• ;

28.01.2023 : Tahniah Dr. Mariah : Kaunselor Sukarelawan KPWKM

 Syabas dan tahniah kepada Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan,IPGKI yang terus menyumbang bakti dan kepakaran sebagai Kaunselor sukarelawan (Pusat Sokongan Sosial Setempat - Psss Team, KPWKM) sempena majlis hari bertemu pelanggan bersama agensi-agensi kerajaan masyarakat madani Sepang.

Program ini berlangsung seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 28 Januari 2023 

Tempat : Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang.

Anjuran : Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang

Dr.Mariah Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKI yang sentiasa menyumbang bakti dalam bidang khidmat nasihat kepada masyarakat.


Kongsi:

25 - 27. 01.2023 - KPPB EDUP3073 - Tahniah Pn Anis Salwa dan Siswa Guru Unit W3, W8 dan W9

EDUP 3073 Budaya Dan Pembelajaran Unit W mempelajari tentang adat dan budaya pelbagai kaum yang ada di Malaysia. Justeru itu, dengan bimbingan Puan Anis Salwa binti Ahmed @ Adnan siswa guru unit W3, W8 dan W9 telah melaksanakan simulasi adat makan dan perkahwinan bagi pelbagai kaum di Malaysia. Simulasi ini di rasmi oleh Timbalan Ketua Jabatan JIP dan turut serta KU JIP.  Aktiviti ini telah dijalankan secara berasingan pada hari-hari yang berikut:

         W3: 25 Januari 2023 pada pukul 10:30 pagi

         W9: 25 Januari 2023 pada pukul 2:30 petang

         W8: 26 Januari 2023 pada pukul 10:30 pagi

Simulasi dijalankan mengikut kreativiti siswa guru sendiri setelah meneroka dan mencari maklumat tentang adat-adat pelbagai kaum. Satu impak yang besar setelah dapat menghayati sendiri kaum²lain yang salama ini hanya melihat dan mendengar sahaja. Buktinya dapat di lihat melalui persembahan yang telah dilaksanakan.

 

Ucapan Timbalan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, En Shaddin bin Sabri

Adat Makan Kaum Melayu

Adat Makan Kaum  Cina

Adat Makan Kaum India 

Adat Makan Kaum Orang Asli


Adat Perkahwinan Kaum Kadazandusun








Kongsi:

25.01.2023 - Tahniah Pn Hani Bebe : Catatan Naskhah Mewarnai 2023.

 Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Puan Nor Hani Bebe bt Alta Miah (pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan) kerana berjaya menyumbang ungkapan dan madah indah mereka telah dimuatkan di dalam buku "Catatan Naskhah Mewarnai 2023". 

Buku ini telah diterbitkan oleh Naskhah Karya Publications yang memuatkan ungkapan dan madah indah daripada beberapa tokoh dan penulis terpilih tanahair.

Catatan Naskah Mewarnai 2023

Ungkapan dan madah indah




Kongsi:

20.01.2023 : Tahniah Pn. Nor Hani Bebe - Perkongsian Kepakaran Dalam Penulisan Kreatif (Penulisan Anekdot)

Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Pn. Nor Hani Bebe binti Alta Miah, Pensyarah Kanan JIP yang telah berkongsi kepakaran dalam bidang penulisan kreatif untuk warga IPGKI dalam Bengkel Penulisan Anekdot anjuran Jabatan Pengajian Melayu, IPGKI.

Bengkel tersebut telah berlangsung pada 19 dan 20 Januari 2023 bertempat di Mini Teater, IPG Kampus Ipoh. 

Pensyarah JIP yang turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Dr. Baskaran dan Tn Hj. Mohd Nizam. Semoga wakil JIP dapat memartabatkan penulisan kreatif ke peringkat lebih tinggi. 





Kongsi:

18-20.01.2023 - Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop on Research Writing, Editing and Publishing"

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop on Research Writing, Editing and Publishing yang telah diadakan selama tiga hari dari 18-20, Januari 2023 di Tamil Nadu, India.

Beliau juga telah membentangkan Kertas Kerja bertajuk "Research Method in Historical Studies". 

Bengkel Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 120 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini. 




Kongsi:

20.01.2023 - Tahniah Dr. Zuliana binti Hassan : Lantikan Task Force Akredetasi Program Pengajian IPG KPM 2023

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr. Zuliana binti Hassan, Pensyarah Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP, IPGKI atas pelantikan Ahli Task Force Akredetasi Program Pengajian  IPG KPM Tahun 2023.

Pelantikan ini bermula pada 17 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.




Kongsi:

18.01.2023 - Tahniah Unit Prasekolah dan Prasekolah Seri Mawar, IPGKI : Fun Learning @Library.

 Jabatan Ilmu Pendidikan merakamkan syabas dan tahniah kepada Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan yang menyokong dan berkerjasama dengan Unit Perpustakaan, IPGKI bagi menjayakan Program 'Fun Learning @ Library' yang dipenuhi dengan aktiviti sukan riang ria, syoknya ekperimen sains, make up cake dan aktiviti mari menari. 

Program yang telah disertai oleh adik-adik Prasekolah Seri Mawar, IPG kampus Ipoh yang berlangsung pada 18.01.2023 bertempat di Perpustakaan, IPGKI. 

Program ini dikendalikan oleh Pelajar Latihan Industri UITM Cawangan Merbuk, Cik Putri Norzehan Nasbi binti Elias, Cik Nur Nadzirah binti Shaharuddin dan Cik Nur Fatin Khalilah binti Saharudin

Turut hadir, En. Ahmad Jalalulail bin Abdul Manab, (Ketua Unit Prasekolah), En. Hasri bin Abu (Ketua Unit Perpustakaan), Cikgu Norzety binti Abdul Aziz (Guru Prasekolah), En. Mohamad Hafiz bin Hisamudin (Ketua Unit Khidmat pengurusan) dan semua kakitangan Unit Perpustakaan IPG kampus Ipoh.

Penyampaian cenderahati kepada adik-adik Prasekolah Seri Mawar telah disampaikan oleh En. Ahmad Jalalulail b. Abdul Manab, (Ketua Unit Prasekolah) bersama En. Hasri bin Abu (Ketua Unit Perpustakaan).

Semoga adik-adik Prasekolah Seri Mawar mendapat input yang baik melalui program ini.





Kongsi:

16.01.2023 - Tahniah Dr. Mariah : Lantikan AHLI SENAT Pensyarah Pakar IPG Sesi 2023-2024

 TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI yang diberi kepercayaan tinggi oleh IPGM.

Beliau telah dilantik sebagai Ahli Senat Pensyarah Pakar IPG Sesi 2023-2024 bagi sidang Bimbingan dan Kaunseling.






Kongsi:

02.01.2023 - Tahniah Dr Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN "International Virtual Workshop on Research Methods and Research Writing".

 TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi "International Virtual  Workshop on  Research Methods  and Research Writing  " yang  diadakan selama tiga hari  dari 21- 23 Disember , 2022 di Tamil Nadu, India.

Bengkel Antarabangsa  ini dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club, Tamil Nadu,  India, Cape Comorin Trust, Tamil Nadu,  India dan  Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 70 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.




Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1