• ;

23-25.06.2023 - Tahniah Dr. Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN "International Virtual Workshop on Research Methodology and Research Writing"

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop  on Research Methodology and Research Writing " yang telah diadakan selama tiga hari dari 23 - 25 ,Jun 2023 di Tamil Nadu, India. Bengkel Antarabangsa ini 

 dianjurkan bersama oleh  Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India  dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 80 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.






Kongsi:

20.06.2023 : Tahniah Prasekolah Seri Mawar - Program Kelestarian Alam Sekitar

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Unit Prasekolah yang telah mengadakan  “Program Kelestarian Alam Sekitar” telah diadakan di Prasekolah Seri Mawar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh pada 20 Jun 2023 bermula jam 8:00 pagi sehingga pukul 10:00 pagi. 

Seawalnya,  murid-murid prasekolah telah mendaftarkan kehadiran masing-masing sebelum diberikan taklimat ringkas oleh penyelaras projek tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. 

Kemudian, ahli jawatankuasa projek telah memberikan penerangan tentang isu pengurusan sampah terlebih dahulu. Selepas penerangan, murid-murid diminta mengutip sampah yang ada di kawasan prasekolah. Selepas itu, murid-murid diberi pendedahan tentang bahan buangan yang boleh dikitar semula serta kegunaan tiga jenis tong sampah kitar semula yang berlainan warna. Kemudian, murid-murid diberi peluang untuk memilih salah satu bahan kitar semula yang telah disediakan dan mengklasifikasikan bahan tersebut berdasarkan kategori dan warna tong kitar semula. 

Selepas rehat, murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Secara kumpulan, murid-murid dikehendaki untuk menghasilkan satu produk dengan menggunakan bahan kitar semula. Setiap kumpulan sangat kreatif, inovatif dalam penghasilan produk kitar semula. Mereka kelihatan seronok dan teruja sepanjang aktiviti tersebut. 

Sebelum menamatkan projek ini, penyelaras projek telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan penghasilan produk kitar semula. Sesi bergambar diadakan bagi semua murid dan guru yang terlibat untuk dijadikan kenangan.









Kongsi:

16.06.2023 - Tahniah Dr Mariah : Perkongsian Profesional (Kemahiran Mengatasi Masalah)

Syabas dan tahniah kepada Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan Perkongsian Profesional CDL Hands-On (Online Session) IPG Siri 19. 

Tarikh : 16.06.2023 (Jumaat)

Masa : 3.00pm - 4.30pm

Platform: Zoom 

https://t.ly/y0FS atau   https://us02web.zoom.us/j/88370198715?pwd=UEMwNVZadkhXd09uT1BqakI5eTUrUT09



*************************************

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

CDL Hands-On Online Session IPG (Siri 19) — Kemahiran Mengatasi Masalah

Pembentang: Dr. Mariah Kamaruddin, Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Ipoh

Tarikh: 16 Jun 2023 (Jumaat)

Masa: 3:00 - 4:30 petang

Platform: Zoom https://t.ly/y0FS atau https://us02web.zoom.us/j/88370198715?pwd=UEMwNVZadkhXd09uT1BqakI5eTUrUT09

Meeting ID: 883 7019 8715

Passcode: CDLIPG


Catatan tambahan:

🔸 e-sijil disediakan

🔸 Ruangan zoom akan dibuka 30 minit (2:30 petang) sebelum program dan para peserta disarankan untuk membuat persiapan awal bagi memastikan kelancaran program.

🔸 Program akan dimulakan dengan perkongsian "CDL Snippets - Reflect On" pada 2:50 petang, selama 10 minit.


Semua dijemput hadir.

Kongsi:

13.06.2023 - Tahniah Tn. Hj. Azlan Lin : Lawatan Penanda Aras dan Dialog Perkongsian Pintar UKK IPGKI dan IPGKSAH

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tn. Hj. Azlan bin Lin dan barisan Ahli Jawatan Kuasa Komunikasi Korporat IPG Kampus Ipoh yang menyambut delegasi dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah seramai 10 orang untuk Lawatan Penanda Arasan Unit Komunikasi Korporat di IPG Kampus Ipoh.

Pihak pengurusan IPG Kampus Ipoh yang diketuai oleh Encik Mohd Khadri bin Fazil Rahman (Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh) telah menandatangani persefahaman atau MoU jalinan kerjasama melibatkan kedua-dua belah pihak.

Lawatan yang diketuai oleh Dr Rosli bin Abdul Hamid, Penyelaras UKK IPG KSAH antara lain bertujuan untuk berkongsi maklumat serta kepakaran dalam mengurus tadbir skop dan fungsi komunikasi korporat di kampus masing-masing selaras dengan keperluan IPGM KPM. 

Berasaskan persediaan rapi dan yang perkongsian mantap  dapat memastikan objektif lawatan berada pada tahap optimum serta memberi impak positif kepada kedua- dua organisasi.








Kongsi:

08-10.06.2023 - Tahniah Dr. Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop on Soft Skills, Research Skills and Effective Classroom Teaching"

 TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop  on Soft Skills, Research Skills and Effective Classroom Teaching" yang telah diadakan selama tiga hari dari 8-10 ,Jun 2023 di Tamil Nadu, India. Bengkel Antarabangsa ini 

 dianjurkan bersama oleh  Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India  dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 65 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.





Kongsi:

06-08.06.2023 - Tahniah Dr Baskaran : Perkongsian Profesionalisme Bengkel TOT Program Tramsformasi Minda (PTM) 2023

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr Baskaran yang melaksanakan perkongsian profesionalisme sebagai penceramah dalam bengkel pemantapan TRAINING OF TRAINERS (TOT) Program Transformasi Minda (PTM) tahun 2023 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh pada 6-8 Jun 2023 Di Hotel Grand Kampar. 

Semua peserta menghadiri Bengkel TOT Program Transformasi Minda 2023.

Dr. Baskaran memberi input bermakna kepada semua peserta.

Malahan tiga orang pensyarah JIP turut mengikuti  Bengkel TOT tersebut iaitu Pn Ainiyusnita, Dr. Zulliana dan En Shaddin.

Pensyarah JIP yang terlibat dalam Bengkel TOT.

Semua orang memberi kerjasama yang padu dan komitmen tinggi dalam menjayakan bengkel ini.

Kongsi:

07.06.2023 - Pelajar Prasekolah Seri Mawar bersama Program Kesihatan Gigi 2023

Tahniah dan syabas kepada Unit Prasekolah IPG Kampus Ipoh telah melibatkan pelajar Prasekolah Seri Mawar, IPGKI dengan memberi pendedahan asas penjagaan gigi dalam Program Kesihatan Pergigian.

Program ini dengan kerjasama Pejabat  Kesihatan Pergigian Daerah Kinta dan Bahagian  Kesihatan Pergigian Negeri Perak yang berlangsung pada :

Tarikh : 07.06.2023

Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPGKI.

Taklimat penjagaan gigi oleh Pegawai Perubatan Pergigian dan aktiviti memberus gigi dengan cara yang betul







Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1