• ;

28 - 29. 12.2023 - Tahniah Pn Mastura dan Dr. Sriraj : Bengkel LatihanTaksonomi Bloom dan OBE di Taj International College.

 Tahniah kepada Pn. Mastura Karimuddin dan Dr. Sriraj a/l Durailimgam, Jabatan Ilmu Pendidikan yang melaksanakan perkongsian profesionalisme pada  28 dan 29 Disember  2023 di Taj International College. 

Program tersebut ialah Bengkel LatihanTaksonomi Bloom dan OBE yang dianjurkan oleh Taj International College. Peserta yang terlibat ialah dalam kalangan Pensyarah Taj International College. 






Kongsi:

27 - 29, DISEMBER 2023 : Tahniah Dr Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN "International Virtual Workshop On "Research Methods, Journal Article Writing and Publishing ".

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop  on  " Research Methods, Journal Article Writing and Publishing  " yang telah diadakan selama tiga hari dari 27 - 29, DISEMBER  2023 di Tamil Nadu India. 

Bengkel Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh  Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India  dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 50 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.




Kongsi:

08-09.12.2023 - Syabas dan Tahniah kepada Cik Norzety Abdul Aziz : Perkongsian Profesion di Storytelling and craft session sempena Festival Sastera Dan Seni Kanak-kanak Negeri Perak.

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Cik Norzety Abdul Aziz, guru prasekolah Seri  Mawar, IPGM Kampus Ipoh, kerana telah terlibat secara langsung dalam Storytelling and craft session sempena Festival Sastera Dan Seni Kanak-kanak Negeri Perak pada 8-9 Disember 2023 di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak 

Program ini adalah anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak Dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak. 

Cik Norzety Abdul Aziz telah berkongsi pengalaman secara profesional dalam sesi storytelling dan bengkel kraf yang telah disampaikan kepada 30 peserta. Aktiviti yang dilaksanakan selaras dengan tema buku cerita bergambar yang dihasilkan oleh Cik Norzety sendiri.

Beberapa storyteller lain yang terkemuka peringkat antarabangsa turut menyampaikan cerita pada festival berkenaan.









Kongsi:

08.12.2023 - Tahniah Dr. Vasuki : Penghargaan Penglibatan Dalam Pembangunan Dokumen Standard Latihan KPM

TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr. Vasuki Muniandy Pensyarah Akademik  JIP, IPG Kampus Ipoh yang telah dilantik sebagai Task Force Dalam Membangunkan Modul Dokumen Standard Latihan KPM.



Kongsi:

07.12.2023 - Tahniah Dr Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop On " Thesis Writing and Publications in High Impact Journals "

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop  on  "Thesis Writing and Publications in High Impact Journals" yang telah diadakan selama tiga hari dari 17- 19, NOVEMBER 2023 di Tamil Nadu India. 

Bengkel Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh  Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India  dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 70 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.


President : Dr. Ganesan Shanmugavelu
Senior Lecturer, ITE, Ipoh Campus



Kongsi:

07.12.2023 - Tahniah Dr. Chelvi : Lantikan Panel Pakar Kesahan Kandungan Instrumen modul kajian pelajar Ijazah Doktor Falsafah

 TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr. Chelvi Murugayya, Pensyarah Akademik  JIP, IPGM Kampus Ipoh yang telah dilantik sebagai Panel  Pakar  Kesahan Kandungan Instrumen modul kajian pelajar Ijazah Doktor Falsafah( Psikologi Pendidikan) , di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia(UPM).



Kongsi:

30.11.2023 : Tahniah Dr. Sriraj : Penyelidik dalam Geran Penyelidikan untuk Division of Nutrition & Dietetics, International Medical University

Syabas dan tahniah kepada Dr. Sriraj A/L Durailimgam yang terlibat sebagai penyelidik dalam Geran Penyelidikan untuk Division of Nutrition & Dietetics, International Medical University bermula 1 Januari 2023 hingga 20 Julai 2024.

Beliau menyumbang kepakaran sebagai sebahagian daripada penyelidik dalam Geran kajian bertajuk 'Exploring Nutrition Communication: Practices, Skills, and Challenges Among Malaysian Dietitians and Nutritionists dalam membentuk modul komunikasi dan bimbingan kemahiran komunikasi kepada Dietitians.

Kajian ini adalah anjuran International Medical University Malaysia. Semoga sumbang bakti dalam penyelidikan dapat diteruskan di masa akan datang. 



Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1