18.12.2025 : Bengkel Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah

Syabas dan tahniah. Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan Bengkel  Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah daripada perspektif pedagogi dan psikologi seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18-19 Disember 2025
Masa : 8.30 am - 4.30pm
Tempat : Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak.

Bengkel ini dirancang khusus untuk pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Ipoh. Bengkel ini bertujuan memperkasa kemahiran penyelidikan dan  menulis karya akademik berkualiti, meningkatkan penerbitan ilmiah serta menyumbang kepada perkembangan pengetahuan dalam bidang penyelidikan dan penulisan di peringkat institut dan kebangsaan.

Dr. Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan mempamerkan contoh hasilan jurnal yang bakal dimurnikan.
Dr. Ganesan yang komited sedang memberi penjelasan tentang konteks penerbitan jurnal.








Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1