• ;

13.03.2026 - Tahniah Prasekolah Seri Mawar : Kerjasama dengan Klinik Pergigian Tanjung Rambutan, Perak

Syabas dan tahniah Cikgu Nor Zety, guru prasekolah Seri Mawar IPG Kampus Ipoh telah melaksanakan kerjasama dengan Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan bagi melaksanakan Program Pergigian untuk anak-anak Prasekolah Seri Mawar.

En Ahmad Jalaluail bin Abd Manab, Ketua Unit Prasekolah telah menyambut kehadiran 3 orang jururawat pergigian Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan. 

Tujuan kerjasama ini ialah memberi latihan penjagaan dan tatacara menggosok gigi yang betul untuk anak-anak prasekolah. Teruskan usaha yang baik demi pendidikan anak-anak prasekolah.

En Ahmad Jalalulail Abd Manab, Ketua Unit Prasekolah menyambut kehadiran jururawat Klinik Pergigian Tanjung Rambutan di Prasekolah Seri Mawar, IPGKI.

Kanak-kanak Prasekolah Seri Mawar menerima latihan penjagaan dan tatacara menggosok gigi yang betul.


Kongsi:

12.01.2026 : Tahniah Dr. Sriraj - Penceramah Program "A Moment with Parents"

Syabas dan tahniah kepada  Dr. Sriraj A/L Durailimgam, Pensyarah Akademik Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP yang telah melaksanakan amanah sebagai Penceramah sempena Program 'A Moment with Parents" mengikut ketetapan berikut :

Tarikh: 12 Januari 2026 (Isnin)

Masa: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Tempat: Bilik ICT, SJKT Tanjong Rambutan, Perak

Program ini anjuran SJKT Tanjong Rambutan untuk sesi motivasi ibu bapa murid SJKT Tanjong Rambutan. Program ini mendapat sambutan menggalakkan.





Kongsi:

09.01.2026 - Mesyuarat Khas JIP Sempena Persaraan Pensyarah JIP

Syabas dan tahniah kepada pensyarah JIP telah melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan sempena persaraan JIP awal tahun 2026 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 09.01.2026

Masa : 10.00am.

Tempat : Jabatan Ilmu Pendidikan.

Mesyuarat penyelarasan ini di pengerusikan oleh Tn. Syed Jahangir Ali Bin Ilhan Mohaideen, Penolong Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan.

Majlis persaraan pensyarah JIP yang bakal bersara ialah En. Abdul Aziz b. Shamsuddin dan En. Noor Bahar Bin Mohd Azhar pada Januari 2026.

Tn. Syed Jahangir Ali Bin Ilhan Mohaideen, Penolong Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan.

Rakan Pensyarah JIP yang dapat hadir mesyuarat penyelarasan.

Kongsi:

08.01.2026 - Tahniah Dr. Sriraj : Penceramah Bengkel Kerja Pendidikan Inklusif Untuk Pensyarah IPG Kampus Ipoh

Syabas dan tahniah kepada Dr. Sriraj A/L Durailimgam, Pensyarah Akademik Unit Bimbingan & Kaunseling, JIP yang telah menyampaikan ceramah dalam Bengkel Kerja Pendidikan Inklusif  seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 08.01.2026 (Khamis)

Tempat : Bilik Sakura, IPGKI

Masa : 9.00am - 4.30pm

Perkongsian ilmu ini kepada Pensyarah Akademik IPGK Ipoh  yang mengajar Unit Y dan A bagi sesi 2026.











Kongsi:

30.12.2026 : Mesyuarat JIP Bil.7/2025

 Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan Mesyuarat JIP Bil.7/2025 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 30.12.2026 
Hari : Selasa
Masa : 3.30pm
Tempat : Atas talian (GoogleMeet)

Mesyuarat berlangsung dengan jayanya. Pelbagai aktiviti JIP telah berjaya dilaksanakan dan menepati dengan sasaran sepanjang tahun 2025.



Kongsi:

19.12.2025 : Showcase Bengkel Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah daripada perspektif pedagogi dan psikologi (Sesi 2)

 Showcase Bengkel  Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah daripada perspektif pedagogi dan psikologi (Sesi 2) berlangsung dengan jayanya seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19.12.2025 (Jumaat)
Masa :  2.45pm - 5.00pm (sesi 2)
Tempat : Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak.

Barisan Ketua Pengkaji yang berjaya membentang hasil kajian sempena Showcase Bengkel Penyelidikan.

Dr. Nurul Shuhada binti Sharif Mudin,
sedang membentang hasil kajian terhadap pelajar PISMP Pengkhususan Pendidikan Jasmani.

Pn. Shafizah binti Mohd Zangi
sedang membentang hasil kajian terhadap pelajar PISMP Pengkhususan Pendidikan Agama Islam.

En. Thayalan A/L Muniandy
sedang membentang hasil kajian terhadap pelajar PISMP Pengkhususan Bahasa Cina.


Kongsi:

19.12.2025 - Showcase Sempena Bengkel Penyelidikan dan Penulisan di Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak.

Showcase Bengkel  Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah daripada perspektif pedagogi dan psikologi berlangsung dengan jayanya seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19.12.2025 (Jumaat)
Masa : 10.30 pagi - 12.00 tengahari (sesi 1)
              2.45pm - 5.00pm (sesi 2)
Tempat : Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak.

Ketua Kumpulan Penulisan membentang hasil penulisan jurnal dan sesi  soal jawab berlangsung dengan jayanya. 

Dr. Sriraj a/l Durailimgam, sedang membentang hasil kajian terhadap pelajar PISMP Pengkhususan Bahasa Melayu.

Dr. Zulliana binti Hassan sedang membentang hasil kajian terhadap pelajar PISMP Pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling

Dr. Shella Devi a/p Govindarajan sedang membentang hasil kajian terhadap pelajar PISMP, Pengkhususan Muzik 

Kongsi:

19.12.2025 - Kepimpinan KPPB

Jabatan Ilmu Pendidikan menjayakan Bengkel  Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah daripada perspektif pedagogi dan psikologi seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18-19 Disember 2025
Masa : 8.30 am - 4.30pm
Tempat : Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak.

Slot perkongsian ilmu pada 19.12.2025, jam 8.00-10.00 pagi, berlangsung dengan Perspektif Kepimpinan KPPB yang disampaikan oleh Dr. Abd Hadi bin Mat Dawi. Perkongsian ilmu ini memberi impak kepada pensyarah selaku pemimpin dalam pelaksanaan KPPB di IPG.

Dr. Abd Hadi bin Mat Dawi memberi input berkaitan Kepimpinan KPPB.










Kongsi:

18.12.2025 : Sambutan Hari Lahir Disember 2025.

Warga JIP mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Tn Hj Mohd Nizam, Dr. Kanthasamy, Dr. Baskaran, Dr. Shuhada dan Dr. Zulliana yang menyambut hari kelahiran di bulan Disember 2025. Sambutan ini berlangsung di Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak.

Sambutan Hari Lahir Disember 2025. Tn Hj Nizam dan Dr. Zulliana

Nyanyian lagu Selamat Hari Lahir bersama-sama dalam kalangan Warga JIP





Kongsi:

18.12.2025 - Hari Keluarga JIP 2025 (Sesi 1)

 Jabatan Ilmu Pendidikan melaksanakan Hari Keluarga JIP 2025 di Virgo Batik Resort, Teluk Batik dengan pelbagai aktiviti. Setelah selesai berbengkel penulisan ilmiah, Pn Yumi mengendalikan 3 aktiviti kebersamaan Warga JIP:

1. Penukaran hadiah (bersama warga JIP)
2. Hadiah Khusus (Tajaan En Syed Jahangir)
3. Tepuk-tepuk Warna

Kebersamaan dan adrenalin kegembiraan jelas terpancar di wajah ahli JIP dalam pelaksanaan aktiviti tersebut.








Kongsi:

18.12.2025 : Bengkel Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah

Syabas dan tahniah. Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan Bengkel  Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah daripada perspektif pedagogi dan psikologi seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18-19 Disember 2025
Masa : 8.30 am - 4.30pm
Tempat : Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak.

Bengkel ini dirancang khusus untuk pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Ipoh. Bengkel ini bertujuan memperkasa kemahiran penyelidikan dan  menulis karya akademik berkualiti, meningkatkan penerbitan ilmiah serta menyumbang kepada perkembangan pengetahuan dalam bidang penyelidikan dan penulisan di peringkat institut dan kebangsaan.

Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan mempamerkan contoh hasilan jurnal yang bakal dimurnikan.
Dr. Ganesan yang komited sedang memberi penjelasan tentang konteks penerbitan jurnal.








Kongsi:

10.12.2025 - Tahniah Dr. Ganesan : INTERNATIONAL EXCELLENCE AWARD (Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa)TAHUN 2025

 TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Ipoh kerana menerima Dua INTERNATIONAL EXCELLENCE AWARD  ( Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa) bagi tahun 2025 seperti berikut:

1. Anugerah sebagai "BEST PRESENTER"

2. Anugerah sebagai "BEST MODERATOR"

Semua Anugerah di atas diberi kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu atas penglibatan dan sumbangan  beliau dalam  " International Virtual Workshops and Conferences on Research, Thesis Writing, Soft Skills and Publications in High Impact Journals " yang diadakan di Tamil Nadu,  India secara "Virtual" bagi tahun 2025.

Bengkel dan Persidangan  Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh  Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India  dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia.




Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1