• ;

20.01.2021 : TAHNIAH - Pendaftaran PraSekolah Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh

 Sesi persekolahan KPM bermula hari ini. Begitu juga dengan Prasekolah Seri Mawar di IPG Kampus Ipoh. 


Bagi sesi persekolah Januari 2021 ini, hanya ibu bapa yang hadir bagi urusan pendaftaran dan mendapatkan tugasan latihan untuk murid-murid.



En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Ipoh dan khusus untuk Cikgu Zetty, guru prasekolah  yang berjaya melaksanakan urusan pendaftaran dengan cemerlang.



Kongsi:

18-22.01.2021 : Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB)

Bermula 18.01.2021 adalah minggu pertama kuliah untuk sistem pendidikan di IPG. Para pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh  tetap melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran menerusi pemanfaatan digital untuk tempoh pandemik Covid19. Minggu pertama kuliah ini adalah memperkenalkan struktur pengajian dan hasil pembelajaran kursus/subjek yang ditawarkan. Kupasan mendalam Rancangan Maklumat Kursus (RMK) amat penting agar siswa guru memahami kandungan dan hasil pembelajaran secara berkesan.

Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, En Zulkufli bin Mahayudin sering menggalakkan para pensyarah IPG Kampus Ipoh sebarluas pelaksanaan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) dalam kalangan siswa guru. 

Asasnya, sejak 15 Februari 2019 lalu, IPGM telah mengorak langkah pantas lebih jauh lagi dengan menjenamakan Projek NPDL kepada Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) untuk diperluaskan kepada 14 IPG kampus setelah diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM. Pengarah kampus juga telah dimaklumkan tentang peluasan pelaksanaan KPPB di IPGM dalam Mesyuarat Pengurusan Institut Pendidikan Guru (MPIPG). 

Menerusi KPPB, beberapa aspek, model dan elemen baharu telah diadaptasi mengikut kesesuaian acuan sistem dan landskap pendidikan guru. Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) membina komitmen ke arah mewujudkan hubungan pembelajaran yang benar-benar baharu antara pelajar, pensyarah dan komuniti. Dalam konteks ini, Rakan Pembelajaran (learning partnership) akan ditonjolkan sepanjang pelaksanaan KPPB disamping merangkumi tiga elemen utama iaitu kompetensi, reka bentuk dan iklim pembelajaran. 

Maklumat lanjut berkaitan KPPB boleh dilayari di laman sesawang IPGM (Klik Di Sini)



Dr. Tan Ai Lee bersama Siswa Guru
Unit V4  (EDUP3033 - Murid dan Pembelajaran)

Dr. Baskaran a/l Kannan bersama Siswa Guru Unit U1 dan U9
(EDUP3063 Pentaksiran Dalam Pendidikan) 

Pn Norhani Bebe binti Alta Miah bersama siswa guru PDPP Sains dan PDPP PPC
(Sosiologi Dalam Pendidikan) 


Pn Mastura binti Kamarudin bersama Cik Hayu Mawaddah (Siswi Guru)
(PAKK3293 - Guru Keluarga dan Komuniti Dalam PAKK)

Dr. Subramaniam a/l Kolandan bersama Siswa Guru
Unit U5 & U6 (EDUP 3063)
Unit V8 (EDUP 3033)

Tn. Hj. Azlan bin Lin bersama siswa guru Unit S1 dan S2
(EDUP3083 - Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru)





Kongsi:

18.01.2021 : Online CPD - Bimbingan Berkesan Teknik Belajar Dan Persediaan menghadapi Peperiksaan STPM

 Online CPD IPGK Ipoh


Tajuk:

Bimbingan Berkesan Teknik Belajar Dan Persediaan menghadapi Peperiksaan  STPM


Tarikh:  18 Januari 2021 (Isnin)

Masa: 9.00 pagi-4.30 petang


Panel:


Prof. Madya. Dr. Mohamad Azwani Shah Bin Hj. Mat Lazim

Pakar Kimia

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Dr. Roslan bin Ahmad Fuad

Pakar Teknik Belajar


Dr Mariah Binti Kamaruddin 

Pensyarah

Bimbingan Dan Kaunseling



Dr. Hjh. Nur Liyana Bt Mohd Ibrahim

Kaunselor Pendidikan Daerah Hulu Selangor


Moderator sesi pagi

Hj. Mazlan Bin Ahmad

IPGKI

 


Moderator sesi petang

Hj. Mohd Nizam Bin Mohd Tejeri

IPGKI


Pautan:

Google meet:   

https://meet.google.com/grr-cswm-eax 


Youtube Live:   

https://youtu.be/iiYnA5NsN-A


Anjuran:

Jabatan Ilmu Pendidikan  IPG Kampus Ipoh.


Imbas Kod QR yang akan ditayangkan dari masa ke masa untuk rekod kehadiran dalam SPLKPM dan sijil. Terima kasih.Online CPD IPGK Ipoh

Kongsi:

12.01.01 - Online CPD : Bimbingan berkesan Teknik Belajar dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan Sekolah Menengah SPM

 

Dr Mariah binti Kamarudin, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling menjadi panel dalam CPD Online bertajuk Bimbingan berkesan Teknik Belajar dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan Sekolah Menengah SPM . Terdapat tiga orang panel lain yang memberi pandangan dan teknik berkesan. 




Ada boleh layari link di bawah :

https://www.youtube.com/watch?v=dhbed-s17p4&feature=youtu.be

Kongsi:

06.01.01 - Online CPD : Bengkel Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) Siri 1/2021

Bengkel Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) Siri 1/2021 telah berlangsung pada 06.01.2021 pada jam 9.00 pagi - 1.00 petang.

Panel yang terlibat ialah En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh dan Dr. Abdul Hadi bin Mat Nawi, Pensyarah Cemerlang Gred Khas C, IPG Kampus Ipoh. 

Manakala fasilitator yang terlibat ialah Dr Zailah binti Zainudin, Pensyarah Cemerlang Gred Khas C, IPG Kampus Raja Melewar.


 

Kongsi:

01.01.01 - Selamat Tahun Baharu 2021

 Selamat Tahun Baharu 2021


En Zulkufli Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2021 kepada warga Jabatan Ilmu Pendidikan.


Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1