• ;

27.02.2021 - Tea Talk : Cikgu Fatin, En Zulkufli dan Siswa Guru V14

27.02.2021 - Tahniah En Zulkufli bin Mahayudin yang sentiasa menjadi ikutan berasaskan tauladan dalam pelaksanaan pedagogi di dalam kelas. Terkini, beliau melaksanakan  sesi Tea-Talk bersama Cikgu Fatin, model guru produk IPGK Ipoh yang berkongsi pelaksanaan PDPR bersama pelajar V14 IPGK Ipoh, dalam memanfaatkan digital, learning partnership, pedagogical practices dan learning environment. 

Sesi Tea Talk yg sangat bermakna di mana pelajar-pelajar sem 2 tahun 1 mendapat info first hand drp guru berpengalaman sendiri.

Terima kasih dan Tahniah Cikgu Fatin.






Kongsi:

27.02.2021 - Tahniah Dr. Baskaran - Program bersama AJK PIBG SMK Bandar Baru Putra, Bercham, Perak.

 27/2/21 - Syabas kepada Dr. Baskaran, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh selaku NYDP PIBG SMK BDR BARU PUTRA,  Bercham,  Perak. Beliau bersama beberapa orang AJK PIBG dan ibu bapa berpeluang menjayakan Program Penglibatan Ibu Bapa. Kehadiran dan sokongan AJK PIBG sudah pasti meningkatkan semangat warga sekolah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anak-anak didik warga SMK Bandar Baru Putra, Bercham, Perak.  

Dr Baskaran juga memberikan sedikit sumbangan wang daripada untuk membantu dan menjayakan pelbagai aktiviti pada masa akan datang. Semoga SMKBBP terus terunggul.  Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa bersama dalam merealisasikan pelbagai program demi kejayaan anak murid.








Kongsi:

25.02.2021 - Global Aktivator : Syabas En Zulkufli bersama Team Michael Fullen

25.02.2021 - Syabas kepada En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh yang sering berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan NPDL (KPPB) sama ada di dalam negara mahupun luar negara. 

Terkini, beliau berkongsi pengalaman melaksanakan NPDL(KPPB) bersama peserta workshop seluruh dunia berpusat di Toronto University. Perkongsian ini adalah  bersama team Michael Fullen dalam : Global Aktivator: 

Tarikh : 25 Feb 2021

Masa:  : 5.30 pg waktu Malaysia

Platform: zoom





Kongsi:

25.02.2021 : Tahniah En Zulkifli bin Mahayudin - KPPB For Leaders

 25.02.2021 (Khamis) : En Zulkifli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh meneruskan agenda pendidikan dengan menyebarluaskan maklumat berkaitan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) khusus untuk warga pendidikan di IPG. Program ini adalah anjuran bersama Majlis Pengarah, IPGM, KPM. 

Butiran Program adalah seperti di bawah :

Tarikh : 25.02.2021 (Khamis)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang.




Kongsi:

22.02.2021 - Tahniah, Hasil Karya Pn Norhani Bebe : Sumbangan buku yang bermakna.

22.02.2021 - Syabas dan tahniah kepada Pn. Norhani Bebe bt Alta Miah, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan kerana telah menyumbangkan 4 buah buku yang memuatkan karya beliau. 

Sumbangan tersebut telah diterima oleh Pn. Nasimah bt Abdul Jal bagi mewakili En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @Ahmad Nor, Ketua Unit Pusat Sumber. Buku-buku tersebut berjudul Antologi 43 Kisah COVID-19 : Keranamu Corona, Antologi Suara Dari Laman Juang, Antologi Anekdot Suara Dari Laman Orang Terbuang dan Sepilihan Pusi : Politik, Bahasa dan Isu Semasa. Tahniah Pn. Norhani Bebe.

Semoga jadi tindakan berkongsi ilmu ini menjadi ikutan kepada masyarakat untuk berkarya, khususnya dalam kalangan warga Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh.




Kongsi:

22.02.2021 - SPLKPM BiIMBINGAN DAN KAUNSELING: KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN KAUNSELING

SPLKPM BIMBINGAN DAN KAUNSELING: KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN KAUNSELING

 Online CPD Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 

Webinar untuk semua Pendidik dan Staf KPM

Imbas Kod QR yang akan ditayangkan dari masa ke masa untuk rekod kehadiran dalam SPLKPM, MATA KREDIT dan SIJIL. Peserta hanya masukkan no kad pengenalan, automatik nama anda akan didaftar terus ke dalam SPLKPM. Terima kasih.

Tarikh : 22 Februari 2021 (Isnin)

Masa : 2.00  petang

Penceramah:

Dr. Hjh.Nornajwa binti Ghazali

Jabatan Kecemerlangn Akademik,

IPG Kampus Ipoh


Dr. Mariah Kamaruddin

Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP

IPG Kampus Ipoh


Moderator:

En. Milatu Samsi Hayon

Jabatan Ilmu Pendidikan

IPG Kampus Ipoh


Pautan :


Google meet :   https://meet.google.com/gny-qmiq-tiz

Youtube Live :   https://youtu.be/t6cNeD0Ky6U


Anjuran :

Jabatan Ilmu Pendidikan,

IPG Kampus Ipoh.



Kongsi:

20.02.2021 - Tahniah Dr Baskaran : Sinergi bersama INSPEN dalam talian.

 20.02.2021 (Sabtu) - Dr. Baskaran berpeluang membuat perkongsian ilmu dengan pelajar Mod Eksekutif Sijil Agensi Harta Tanah,  INSPEN.  Seramai 21 orang pelajar berumur dari 19 tahun hingga 60 tahun mengambil bahagian dalam seminar ini dengan penuh semangat.  Program ini berlangsung dalam talian berasaskan pelantar Microsoft Teams dari pukul 9.00 pagi -  5.00 petang. 

Para peserta berjaya memberi komitmen yang bersungguh-sungguh dan sepenuh hati. Dr. Baskaran mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Jabatan Jabatan Ilmu Pendidikan,  IPG Kampus Ipoh yang sering menyokong usaha murni untuk sinergi bersama INSPEN,  Kementerian Kewangan Malaysia. Perkongsian pintar ini berasaskan kepercayaan tinggi dan sering menerima jemputan setiap tahun.  Beliau akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik terhadap usaha murni seperti program tersebut. 







Kongsi:

15.02.2021 : Webinar : MENANGANI MASALAH KEHIDUPAN MELALUI KEROHANIAN, PENDEKATAN SPIRITUAL DAN BARAT

SPLKPM BIMBINGAN DAN KAUNSELING: MENANGANI MASALAH KEHIDUPAN MELALUI KEROHANIAN, PENDEKATAN SPIRITUAL DAN  BARAT

Online CPD Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 

Webinar untuk semua warga KPM

Imbas Kod QR yang akan ditayangkan dari masa ke masa untuk rekod kehadiran dalam SPLKPM, MATA KREDIT dan SIJIL. Peserta hanya masukkan no kad pengenalan, automatik nama anda akan didaftar terus ke dalam SPLKPM. Terima kasih.


Tarikh : 15 Februari 2021 (Isnin)

Masa : 9.00 pagi -3.30 petang

Panel :

Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip,
Profesor Jabatan Psikologi dan Kaunseling,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pn. Sabasiah Husin
Pakar Terapi Realiti,
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Dr. Nornajwa binti Ghazali
Jabatan Kecemerlangan Akademik,
IPG Kampus Ipoh

Dr. Mariah Kamaruddin
Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling
IPG Kampus Ipoh

Moderator:
Hj. Mazlan bin Ahmad
Pn. Norhani Bebe binti Alta Miah

Pautan :
Google meet :   https://meet.google.com/nhq-xinw-iyp?hs=122&authuser=2 

Youtube Live :   
https://youtu.be/GLbGmH5gQ2c 

Anjuran :
Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPG Kampus Ipoh



Kongsi:

11.02.2021 : Tahniah, Dr Baskaran - "Journey To Be A Teacher"


Tajuk Forum : Journey to Be A Good Teacher 

Anjuran : Pemuda MIC negeri Kedah. 

Tarikh : 11.02.2021 

Masa : 8.00 malam

Para Panel :

1. Dr BASKARAN 

2. Dr ANANTHAN

3. Dr MALAR

4. Cikgu MARAN


Tajuk Kupasan :

1. Cara-cara membuat permohonan ke IPG

2. Persediaan semasa sesi temuduga

3. Cara-cara meningkatkan kecemerlangan diri semasa berada di IPG

4. Kualiti / produk IPG guru semasa berada di sekolah dan cara-cara meningkatkan kualiti diri. 


Sesi selama dua jam berjalan lancar dengan adanya persediaan rapi oleh Moderator - En Sadhis Kumar. 

"Sharing is caring" berjaya dikongsi demi menghasilkan guru yang berkualiti. Talian tersebut adalah seperti di bawah :

https://www.facebook.com/pemudamicnegerikedah/videos/3620406191389160/







Kongsi:

11.02.2021 : Mesyuarat Jabatan Ilmu Pendidikan Bil-1 /2021

 11.02.2021 (Khamis) - Mesyuarat Jabatan Ilmu Pendidikan Bil 1/2021 berlangsung pada :

Tarikh :  11.02.2021
Hari    :   Khamis
Masa   :  3.00 petang

Pelantar : Google Meet


 




Kongsi:

11.02.2021 : Pensyarah JIP Bersama Taklimat Praktikum IPG Kampus Ipoh

 11.02.2021  (Khamis) - Para siswa guru dan pensyarah IPG Kampus Ipoh mengikuti taklimat praktikum anjuran Unit Praktikum IPG Kampus Ipoh.

En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan sentiasa menyokong pelaksanaan aktiviti merentas jabatan. Justeru, terdapat tujuh (7) orang penyarah JIP yang membantu Jabatan Pengajian Bahasa Melayu, dan Jabatan Bahasa (Unit Pengajian Bahasa Cina) IPGKI dalam tempoh sesi praktikum sesi Mac-Mei 2021. 

Pensyarah JIP yang terlibat ialah :

A- Membantu Jabatan Pengajian Melayu 

1. Dr. Mior Ahmad Termizi bin Mior Idris
2. Pn. Saripah Rabea'ah binti Syed Ali
3. En. Milatu Samsi bin Hayon
4. En. Ahmad Jalalulail bin Abd Manab
5. Tn Hj. Mazlan bin Ahmad
6. Tn Hj Azlan bin Lin

B- Membantu Jabatan Bahasa (Unit Pengajian Bahasa Cina)

1. Dr. Teh Hang Leng

Unit Praktikum menganjurkan taklimat ini secara dalam talian berasaskan Microsoft Team. PPD Kinta Utara turut bersama untuk menyampaikan input pelaksanaan PdPr dan membina RPH dalam tempoh pendemik Covid19. Input yang bermakna kepada siswa guru dan para pensyarah yang menyelia sesi praktikum.



 








Kongsi:

05.02.2021 : Perkongsian Pintar - Tahniah, Pn Mastura binti Kamaruddin

05.02.2021 (Jumaat) - Syabas dan tahniah kepada Pn Mastura binti Kamarudin yang telah melaksanakan perkongsian motivasi PdPr norma baru bersama Guru Bidang Bahasa SMK. Tronoh, Perak.

Butiran program tersebut ialah :

Tarikh /Hari : 05.02.2021 (Jumaat)

Masa : 2.30-4.30 petang

Aplikasi : Google meet

Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, En Zulkifli bin Mahayuddin sentiasa menyokong usaha murni terhadap perkongsian ilmu bersama warga pendidikan di luar kampus. Perkongsian ilmu yang memberi impak terhadap dunia pendidikan mampu menggerakkan generasi pendidik ke arah yang lebih cemerlang dalam tempoh pendemik Covid-19.







Kongsi:

05.02.2021 : SPLKPM - BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENANGANI KESIHATAN MENTAL

 SPLKPM: BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENANGANI KESIHATAN MENTAL

Online CPD Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh


Tarikh : 5 Februari 2021 (Jumaat)

Masa : 9.00 pagi 



Panel :


Profesor Dr. Mohammad Nasir Bistamam

Ketua Jabatan

Jabatan Sains Kemanusiaan 

Fakulti Pengajian Islam

Universiti Sultan Azlan Shah.


Dr. Hjh. Nur Liyana binti Mohd Ibrahim

Kaunselor Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor


Moderator :

Dr. Mariah Kamaruddin

Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling

JIP, IPGKI

 


Pautan :

Google meet :   

https://meet.google.com/grr-cswm-eax 


Youtube Live :   

https://youtu.be/oTRoXjx546k



Anjuran :

Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI 


Imbas Kod QR yang akan ditayangkan dari masa ke masa untuk rekod kehadiran dalam SPLKPM, MATA KREDIT dan SIJIL. Peserta hanya masukkan no kad pengenalan, automatik nama anda akan didaftar terus ke dalam SPLKPM. Terima kasih.

Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1