20.02.2021 (Sabtu) - Dr. Baskaran berpeluang membuat perkongsian ilmu dengan pelajar Mod Eksekutif Sijil Agensi Harta Tanah, INSPEN. Seramai 21 orang pelajar berumur dari 19 tahun hingga 60 tahun mengambil bahagian dalam seminar ini dengan penuh semangat. Program ini berlangsung dalam talian berasaskan pelantar Microsoft Teams dari pukul 9.00 pagi - 5.00 petang.
Para peserta berjaya memberi komitmen yang bersungguh-sungguh dan sepenuh hati. Dr. Baskaran mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Jabatan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh yang sering menyokong usaha murni untuk sinergi bersama INSPEN, Kementerian Kewangan Malaysia. Perkongsian pintar ini berasaskan kepercayaan tinggi dan sering menerima jemputan setiap tahun. Beliau akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik terhadap usaha murni seperti program tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan