• ;

29.09.2023 - Tahniah Dr. Baskaran : Penceramah Pendidikan Moral di Seminar Pendidikan Moral, Sijil Agnes Harta Tanah (CEA)

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr. Baskaran Kannan sebagai Penceramah Pendidikan Moral di Seminar Pendidikan Moral, Sijil Agnes Harta  Tanah (CEA) pada 29 September 2023 di Institut Penilaian Negara (INSPEN), Selangor.

Seramai 24 orang peserta dari agensi harta tanah dari seluruh negara diwajibkan menghadiri program ini dari 9am - 5pm. Semua peserta seminar menunjukkan komitmen yang tinggi.






Kongsi:

27.09.2023 - Tahniah Dr. Shyielathy : Panel Pakar Penilai Kajian Calon PHD Bidang Pendidikan Khas.

Syabas dan tahniah kepada Dr Shyielathy a/l Arumugam, Pensyarah Akademik, JIP  yang menyumbang kepakaran sebagai panel pakar penilai kajian calon Phd bidang pendidikan khas.

Penilaian ini berlangsung pada 27 September 2023 di Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI sempena Bengkel Kajian Pembangunan Model Pengajaran Kurikulum Vokasional Pendidikan Khas.








Kongsi:

26.08.2023 - Tahniah Pensyarah JIP : Juri Amalan Terbaik, Inovasi, dan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Murid Peringkat Negeri Perak 2023.

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada pensyarah JIP yang terlibat dalam Penjurian amalan terbaik, inovasi, dan karnival pendidikan kaunseling kerjaya murid peringkat negeri perak 2023.

Program ini berlangsung pada 26 September 2023, bertempat di PKG SK Manjoi 2, Ipoh, anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Panel juri yang terlibat ialah En. Mohd Izhar Bin Hj Ahmad Zahari, Pn. Hjh Norhani Bebe Binti Alta Miah dan Dr. Sriraj A/L Durailimgam.










Kongsi:

23.09.2023 - Tahniah Dr Baskaran : Ketua Hakim di Karnival Bahasa Tamil Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kinta Utara.

Tarikh : 

Syabas dan tahniah Dr Baskaran Kannan, Pensyarah Kanan JIP yang memberi komitmen sebagai Ketua Hakim dalam Karnival Bahasa Tamil Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kinta Utara, Perak, 2023.

Program ini berlangsung pada 23 September 2023, bertempat di SMK Sungai Pari, Buntong, Perak, anjuran Panitia Bahasa Tamil KINTA UTARA, PERAK, KPM. 

Seramai 30 orang pelajar dari beberapa buah SMK Daerah Kinta Utara telah mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan. Pertandingan ini dijalankan di SMK Sungai Pari, Buntong, Perak. 







Kongsi:

19-21.09.2023 - Tahniah Pn Latifah : Juri Amalan Terbaik PBD di Kolokium Pendidikan Peringkat Negeri Perak Tahun 2023.

Syabas dan Tahniah kepada Pn Latifah bt A Jamil, Pensyarah Kanan, JIP yang menyumbang kepakaran sebagai Juri untuk Kategori Amalan Terbaik PBD dalam Kolokium Pendidikan Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 secara maya di Platform Stream Yard ( live streaming)

Kolokium ini berlangsung pada 19- 21 Sept 2023, anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perak.Terdapat 9 kategori dipertandingkan dalam kolokium tersebut.







Kongsi:

20.09.2023 - Tahniah Cikgu Zety : Pesona Merdeka 2023, Pakaian Beragam Pelajar Prasekolah.

Program Pesona Merdeka telah di adakan di Prasekolah Seri Mawar pada 20 September 2023 jam 9.00 pagi bertempat di Prasekolah Seri Mawar IPG Kampus Ipoh.

Program adalah anjuran bersama Unit Perpustakaan, Jabatan Sains Sosial dan Unit Prasekolah.

Pertandingan pakaian beragam sempena kemerdekaan telah dijalankan khas untuk kanak-kanak prasekolah dengan penuh meriah. Puan Mastura binti Karimuddin dan Cik Jami'ah binti Ismail merupakan juri pertandingan telah memilih adik Nur Amanda binti Hasbullah dan Nur Janatul Husna binti Abdul Syahiel sebagai pemenang tempat pertama dan kedua kategori perempuan.Manakala kategori lelaki dimenangi oleh Ahmad Naufal bin Norazlan dan Muhammad Adam Zayyan bin Mohamad Zulhilmi.

Penyampaian hadiah dan saguhati kepada para pemenang telah diadakan di majlis penutupan bulan kemerdekaan di Dewan Seri Tanjung IPG Kampus Ipoh.







Kongsi:

20.09.2023 - Tahniah Dr. Baskaran : Ketua Hakim di Karnival Bahasa Tamil 2023 Peringkat Daerah Kinta Utara, Perak.

Syabas dan tahniah kepada Dr. Baskaran Kannan yang melaksanakan tugas sebagai Ketua Hakim dalam Karnival Bahasa Tamil 2023 Peringkat Daerah Kinta Utara, Perak. 

Program ini berlangsung pada 20 September 2023 di SJKT Kerajaan, Buntung, Perak anjuran Majlis Guru Besar SJKT Kinta Utara, Perak.

Beliau menguruskan penghakiman pertandingan untuk seramai 28 orang pelajar dari 14 buah SJKT Daerah Kinta Utara telah mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita. Pertandingan ini dijalankan di SJKT Kerajaan, Buntong, Perak.








Kongsi:

20.02023 - Tahniah Webmaster JIP : Bengkel Pemurnian Laman Web Jabatan

 Tahniah dan syabas kepada web master En. Azlan dan Pn. Yumi kerana menghadiri Bengkel Pemurnian Laman Web Jabatan yang di adakan di Bilik Bestari, IPGK Ipoh. 

Bengkel ini dianjurkan oleh Jawatankuasa lamanweb IPGKI.

JK Laman Web Jabatan/Unit/JPP IPGKI





Kongsi:

19.09.2023 - Tahniah Kumpulan C³AARE : TEMPAT KETIGA Peringkat Kebangsaan, Toolkit Pesona Kerjaya 6D- HOPEC.

Tahniah dan syabas kepada Kumpulan  C³AARE mewakili Jabatan Ilmu Pendidikan telah menyertai Konvensyen KIKPeP 2023 Peringkat Kebangsaan pada 19 September 2023 bertempat di IPG Kampus Ipoh.

Kumpulan C³AARE telah memenangi tempat ketiga di dalam pertandingan KIK kategori terbuka dengan inovasi yang bertajuk Toolkit Pesona Kerjaya 6D- HOPEC.

Ahli kumpulan ini ialah Pn Norhani Bebe Bt Alta Miah, Dr Mariah Bt Kamaruddin, En Shaddin b Sabri, Dr Zulliana Bt Hasan, En Syed Jahangir Ali B Ilhan Mohaiden, Dr Baskaran a/l Kannan, En Thayalan a/ l Muniandy, Dr. Sriraj a/ l Duraillimgam, Dr Shyielathy a/l Arumugam dan Pn Yumi bt Abd Rahim.

Konvensyen KIKPeP 2023 Peringkat Kebangsaan ini anjuran Kolej Vokasional Lebuh Cator dengan kerjasama IPG Kampus Ipoh dan Kolej Matrikulasi.

Kumpulan  C³AARE mewakili Jabatan Ilmu Pendidikan telah menyertai Konvensyen KIKPeP 2023
 


Kongsi:

19.09.2023 - Tahniah Dr. Lok Wai Foong : Panel Juri Konvensyen KIKPeP Peringkat Kebangsaan

Tahniah dan Syabas kepada Dr. Lok Wai Foong, Pensyarah Akademik Jabatan Ilmu Pendidikan yang telah dilantik sebagai Panel Juri bagi kertas penyelidikan ( (umum) dalam Konvensyen KIKPeP Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang berlangsung di IPGK Ipoh pada 19.09.2023. 

Konvensyen ini adalah dianjurkan oleh Kolej Vokasional Lebur Cator dengan kerjasama IPGK Ipoh dan Kolej Matrikulasi Perak.

Dr. Lok Wai Foong bergambar gegantung konvensyen KIKPeP di IPG Kampus Ipoh




Kongsi:

29.08.2023 & 19.09.2023 - Tahniah Dr. Sriraj A/L Durailimgam : Panel Juri KIKPep 2023 Peringkat Kebangsaan.

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syanas dan tahniah kepada Dr. Sriraj A/L Durailimgam, Pensyarah JIP yang menyumbang kepakaran sebagai panel Juri untuk program KIKPeP peringkat kebangsaan tahun 2023 

Program ini berlangsung di Kolej Matrikulasi pada 29 Ogos 2023 dan 19 September di IPG Ipoh.

Program ini adalah anjuran Kolej Vokasional Lebuh Cator, Ipoh, Perak. 






Kongsi:

19.09.2023 - Tahniah Dr Baskaran : Juri KIKeP di IPG Kampus Ipoh

Syabas dan tahniah kepada Dr. Baskaran yang berjaya melaksanakan tugas sebagai Panel Juri untuk Program KIKPeP Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 pada 19.09.2023.

Program ini adalah anjuran Kolej Vokasional Lebih Cator bertempat di IPGK Ipoh. 








Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1