• ;

25-27.02.2025 - Tahniah Pn Yumi dan Pn Sarini : Fasilitator di Bengkel Kerja Kawal Kualiti Dokumen Kurikulum Persekolahan 2027

Tahniah dan syabas kepada Yumi binti Abd Rahim dan Puan Sarini binti Sulaiman dari Unit Sains Komputer, Jabatan Ilmu Pendidikan telah menyumbang bakti sebagai fasilitator di Bengkel Kerja Kawal Kualiti Dokumen Kurikulum Persekolahan 2027 pada 25 hingga 27 Februari 2025, anjuran Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia.

 Bengkel ini bertujuan memastikan dokumen kurikulum bagi sesi persekolahan tahun 2027 disemak dengan teliti dan menepati piawaian yang ditetapkan sebelum diguna pakai dalam sistem pendidikan negara.

Bengkel ini turut melibatkan perbincangan interaktif dan sesi refleksi bersama panel penilai dari pelbagai bidang, bagi memastikan dokumen kurikulum yang dihasilkan memenuhi keperluan pendidikan selari dengan perkembangan teknologi serta keperluan industri. 









Kongsi:

20.02.2025 - Tahniah Pra Sekolah Seri Mawar : Program Gotong-Royong Keceriaan IPG Kampus Ipoh.

Syabas dan tahniah kepada anak-anak comel Prasekolah Seri Mawar yang mengikuti Program Gotong-Royong Keceriaan IPG Kampus Ipoh. Anak didik ini beraktiviti menbersihkan kawasan taman ceria Blok Seri Budiman. Pastinya anak didik ini mendapat nilai kebersihan dalam kehidupan.


Program ini seperti ketetapan berikut. :

Tarikh : 20.2.2025 (Khamis)

Masa : 8.30am

Tempat : Perkarangan Blok Seri Budiman, IPG Kampus Ipoh.








Kongsi:

20.02.2025 - Tahniah JIP - Penyertaan dalam Bengkel Asas Seni Seramik

Syabas dan tahniah, empat orang wakil JIP dalam menyertai Bengkel Asas Seni Seramik anjuran Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Ipoh seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 20.02.2025 (Khamis)

Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang.

Tempat : Dewan Seri Tanjung, IPGKI.






Kongsi:

20.02.2025 : Tahniah JIP - Turut Menyumbang Tenaga Sempena

Syabas dan tahniah kepada Warga JIP yang turut serta menyumbang tenaga dalam aktiviti kampus iaitu Gotong-royong Keceriaan IPG Kampus Ipoh seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 20.02.2025
Hari : Khamis
Masa : 9.00pagi







 

Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1