• ;

30.04.2024 - Tahniah Tn Syed Jehangir dan Pn Mastura : Bengkel Penulisan Anekdot Buku Jom Kongsi Cerita Pedagogi

Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tn Syed Jehangir dan Pn Mastura, JK Latihan Pembangunan Staf JIP telah menganjurkan Bengkel Penulisan Anekdot Buku Jom Kongsi Cerita Pedagogi. Bengkel tersebut yang dilaksanakan selama dua hari seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 29 & 30 April 2024

Tempat : Bilik Mini Teater, IPGMK Ipoh

Penganjur : Jabatan Ilmu Pendidikan

Penceramah : 

1. En. Shamsudin b. Abu Bakar.

2. En. Mohd Faizul Hafiz b. Abd Razak

3. Dr. Fadzilah bt. Abdul Rahim

Bengkel Anekdot ini dihadiri oleh 20 org pensyarah JIP. Kesemuanya berjaya menghasikan penulisan anekdot yg dipelajari selama 2 hari dan telah menghantar karya utk cetakan. Semoga semua karya tersebut dapat diterbitkan sebagai tanda penghargaan kepada semua penulis JIP. SYABAS










Kongsi:

28-30.04.2024 - Tahniah Dr Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop on " Research Methods, Professional Skills and Effective Classroom Teaching" 28 - 30 April, 2024

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop on " Research Methods, Professional Skills and Effective Classroom Teaching" yang telah diadakan selama tiga hari dari 28-20 APRIL 2024 di Tamil Nadu India. 

Bengkel Antarabangsa ini  dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 50 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini. 




Kongsi:

26.04.2024 - Program Jelajah Ilmu : Pensyarah & Siswa Guru Prasekolah IPGMKTAR Ke IPGM Kampus Ipoh

Program Jelajah Ilmu para Pensyarah dan Siswa Guru IPGM Kampus Tun Abdul Razak telah tiba di IPGM Kampus Ipoh seperti berikut :

Tarikh : 26.04.2024 (Jumaat)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Dewan Seri Melati, IPGMKI

Seramai 4 orang pensyarah dan 30 orang siswa guru IPGMKTAR telah disambut oleh En Shaddin bin Sabri, Pen. Ketua Jabatan, JIP, En. Ahmad Jalalulail bin Abdul Manaf, Ketua Unit Prasekolah, JIP, Cikgu Nor Zety, Guru prasekolah Seri Mawar, IPGMK Ipoh dan 8 orang pensyarah JIP.

Perkongsian ilmu sempena Program Jalinan Akademik ini memberi impak dan pengalaman langsung kepada siswa guru prasekolah. 

Tetamu kehormat di Dewan Seri Melati, IPGM Kampus Ipoh

Ucapan En. Shaddin bin Sabri, Pen. Ketua Jabatan, JIP

Ucapan Pn Zuraidah binti Maseri, Pen Ketua Jabatan PAKK, IPGMKTAR.

Persembahan Pelajar Opsyen Muzik, IPGMKI

Persembahan Pelajar Opsyen Muzik, IPGMKI

Siswa-siswi Guru IPGM Kampus Tun Abdul Razak.

Sesi suai kenal di Dewan Seri Melati, IPGM Kampus Ipoh.

Persembahan Siswa Guru IPGMKTAR


Ahli rombongan bergambar di Prasekolah Seri Mawar, IPGM Kampus Ipoh.








Kongsi:

22.04.2024 - Pelajar Prasekolah Seri Mawar bersama Program Hijaiyah Kit Pelajar PIMK 1 Unit X. Unit

Tahniah kepada En Ahmad Jalalulail bin Abdul Manaf, Ketua Unit Prasekolah, Cikgu Norzety binti Abdul Aziz yang memberi peluang pengalaman langsung kepada pelajar Prasekolah Seri Mawar untuk mengikuti program aktiviti luar bilik darjah seperti ketetapan berikut :

TARIKH : 22 APRIL 2024 (ISNIN)T

EMPAT : GYMNASIUM IPGM KAMPUS IPOH

PROGRAM : HIJAIYAH KIT (KAEDAH MUDAH MENGENAL HURUF)

PENGANJUR : UNIT X4, X5, X7, X8, X9 (PIMK 1) BERSAMA PRA SEKOLAH

Aktiviti ini ialah kaedah mudah mengenal huruf hijaiyah telah dihadiri oleh murid-murid Prasekolah Seri Mawar diiringi Ketua Unit Prasekolah dan Guru Prasekolah.

 Program ini dimulakan dengan senamrobik ringkas yang diketuai oleh dua orang guru pelatih untuk tujuan pemanasan badan dan merangsang minat murid. Kemudian diteruskan lagi dengan penerangan tentang pembahagian 1 orang murid dengan 1 orang guru pelatih unit X Pengajian Hadis dan Tafsir (PIMK 1) dan Kaedah Hijaiyah Kit oleh pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral iaitu Puan Roezan Zullianoe binti Mamat. 

 Setiap guru pelatih telah memilih bidang masing-masing untuk memberikan latihan dan bimbingan untuk murid-murid yang dipilih. Mereka telah mengajar dan memberikan bimbingan berkaitan huruf hijaiyah tunggal dengan menggunakan pelbagai kit pengajaran dan pembelajaran seperti Let Learn Hijaiyah, Listen and Write, Flash Train, Lets Create, Hijaiyah Jar dan Write and Say It. Murid-murid amat berminat dengan aktiviti menarik yang mereka pelajari. Murid-murid juga kelihatan gembira apabila diberikan hadiah yang menarik daripada pihak Unit X (PIMK 1).

 Murid juga mendapat peluang bertanya sendiri tentang aktiviti-aktiviti huruf hijaiyah yang lebih menarik secara langsung kepada guru pelatih dan menerusi bimbingan tersebut guru pelatih juga dapat mengenal pasti minat murid prasekolah dalam pelbagai bidang. 

 






  

Kongsi:

JIP : Promosi Kursus Elektif

Jabatan Ilmu Pendidikan menawarkan Kursus Elektif  untuk Semester Jun-Ogos 2024. Kursus yang ditawarkan ialah PACK3013 (Pengurusan Acara) dan GLFS3013 (Asas Permainan Golf). 

Tarikh : 18.04.2024 (Khamis)

Masa : 8.30am - 10.30am.

Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPGMKI.  

Siswa-siswi Guru mendapat maklumat awal kursus PACK3013 daripada En Azlan bin Lin dan GLFS3013 daripada En Ahmad Jalalulail bin Abdul Manaf. Semoga kursus ini memberi manfaat kepada bakal guru apabila bergelar guru di sekolah nanti. 








Kongsi:

1-3.04.2024 - Tahniah Dr Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop On "Research Article Writing and Publications in Scholarly Journals"

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop on " Research Article Writing and Publications in Scholarly Journals " yang telah diadakan selama tiga hari dari 1-3 APRIL 2024 di Tamil Nadu India. 

Bengkel Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 50 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini. 




Kongsi:

03.04.2024 : Mesyuarat JIP Bil.2/2024

Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan Mesyuarat JIP Bil.2/2024 mengikut ketetapan seperti di bawah :  

Tarikh : 03.04.2024 (Rabu)

Masa : 10.00am

Tempat : Bilik Sakura, IPGM Kampus Ipoh.








Kongsi:

02.03.2024 - Forum KPPB "Rakan Pembelajaran" Sosiologi dalam Pendidikan (EDUP3143): Pendidikan untuk Semua

Tahniah dan syabas kepada pensyarah kursus EDUP3143 (Sosiologi dalam Pendidikan) Jabatan Ilmu Pendidikan yang telah menganjurkan Forum KPPB "Rakan Pembelajaran" (Pendidikan untuk Semua) pada 02.04.2024 (Selasa) di Dewan Seri Tanjung, IPGM Kampus Ipoh.

Forum telah dihadiri oleh semua pelajar Unit X IPGM Kampus Ipoh dan dirasmikan oleh Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Dr Mariah binti Kamaruddin. Penyelaras forum ini adalah Pn. Yumi binti Abd Rahim dan dibantu oleh penyelaras kursus, Dr. Lok Wai Foong.

Forum ini menyediakan suatu platform kepada guru dan pegawai pendidikan yang berpengalaman untuk berkongsi pengetahuan mengenai program pendidikan yang dilaksanakan di negara kita. Dua orang panel jemputan adalah Pn. Zuraida binti Zainol Abidin (Penyelia Sekolah dalam Hospital, Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah) dan En. Mohd Tarmizi bin Mat Lin (Guru Akademik SK Sungai Tunoh, Sarawak) yang bertugas di sebuah sekolah kurang murid di Kapit, Sarawak.

Melalui forum yang dijalankan dalam talian, pensyarah dan pelajar IPGM Kampus Ipoh kursus EDUP3143 berpeluang memahami konsep, objektif dan kaedah pelaksanaan PdP bagi sekolah dalam hospital dan sekolah kurang murid.









Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1