah merasmikan bengkel tersebut.
Bengkel diteruskan dengan taklimat Dr. Hamdiah Jailani berkaitan proses merangkai dan merungkai kandungan subjek. Pendekatan Backward Design mampu memberi kefahaman kepada pensyarah dan pelajar untuk memahami kandungan subjek.
En. Abdul Aziz bin Shamsuddin, TaskForce KPPB IPG Kampus Ipoh juga memberi huraian lanjut untuk mengulas dan membina kefahaman yang jelas dalam kalangan peserta kursus.
15.07.2022 - Tahniah Dr. Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN "International Virtual Workshop on Thesis Writing and Publication "
TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi "International Virtual Workshop on Thesis Writing and Publication " yang diadakan selama tiga hari dari 8 - 10 Julai, 2022 di Tamil Nadu, India.
Bengkel Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club, Tamil Nadu, India, Cape Comorin Trust, Tamil Nadu, India dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 70 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.
06.07.2022 - PROGRAM 'LETS EAT HEALTHY' BERSAMA PELAJAR LATIHAN INDUSTRI UNIT PERPUSTAKAAN ANJURAN UNIT PERPUSTAKAAN DENGAN KERJASAMA PRASEKOLAH SERI MAWAR, UNIT PRASEKOLAH, JABATAN ILMU PENDIDIKAN, IPG KAMPUS IPOH.
Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Program 'Lets Eat Healthy' dan dikendalikan oleh pelajar latihan industri Cik Nursyahira bt Mohd Fesal dan Cik Nur Atikah bt Ishak.
Program ini adalah berkaitan makanan sihat berdasarkan piramid makanan dan telah disampaikan melalui aktiviti bermain kepada kanak-kanak prasekolah.Aktiviti "suku suku separuh" ini telah berjaya menarik minat kanak-kanak untuk mengamalkan budaya makanan sihat .
Unit Perpustakaan merakamkan ucapan terima kasih kepada Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan atas kerjasama dalam menjayakan program ini.
Turut hadir, Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan), Pn. Saripah Rabea'ah binti Syed Ali (Penolong Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan) , En. Ahmad Jalalulail b. Abdul Manab (Ketua Unit Prasekolah),Cikgu Norzeti binti Abd Aziz dan staff perpustakaan IPG Kampus Ipoh.
Semoga para peserta mendapat input yang baik melalui program ini.
"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"
06.07.2022 : Tahniah kepada Tn. Hj. Azlan bin Lin dan pasukan promosi IPG
Syabas dan tahniah kepada Unit Komunikasi Korporat IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan dan Unit Kaunseling turut menjayakan Program Jom Masuk U & Program Pencegahan Dadah (PPDA) anjuran SMKA Sultan Azlan Shah, Bota pada 6 Julai 2022.
Pegawai yang bertugas ialah Tn. Hj. Azlan bin Lin, Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan (Penyelaras UKK IPGKI), En. Mohamad Termizi bin Rafie (Pen. KU Unit Pembangunan Latihan), En. Mohd Nazri bin Saad (Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling) dan Pn Kastina binti Mat Kassim (Pen KU UPsK).
Ramai pelajar yang mengunjungi ruang pameran Promosi IPG bagi mendapatkan info yang jelas berkaitan tawaran kemasukan ke IPG.
03.07.2022 - Tahniah Dr. Mariah : Pelantikan Kaunselor Berdaftar Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perak.
Syabas dan Tahniah kepada Dr. Mariah binti Kamaruddin, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI yang telah dilantik sebagai Petugas Kaunselor Berdaftar sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perak.
Pelantikan ini daripada Lembaga Kaunselor, Kementerian Pembagunan Wanita dan Masyarakat Malaysia.
Selamat bertugas.
03.07.2022 - Tahniah Hj. Mohd Nizam - Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak.
1-3 Julai 2022 : Tahniah dan terima kasih kepada En Mohd Izhar bin Hj Ahmad Zahari, Pensyarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar ,IPG Kampus Ipoh dan Tn. Hj. Mohd Nizam bin Mohd Tajeri Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh yang telah bertungkus lumus memastikan program di reruai K15 Kementerian Pendidikan Malaysia, Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Perak Darul Ridzuan berjalan dengan lancar pada:
Hari : Jumaat - Ahad.
Masa: 9:00 pagi - 6:00 petang.
Tempat: Litar Dato' Sagor, Pasir Salak, Perak Darul Ridzuan.
Pelbagai perkhidmatan menarik telah disediakan antaranya:
- Jom Jadi Cikgu
- eGTukar / SPAT KPM
- Pendaftaran anak-anak GENIUS
- Perkhidmatan Pendidikan Khas 3PK
- Permohonan Salinan Sijil Peperiksaan
- Jom Masuk Matrikulasi
Semoga informasi yang telah diberikan dapat memberikan ilmu pengetahuan baharu kepada pengunjung.