28.01.2025 - Selamat Tahun Baru Cina 2025
24.01.2025 - Tahniah UBNK : Majlis Perasmian Makmal Kaunseling dan Kelab Bimbingan & Kerjaya (KBK), IPGM Kampus Ipoh.
Syabas dan tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP yang telah melaksanakan Majlis Perasmian Makmal Kaunseling dan Kelab Bimbingan & Kerjaya (KBK), IPGM Kampus Ipoh.
Majlis ini berlangsung pada 24 Januari 2025, Jam 3.00 petang, bertempat di Dataran Tanjung, IPGM Kampus Ipoh.
Majlis ini dirasmikan oleh Dr. Hamidah binti Samsudin, Pengarah IPGM Kampus Ipoh. Turut meraikan majlis ini ialah Dr. Hj. Moh Taufik bin Ahmed, Timbalan Pengarah, Dr. Mariah binti Kamarudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Dr. Zulliana binti Hassan, Pensyarah Akademik Jabatan Ilmu Pendidikan dan para pelajar pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling, IPGM Kampus Ipoh.
20-22.02.2025 - Tahniah Dr Ganesan : Lantikan Sebagai ADVISORY BOARD MEMBER " International Conference on Arts, Humanities, Management, Law and Technologies" Kerala, India.
TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai ADVISORY BOARD MEMBER bagi International Conference on " Arts, Humanities, Management, Law and Technologies " yang telah diadakan selama tiga hari dari 20-22 FEBRUARI 2025 di Kerala,India.
Persidangan Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club,Tamil Nadu India Dan Cape Comorin Trust India dengan Kerjasama Periyar University Centre for Post Graduate and Research Studies, Tamil Nadu, St.John's College of Arts and Science , Kanyakumari, India dan MGV's Arts, Commerce & Science College, Maharashtra, India. Seramai 100 orang peserta telah menyertai Persidangan Antarabangsa ini yang diadakan secara Hybrid.
17-19.01.2025 - Tahniah Dr Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop on Research Writing and Publications in the Age of Artificial Intelligence.
TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop on " Research Writing and Publications in the Age of Artificial Intelligence " yang telah diadakan selama tiga hari dari 17-19 JANUARI,2025 di Tamil Nadu India.
Bengkel Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 50 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.
16.01.2025 - Tahniah Unit Prasekolah ,: Majlis Apresiasi & Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah
Syabas dan tahniah kepada En Ahmad Jalalulail bin Abd Manab, Ketua Unit Prasekolah, dan Cikgu Zety Abdul Aziz, Guru Prasekolah Seri Mawar, IPGM Kampus Ipoh yang telah melaksanakan Majlis Apresiasi & Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah pada 16.01.2025 bertempat di Dewan Seri Melati, IPGM Kampus Ipoh.
Dr. Hj. Mohd Taufik bin Ahmed, Timbalan Pengarah, IPGM Kampus Ipoh turut hadir merasmikan majlis ini.
08.01.2025 : Tahniah Pn Mastura : Penceramah Let's Talk : Intervensi Minda Sihat
Tahniah Pn Mastura binti Karimuddin, Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Ipoh telah melaksanakan tugas sebagai Penceramah Program "Let's Talk : Intervensi Minda Sihat pada 08.01.2025 bertempat di SMK Sultan Muzaffar Shah Lambor Kanan, Perak.
Program ini adalah perkongsian bersama pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 untuk memastikan kesejahteraan mental untuk kehidupan yang lebih sihat serta langkah-langkah menangani stress dalam kalangan pelajar. Pelajar boleh belajar dengan baik apabila kesejahteraan mental yang sihat.
6-7.01.2025 : Tahniah Pn Mastura dan Dr Sriraj : Lantikan Panel Penilai Luar bagi Program Diploma Pend. Awal Kanak-kanak , Kolej Antarabangsa TAJ.
Syabas dan tahniah kepada Pn Mastura Karimuddin dan Dr. Sriraj a/l Durailimgam, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPM Kampus Ipoh yang melaksanakan tugas dengan jayanya sebagai Panel Penilai Luar (External Examiner) bagi Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Pendidikan Jarak Jauh (ODL), Kolej Antarabangsa TAJ pada 6-7 Januari 2025 di TAJ International College
Sebagai panel penilai luar dalam melaksanakan proses penilaian External Examiner di mana ia merupakan salah satu kriteria yang perlu dipenuhi dalam penyediaan dokumen Penilaian Pematuhan Akredetasi Penuh Program dibawah badan akredetasi MQA.3. bagi Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pendidikan Jarak Jauh (ODL) di TAJ College.