• ;

29-31.08.2023 - Tahniah Dr. Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN "International Virtual Workshop On Soft Skills and Effective Classroom Management in the Age of Artificial Intelligence"

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop  on  " Soft Skills and Effective Skills and Effective Classroom Management in the Age of Artificial Intelligence" yang telah diadakan selama tiga hari dari 29 - 31, August  2023 di Tamil Nadu India. 

Bengkel Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh  Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India  dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 65 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.





Kongsi:

26.08.2023 - Tahniah Dr. Hamdiah : TEA TALK - Rakan Pembelajaran KPPB EDUP3123 (Pedagogi)

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr. Hamdiah Jailani dan Pensyarah EDUP3123 (Pedagogi) yang melaksanakan KPPB dengan menjemput penceramah khas, En Zulkufli bin Mahayudin (mantan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan - telah bersara) agar Siswa Guru Unit X dan Warga JIP mendapat input yang jelas dan bermakna.


En. Zulkufli bin Mahayudin yang memberikan input berkaitan KPPB


Dr. Mariah Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan memberi ucapan dan merasmikan program KPPB.

Maklumat berkaitan KPPB adalah seperti di bawah :

***********************

 KPPB MENJANA KEUNGGULAN GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kursus : EDUP3123 PEDAGOGI

Anjuran : Siswa Unit X dan Jabatan Ilmu Pendidikan

Penceramah : En. Zulkufli bin Mahayuddin (Mantan Task Force KPPB IPGM)

Perasmi : Dr. Mariah binti Kamarudin (KJ JIP)

Moderator : Cik Qurratuaini Rezabri (Unit X4)

Penyelaras Kursus : Dr. Hamdiah binti Jailani

Boleh menonton di talian maya di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=0dm21WgTQJQ

Kongsi:

25.08.2023 - Tahniah Dr. Ooi Soo Yuan : Majlis Santunan Budi

Jabatan Ilmu Pendidikan turut meraikan Majlis Santunan Budi  kepada Dr. Ooi Soo Yuan, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan pada 25.08.2023 (Khamis), jam 8.30am di Dewan Seri Tanjung, IPGKI.

Dr. Ooi Soo Yuan turut menerima Sijil Penghargaan Perkhidmatan daripada Kementerian Pendidikan dan telah disampaikan oleh En Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh. 


Dr. Ooi menerima Sijil Penghargaan KPM daripada Tn Timbalan Pengarah

Dr. Ooi memberi ucapan sempena 
Majlis Santunan Budi



Dr Ooi bersama rakan JIP





Kongsi:

22-24.08.2023 - Tahniah Pn Latifah : Penceramah PBD Zon Timur

Syabas dan Tahniah kepada Pn Latifah A.Jamil, Pensyarah Kanan, JIP telah berkongsi profesionalisme Kursus Training Of Trainers (TOT) Modul Latihan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Bagi Zon Timur Di bawah Inisiatif #111: Pemantapan Profesionalisme PPP pada 22 – 24 Ogos 2023 di Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu, Terengganu,

Bengkel ini disampaikan kepada pegawai SISC+ dan Pegawai Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri di Zon Timur. Timbalan Rektor Pusat Pembangunan Latihan IPGM, Dr Yazid bin Abdul Manap merasmikan penutupan bengkel.




Kongsi:

16-18.08.2023 - Tahniah Pn Latifah : Penceramah PBD bagi Zon Selatan.

 Syabas dan tahniah kepada Pn Latifah A. Jamil, Pensyarah Kanan, JIP telah melaksanakan Kursus Training Of Trainers (TOT) Modul Latihan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Bagi Zon Selatan Di bawah Inisiatif #111: Pemantapan Profesionalisme PPP pada 16-18 Ogos 2023 bertempat di Hotel Crown Crystal Johor Bahru, Johor

Bengkel ini disampaikan kepada pegawai SISC+ dan Pegawai Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri di Zon Selatan. Manakala, Timbalan Rektor Pusat Pembangunan Latihan IPGM, Dr Yazid bin Abdul Manap merasmikan penutupan bengkel. 





Kongsi:

10-12.08.2023 - Tahniah Dr Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop on Thesis Writing and Publications Ethics"

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop  on  " Thesis Writing and Publication Ethics" yang telah diadakan selama tiga hari dari 10 - 12 , August  2023 di Tamil Nadu India. 

Bengkel Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh  Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India  dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 70 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.







Kongsi:

11.08.2023 - Tahniah Dr Mariah : Perkongsian Profesional di Kem Kecemerlangan Akademik STPM, Kuala Kangsar

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI yang melaksanakan Perkongsian Profesional sebagai penceramah motivasi dan teknik belajar berkesan sempena Kem Kecemerlang Akademik STPM Semester 2 Tahun 2023 pada 11 Ogos 2023 bertempat di USAS RESORT, Kuala Kangsar





Kongsi:

10.08.2023 - Taklimat Akreditasi MQA-2 Bimbingan dan Kaunseling 2023

 Jabatan Ilmu Pendidikan melaksanakan Taklimat Akreditasi MQA-2 Bimbingan dan Kaunseling pada 10.08.2023 (Khamis), Bilik Mini Teater dan jam 9.00 pagi.

YBrs. Dr. Hj. Yahya bin Osman, Pengarah IPGKI turut hadir bersama Dr. Mior Ahmad Tarmizi, Setiausaha Sekretariat Jaminan Kualiti dan Pematuhan Polisi dan Dr. Fatimah, Penyelaras MQA, IPG Kampus Ipoh.

YBrs. Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan memberi ucapan dan kata aluan sebagai pembuka majlis.

Dr. Fatimah turut memberi penjelasan dan strategi pelaksanaan MQA Bimbingan dan Kaunseling kepada pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan.













Kongsi:

08.08.2023 - Tahniah Dr. Mariah : Webinar Lembaga Kaunselor - Penguasaan Kemahiran Asertif, Ketulenan dan Konfrontasi Dalam Kaunseling

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI telah melaksanakan Webinar Lembaga Kaunselor bertajuk PENGUASAAN KEMAHIRAN ASERTIF, KETULENAN DAN KONFRONTASI DALAM KAUNSELING pada 08.08.2023 secara maya berasaskan aplikasi Zoom. 

*************

Salam Sejahtera      

YBhg.Dato'/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa LEMBAGA KAUNSELOR akan menganjurkan siri Webinar PENGUASAAN KEMAHIRAN ASERTIF, KETULENAN DAN KONFRONTASI DALAM KAUNSELING kpd para pelajar serta kaunselor dan individu berkepentingan pada 8 Ogos 2023 (Selasa-RM30.00-1 mata CPD Ilmu dan Kemahiran 4) melalui aplikasi atas talian Zoom.

Link pendaftaran adalah seperti ketetapan berikut: https://forms.gle/s6oC1Ccsb3EX8mDT9

Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati menjemput YBhg.Dato'/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan yang berminat untuk menyertai webinar yang akan dilaksanakan ini. Pembayaran fi webinar boleh dibuat kepada CIMB 8000273435 atas nama LEMBAGA KAUNSELOR. 

Sebarang pertanyaan berhubung webinar ini sila hubungi pihak urus setia dan E-sijil penyertaan serta rakaman webinar akan disediakan. Komitmen YBhg.Dato'/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan terhadap program webinar LEMBAGA KAUNSELOR ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


Sekian.


Urus Setia Program

Lembaga Kaunselor (Malaysia) 

Kongsi:

08.08.2023 : Tahniah Pn Mastura : Ceramah "Anda Bijak Jauhi Zina"

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pn. Mastura binti Karimuddin telah berjaya berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara profesional berkaitan kerencaman emosi remaja untuk anak remaja perempuan.

Program ini berlangsung di SMK Dr. Burhanuddin, Taiping pada 08.08.2023. Beliau sebagai penceramah jemputan telah berkongsi tatacara bagaimana untuk mendidik anak remaja perempuan bagi menjauhi perkara yang boleh merosakkan diri diri sendiri.

Ceramah tersebut telah mendapatkan respon yang sangat positif oleh pelajar.

Pn Mastura binti Kamaruddin sedang memberi ceramah kepada pelajar SMK Dr Burhanuddin, Taiping.










Kongsi:

03.08.2023 - Tahniah Unit Prasekolah ; Majlis Karnival Program Potensi Prasekolah Kelompok 3 tahun 2023

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Unit Prasekolah kerana menyertai Program Potensi Prasekolah yang berlangsung pada 3 Ogos 2023 bertempat di SK Pakatan Jaya, Tambun bermula jam 8.00 pagi. 

Program ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj.Solihin ,pegawai dari Jabatan Pendidikan Daerah Kinta.

Sebanyak 7 acara telah dipertandingkan iaitu:

1.Tarian Rampai

2.Kiddy O Bento

3.Deklamasi Sajak

4.Nyanyian Solo

5.Hafazan

6.Fashionista

7.STEM

Murid Prasekolah Sri Mawar IPGK Ipoh telah menyertai 3 acara. Adik Nur Dhia Amanda binti Hasbullah telah mendapat tempat ke 3 dalam acara fashionista (best costume).

Tahniah kepada Cikgu Zety , warga prasekolah Seri Mawar dan ibu bapa yang sama- sama menjayakan program tersebut.

Adik Nur Dhia Amanda bin Hasbullah bersama Cikgu Cikgu Zety.

Adik Nur Dhia Amanda mendapat tempat ke 3 dalam acara fashionista


Kongsi:

03.08.2023 - Tahniah Dr Mariah :Panel Hakim bagi pembentang kajian tindakan guru Tingkatan Enam dalam Program Preuniversity Classroom Based Research Colloquium 2023.

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan  syabas dan tahniah kepada YBrs. Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI yang sentiasa menyumbang kepakaran untuk dunia pendidikan. 

Pada 3 Ogos 2023,  beliau dilantik sebagai Panel Hakim bagi pembentang kajian tindakan guru Tingkatan Enam dalam Program Preuniversity Classroom Based Research Colloquium 2023 yang bertempat di Universiti Sultan Azlan Shah.

Program ini berlangsung di Pusat Prauniversiti KPM, Kuala Kangsar Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak.




Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1