18-22.01.2021 : Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB)

Bermula 18.01.2021 adalah minggu pertama kuliah untuk sistem pendidikan di IPG. Para pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh  tetap melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran menerusi pemanfaatan digital untuk tempoh pandemik Covid19. Minggu pertama kuliah ini adalah memperkenalkan struktur pengajian dan hasil pembelajaran kursus/subjek yang ditawarkan. Kupasan mendalam Rancangan Maklumat Kursus (RMK) amat penting agar siswa guru memahami kandungan dan hasil pembelajaran secara berkesan.

Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, En Zulkufli bin Mahayudin sering menggalakkan para pensyarah IPG Kampus Ipoh sebarluas pelaksanaan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) dalam kalangan siswa guru. 

Asasnya, sejak 15 Februari 2019 lalu, IPGM telah mengorak langkah pantas lebih jauh lagi dengan menjenamakan Projek NPDL kepada Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) untuk diperluaskan kepada 14 IPG kampus setelah diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM. Pengarah kampus juga telah dimaklumkan tentang peluasan pelaksanaan KPPB di IPGM dalam Mesyuarat Pengurusan Institut Pendidikan Guru (MPIPG). 

Menerusi KPPB, beberapa aspek, model dan elemen baharu telah diadaptasi mengikut kesesuaian acuan sistem dan landskap pendidikan guru. Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) membina komitmen ke arah mewujudkan hubungan pembelajaran yang benar-benar baharu antara pelajar, pensyarah dan komuniti. Dalam konteks ini, Rakan Pembelajaran (learning partnership) akan ditonjolkan sepanjang pelaksanaan KPPB disamping merangkumi tiga elemen utama iaitu kompetensi, reka bentuk dan iklim pembelajaran. 

Maklumat lanjut berkaitan KPPB boleh dilayari di laman sesawang IPGM (Klik Di Sini)



Dr. Tan Ai Lee bersama Siswa Guru
Unit V4  (EDUP3033 - Murid dan Pembelajaran)

Dr. Baskaran a/l Kannan bersama Siswa Guru Unit U1 dan U9
(EDUP3063 Pentaksiran Dalam Pendidikan) 

Pn Norhani Bebe binti Alta Miah bersama siswa guru PDPP Sains dan PDPP PPC
(Sosiologi Dalam Pendidikan) 


Pn Mastura binti Kamarudin bersama Cik Hayu Mawaddah (Siswi Guru)
(PAKK3293 - Guru Keluarga dan Komuniti Dalam PAKK)

Dr. Subramaniam a/l Kolandan bersama Siswa Guru
Unit U5 & U6 (EDUP 3063)
Unit V8 (EDUP 3033)

Tn. Hj. Azlan bin Lin bersama siswa guru Unit S1 dan S2
(EDUP3083 - Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru)





Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1