• ;

27.06.2024 - Tahniah Dr Ganesan : Penerimaan INTERNATIONAL EXCELLENCE AWARD (Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa)TAHUN 2021 - 2023

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Ipoh kerana menerima tiga INTERNATIONAL EXCELLENCE AWARD  ( Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa) bagi tahun 2021-2023 seperti berikut:

1. Anugerah sebagai "PRESIDENT"utk 33 Program Persidangan dan Bengkel  Antarabangsa. 

2. Anugerah sebagai "BEST PRESENTER"

3. Anugerah sebagai "BEST MODERATOR"

Semua Anugerah di atas diberi kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu atas penglibatan dan sumbangan  beliau dalam 33 Program " International Virtual Workshops and Conferences on Research, Thesis Writing, Soft Skills and Publications in High Impact Journals " yang diadakan di Tamil Nadu,  India secara "Virtual" bagi tahun 2021 hingga 2023. 

Bengkel dan Persidangan  Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh  Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India  dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia.





Kongsi:

19.06.2024 - Taklimat Pembugaran Pentaksiran Berterusan (PB)

Tahniah kepada Warga JIP yang telah mengikuti Taklimat Pembugaran Pentaksiran Berterusan seperti ketetapan berikut :

HARI : Rabu

TARIKH : 19/06/2024

MASA : 11.00 pagi

TEMPAT : Bilik Dahlia


Tn. Syed Jahangir Ali bin Ilhan Mohaideen
Penceramah Utama 
Tajuk : Pembugaran PB

Pn Mastura binti Karimuddin
Penceramah Utama
Tajuk : Penggubalan Kertas Soalan










Kongsi:

19.06.2024 - MESYUARAT JIP KALI KE-3 2024

Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mempengerusikan Mesyuarat Jabatan Ilmu Pendidikan Kali Ke-3 2024 seperti ketetapan berikut :

HARI : Rabu

TARIKH : 19/06/2024

MASA : 9.00 pagi

TEMPAT : Bilik Dahlia


Barisan Kepimpinan JIP

Dr. Mariah binti Kamaruddin, 
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

En Shaddin bin Sabri
Pen. Ketua Jabatan JIP

En. Sundar Subramaniam
Ketua Unit Ilmu Pendidikan

Dr. Zulliana binti Hasan
Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling

En Ahmad Jalalulail bin Abd Manaf
Ketua Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak

Dr. Lok Wai Fong
Ketua Unit Pasca Siswazah

Warga JIP




Kongsi:

16.06.2024 - Tahniah Dr Mariah : Lantikan Pakar Kesahan Instrumen Minat Murid Terhadap Biologi, PhD, USM

TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr. Mariah binti Kamarudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Ipoh yang telah dilantik sebagai Pakar Kesahan Instrumen Soal Selidik Minat Murid Terhadap Biologi bagi kajian pelajar Ijazah Doktor Falsafah di pusat pengajian ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM).



Kongsi:

11,12 13. 06.2024 - Program Sekolah Pengajar: Bengkel pemantapan pedagogi AI dalam kalangan guru-guru SK Kampung Raja, Cameron Highlands

Syabas dan tahniah kepada Jawatan Kuasa Sekolah Pengajar, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Ipoh  telah melaksanakan Program Sekolah Pengajar : Bengkel pemantapan pedagogi AI dalam kalangan guru-guru SK Kampung Raja, Cameron Highlands  yang bertarikh 11, 12 & 13 Jun 2024 dan bertempat di Dewan SK Kampung Raja, Cameron Highland.

Penceramah yang terlibat ialah  Pn Sarini bt Sulaiman, Pn Yumi bt Abdul Rahim, Pensyarah Akademik, JIP.

Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran guru-guru SK Kampung Raja, Cameron Highlands dalam mengintegrasikan teknologi digital mempelajari pelbagai alat dan aplikasi teknologi digital serta bagaimana menggunakannya dengan berkesan dalam konteks pengajaran mereka. 

Antaranya ialah dengan memperkenalkan strategi pengajaran yang berkesan menggunakan teknologi digital menggunakan aplikasi Plickers sebagai salah alat penilaian yang cepat dan mudah untuk memeriksa pemahaman pelajar. Selain daripada itu, guru-guru juga diperkenalkan aplikasi “Classdojo” sebagai satu kaedah pentaksiran yang memudahkan guru-guru menyimpan evidens kerja murid. 

Dengan kemahiran yang diperoleh, diharapkan guru-guru SK Kampung Raja akan lebih berkeyakinan dan berkemampuan untuk menggunakan teknologi digital dalam pengajaran, serta mengadaptasi strategi intervensi berfokus dan terbeza untuk memenuhi pelbagai keperluan pelajar, seterusnya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah mereka. 

Program Sekolah Pengajar : Bengkel pemantapan pedagogi AI dalam kalangan guru-guru SK Kampung Raja, Cameron Highlands 









Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1