• ;

28- 30. 11.2023 - Tahniah Warga JIP : Program Bimbingan Instruksional di SK kampung Raja, Cameron Highland.

Tahniah kepada Pn Mastura Karimuddin, Penyelaras LPS JIP yang telah menganjurkan Program Bimbingan Instruksional dan Sambutan Hari Keluarga JIP pada 28-30.11.2024.

Program Bimbingan Instruksional berlangsung di SK Kg Raja, Cemeron Highland. Pelbagai bengkel telah dilaksanakan khusus untuk guru dan pelajar di sekolah tersebut.

Manakala, Hari Keluarga JIP berlangsung di Darul Makmur Kg. Sedia Tanah Rata.

Berikut adalah rakaman peristiwa Program Bimbingan Instruksional di SK Kampung Raja, Cameron Highland.




















Berikut adalah rakaman peristiwa Sambutan Hari Keluarga JIP di Darul Makmur, Tanah Rata, Cameron Highland.










Kongsi:

25.11.2023 - Tahniah Dr. Sriraj : Penceramah di Program Meniti Laluan kerjaya TVET di Institut Latihan Perindustrian (ILP)

Syabas dan tahniah kepada Dr. Sriraj A/L Durailimgam yang menyumbang kepakaran sebagai penceramah di Program Meniti Laluan kerjaya TVET di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Ipoh pada 25 November 2023

Program ini adalah anjuran Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra). 

Beliau telah bertugas sebagai fasilitator dalam program TVET dengan membantu mengendalikan perjalanan program dan bimbingan secara kelompok kepada pelajar dari sekolah menengah di sekitar Ipoh.






Kongsi:

24.11.2023 - Tahniah Dr. Sriraj : Penceramah Self-Adjustment di SK Jati

Syabas dan tahniah kepada Dr. Sriraj A/L Durailimgam yang berkongsi ilmu sebagai Penceramah Program Penyesuaian Diri Pelajar ke Tingkatan 1 di SK Jati, Ipoh pada 24 November 2023.

Program ini anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Jati dan pelaksanaan secara LDK berkaitan dengan 'Self-Adjustment'.











Kongsi:

24.11.2023 - Tahniah Dr Shyielathy : Penceramah di Tea Talk KPPB Unit Y: EDUP 3103

Syabas dan tahniah kepada Dr Shyielathy a/p Arumugam yang berkongsi kepakaran di Tea Talk KPPB Unit Y: EDUP 3103 pada 24 November 2023 bertempat di Dewan Seri Melati anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh.

Beliau telah menyampaikan ceramah yang  bertajuk peranan guru aliran perdana dalam mengembangkan potensi murid berkeperluan pendidikan khas  kepada siswa guru Unit Y.









Tempat: 



Program : 

Penganjur: 


Penceramah :  


Laporan : 

Kongsi:

23.11.2023 - Tahniah Dr Shyielathy : Penerima Anugerah Sijil Penghormatan Guru 2023

Syabas dan tahniah kepada Dr Shyielathy a/p Arumugam yang telah  menerima Anugerah Sijil Penghormatan Guru pada 23 November 2023 sempena  Majlis Apresiasi Guru 2023 Peringkat Negeri Perak.

Majlis ini anjuran JPN Perak yang  berlangsung di Hotel MH, Ipoh.




Kongsi:

19.11.2023 - Tahniah Dr Chelvi : Penceramah jemputan di International Virtual Workshop, India

Syabas dan tahniah kepada Dr. Chelvi Murugayya yang telah menyumbang kepakaran sebagai penceramah jemputan di International Virtual Workshop, India (secara dalam talian) pada 19 November 2023.

Penganjur program ini ialah Lavender Literary Club, India, Cape Comorin Trust, India, 

Beliau menerima jemputan sebagai penceramah dan telah membuat perkongsian yang bertajuk "Hermeneutics Method in Research" kepada peserta yang terdiri daripada pensyarah Universiti , pelajar PhD dan peserta dari India dan Malaysia.






Kongsi:

09.11.2023 - Tahniah Dr. Shyielathy : Pingat Emas di International Education Innovation Expo Edu@Innovate, UPSI.

Syabas dan tahniah kepada Dr. Shyielathy a/p Arumugam yang memenangi PINGAT EMAS untuk inovasi yang bertajuk Smart-Publish Kickstarter Toolkit of Entrepreneurship Authoring &Illustrating Children’s Picture Books.

Beliau menyertai pertandingan menyertai International Education Innovation Expo Edu@Innovate pada 7-9 November 2023, anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tahniah Dr. Shyielathy a/p Arumugam

Pingat Emas




Kongsi:

01.11.2023 - Tahniah Dr Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop On " Research Writing, Grant Writing and Impact Publications In The Age of Artificial Intelligence "

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop  on  "Research Writing, Grant Writing and Impact Publications In the Age of Artificial Intelligence  " yang telah diadakan selama tiga hari dari 29 - 31, OKTOBER 2023 di Tamil Nadu India secara dalam talian. 

Bengkel Antarabangsa ini  dianjurkan bersama oleh  Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India  dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. 

Dr.Ganesan Shanmugavelu juga telah membentangkan Kertas Penyelidikan beliau bertajuk "Research Method in Historical Studies" dalam bengkel ini.

Seramai 60 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini. Semoga pelaksanaan program pengantarabangsaan ini dapat diteruskan di masa akan datang. 








Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1