TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr. Chelvi Murugayya Pensyarah Akademik JIP, IPG Kampus Ipoh yang telah dilantik sebagai Pakar Penilai Kesahan Kandungan Instrumen bagi kajian pelajar Ijazah Doktor Falsafah di pusat pengajian ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM).
28.10.2023 - Tahniah Dr. Sriraj : Penceramah di Kem Kepimpinan Sekolah Rendah Tamil, Peringkat Daerah Teluk Intan
Tahniah dan syabas kepada Dr. Sriraj A/L Durailimgam, Pensyarah Akademik JIP yang menyumbang kepakaran sebagai Penceramah Motivasi pada 28 Oktober 2023 di Kem Kepimpinan Sekolah Rendah Tamil, Peringkat Daerah Teluk Intan, bertempat di Dewan Bunga Raya Teluk Intan, anjuran Pertubuhan Kaunselor Tamil Malaysia.
Beliau telah menyampaikan ceramah dan LDK berkaitan dengan ' Self-concept'.
25-27.10.2023 - Bengkel Kejurulatihan Anti Gangguan Seksual Institut Sosial Malaysia
Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan tahniah kepada Pensyarah Kanan JIP yang mengikuti Bengkel Kejurulatihan Anti Gangguan Seksual Institut Sosial Malaysia pada 25-27 Oktober 2023 bertempat di Hotel Excelsior, Ipoh anjuran Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Pensyarah yang terlibat ialah Pn. Mastura binti Karimuddin, En. Mustafa Kamal bin Alias, Tn Hj. Mohd Nizam bin Tajeri, Dr Sriraj a/l Durailimgam dan turut serta Pn. Nisya Aqeela binti Mazlan (HEP) dan Pn. Roezan Zullianoe binti Mamat (JAPIM).
Bengkel ini bertujuan untuk melahirkan jurulatih bagi menyebarluaskan hasrat kerajaan untuk menghentikan gangguan seksual yang berlaku ditempat kerja. Ia juga bertujuan untuk memperkenalkan Akta 840 untuk menjadi platform kepada mangsa yang ingin mendapatkan bantuan dan pembelaan.
26.10.2023 - Tahniah Dr. Hamdiah, Dr. Lok dan Dr. Zulliana : Pensyarah Pembimbing Showcase KPPB IPGKI Sem. 1 Ogos-Dis 2023.
Tahniah kepada para pensyarah pembimbing Showcase KPPB yang terlibat iaitu Dr Hamdiah, Dr. Lok dan Dr. Zulliana mewakili Jabatan Ilmu Pendidikan.
Tarikh : 26.10.2023
Masa : 9.00 pagi
Platform : Googlemeet
Keputusannya :
Pembentang Terbaik Bilik 2 :
- Unit X14
Pembentang Kedua Terbaik Bilik 1 :
- Unit X3
24.10.2023 : Tahniah Unit Prasekolah : Sukaneka Prasekolah Sri Mawar.
Tarikh :
Syabas dan tahniah kepada Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan Sukaneka Prasekolah Sri Mawar pada 24 Oktober 2023 bertempat di Gymnasium IPG Kampus Ipoh.
Program ini adalah anjuran Siswa Guru yang mengambil Elektif MAKK1 dan MAKK2 dan peserta yang terlibat ialah Kanak-Kanak Prasekolah Seri Mawar dan Ibu Bapa Kanak-Kanak Seri Mawar.
Ketua Unit Prasekolah En. Ahmad Jalalulail b. Abd Manab telah merasmikan program ini. Seramai 19 orang murid Kanak-kanak Prasekolah Seri Mawar, 30 orang ibu bapa yang hadir dan dikendalikan oleh 40 org pelajar elektif MAKK3013. Pensyarah penasihat Pn. Mastura binti Karimuddin dibantu oleh guru prasekolah cikgu Norzety. Program bermula pukul 8 pagi dan berakhir pukul 1 petang. Permainan berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada kanak-kanak dan ibu bapa.
20.10.2023 - Tahniah Dr Vasuki : Pelantikan Pakar Untuk Mengenal pasti Komponen dan Elemen
TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr Vasuki Muniandy, Pensyarah Akademik JIP, IPG Kampus Ipoh telah dilantik sebagai Pakar Untuk Mengenal pasti Komponen dan Elemen bagi tujuan Reka Bentuk dan Pembangunan Modul Intervensi bagi pelajar Ijazah Doktor Falsafah di Fakulti Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
18.10.2023 - Hari Anugerah Kecemerlangan Bimbingan dan Kaunseling Kali Ke-3, Tahun 2023
Jabatan Ilmu Pendidikan menganjurkan Hari Anugerah Bimbingan dan Kaunseling Kali Ke-3, Tahun 2023, bertempat di Dewan Seri Tanjung, IPGKI pada jam 2.30 petang sempena Bulan Kaunseling peringkat kebangsaan Tahun 2023 yang bertemakan Minda Madani Masyarakat Harmoni.
Majlis ini turut hadir oleh Dr. Najwa binti Mat Russ, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Kecemerlangan Akademik, IPGM, YBrs. Dr. Yusminah binti Mohd Yusof, Pengarah, IPGKI, YBrs. Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Pensyarah JIP dan para pelajar Opsyen Bimbingan dan Kaunseling (BNK) dari Unit V15, V16, V17, V18, Unit W14 dan W15.
Majlis bermula dengan ucapan aluan YBrs. Dr. Mariah binti Kamaruddin dan ucapan perasmian oleh YBrs. Dr. Yusminah binti Mohd Yusof. Seterusnya, YBrs. Dr. Najwa binti Mat Russ yang berkongsi ilmu bertajuk Kebolehpasaran dan laluan kerjaya Kaunselor @ guru bimbingan dan kaunseling.
Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar BNK seperti Anugerah Kecemerlangan Akademik Opsyen BNK, dan beberapa anugerah lain seperti Anugerah Kecemerlangan Akademik Kategori Pra Sekolah, Anugerah Tokoh Siswa Guru, Anugerah Khas Pelajar Terbaik Keseluruhan, Anugerah Terbaik Praktikum Keseluruhan, Anugerah Terbaik ADHP, Anugerah Pembentangan Terbaik Kajian Kes, Anugerah Terbaik Praktikum, Anugerah Kecemerlangan Akademik Kategori Siswa Guru dan 12 Anugerah Khas.
Jutaan terima kasih kepada semua pelajar dan para pensyarah yang turut serta menjayakan majlis ini.
12-14.10.2023 - Tahniah Dr.Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop On " Research Article Writing, Editing and Publishing".
TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop on " Research Article Writing, Editing and Publishing " yang telah diadakan selama tiga hari dari 12 - 14, OKTOBER 2023 di Tamil Nadu India.
Bengkel Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 50 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.
14.10.2023 - Tahniah En. Mohd Izhar sebagai Penceramah di Program Kepimpinan Barisan Kepimpinan Muda (Pengawas PSS dan PRS) Sekolah Kebangsaan Simpang Taiping
Syabas dan tahniah kepada En. Mohd Izhar b Hj Ahmad Zahari sebagai Penceramah di Program Kepimpinan Barisan Kepimpinan Muda (Pengawas PSS dan PRS) Sekolah Kebangsaan Simpang Taiping pada 14 Oktober 2023 Sabtu (8.00 hingga 5.00 petang) bertempat di Sekolah Kebangsaan Simpang Taiping
Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Simpang Taiping.
Program Kepimpinan Barisan Kepimpinan Muda Sekolah Kebangsaan Simpang Taiping seramai 120 kepimpinan murid tahun empat, lima dan enam (Pengawas, PSS dan PRS) menyertainya. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah ceramah, sesi ice breaking, kelompok besar, latihan dalam kumpulan (LDK) dikendalikan oleh En. Mohd Izhar b Hj Ahmad Zahari Pensyarah Bimbingan dan Kaunseling JIP IPG Kampus Ipoh.