• ;

28.05.2021 : Pedagogi Berimpak Tinggi - Tahniah kepada En Zulkifli Mahayudin dan Dr Tan Ai Lee

SYABAS dan TAHNIAH kepada penceramah tersohor En Zulkufli bin Mahayudin (KJ Jabatan Ilmu Pendidikan) dan Dr. Tan Ai Lee (KU Ilmu Pendidikan) yang memberi input dalam Taklimat Pedagogi Berimpak Tinggi iaitu " Pedagogi Kemanusiaan( Humanizing Pedagogy) dan Pedagogi Berasaskan Fenomena. Taklimat ini berlangsung dalam talian Google Meet pada 28.05.2021 (Jumaat).

Kedua-dua taklimat ini selaras dengan matlamat pendidikan yang termaktub dalam Pelan Strategik IPGK Ipoh (2021-2025). Pelan Strategik IPGK Ipoh (2021-2025)  terdapat tujuh inisiatif berterusan dan sewajarnya menjadikan pedagogi pendidikan guru berimpak tinggi ke arah pembelajaran bermakna. 

Taklimat telah dihadiri 43 orang peserta dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Ipoh.




Kongsi:

26.05.2021 : Tahniah Dr Ganesan - Kreadibiliti Berimpak Tinggi dalam pendidikan peringkat antarabangsa.

 TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu,

Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan,IPG KAMPUS IPOH kerana telah  dilantik sebagai PRESIDEN  untuk tiga INTERNATIONAL VIRTUAL WORKSHOP di India dari bulan Januari hingga Mei,2021 Seperti berikut:

1. International Virtual Workshop on Thesis Writing and Publication, 25-28 Januari, 2021.

2. International Virtual Workshop on Developing Soft Skills and Personality in Teaching, 18-22 Mac, 2021.

3. International Virtual Workshop on Institutional Management and Administrative Procedures, 23-25 Mei,2021.

Untuk makluman Dr.Ganesan Shanmugavelu juga telah membentangkan Kertas Kerja beliau dalam kesemua International Workshop berkenaan. Tajuk Kertas Kerja yang dibentangkan oleh beliau ialah : 'Research Method in Historical Studies', 'Developing Self-Esteem' dan ' Leadership in Organization'.

 International Workshop berkenaan telah dianjurkan bersama oleh Lavender Literary Club India, Cape Comorin Trust India, St.John's College of Arts and Science dan Loyola Institute of Engineering Technology, India.








Kongsi:

17.05.2021 : Tahniah Pn Mastura - Panel Penilai di Program Ipoh Prime Ideas Colloquium 2021 (DISTRICT)

Syabas dan tahniah kepada Pn Mastura Kamarudin yang menyumbang khidmat bakti sebagai Panel Penilai untuk Pembentangan Kajian Tindakan Ipoh Prime Ideas Colloquium 2021 (DISTRICT) anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Program ini berlangsung secara dalam talian pada 17.05.2021 (Isnin). Guru yang menyertai kajian tindakan ini adalah dalam kalangan guru-guru peringkat negeri Perak.

En Zulkifli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPGK Ipoh mengucapkan tahniah dan sentiasa menggalakkan pensyarah JIP untuk menyumbang khidmat bakti dalam pendidikan i peringkat IPGK, Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa. Galakan dan penghargaan ini mencetuskan Pedagogi Berimpak Tinggi.








Kongsi:

14.05.2021 : Tahniah Dr Kanthasamy - Lantikan Pakar sebagai pembimbing pelajar Phd (USM)

 Syabas dan tahniah kepada Dr Kanthasamy a/l Sundara Rajoo yang dilantik sebagai Pakar bagi mengesahkan Instrumen Kajian Kursus PLG 598 - Projek Penyelidikan, USM. 

Beliau sentiasa menyumbang kepakaran di Bidang Kurikulum agar pendidikan terus berkembang dan seiring dengan perkembangan dunia terkini. Sumbangan beliau dalam dunia pendidikan adalah seiring dengan inisiatif Pedagogi Berimpak Tinggi yang giat dilaksanakan di IPG Kampus Ipoh.

En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh turut menyokong usaha murni penglibatan para pensyarah JIP untuk terus menyumbang khidmat bakti dalam dunia pendidikan seiring dengan Pedagogi Berimpak Tinggi.



Kongsi:

13.05.2021 : Selamat Hari Raya AidilFitri 1442H

 Seluruh Warga Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri 1442H.


Kongsi:

06.05.2021 - Tahniah kepada Dr Ganesan dan Dr Subramaniam

 WEBINAR ANJURAN JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN & INOVASI, PROSPEN DAN UPL IPG KAMPUS IPOH

'

Tajuk: Penyelidikan Dalam Bidang Sejarah

Tarikh : 06 Mei 2021(Khamis)

Masa : 10.00 pagi- 11.30 pagi


Panel:

1. Dr Ganesan a/l Shanmugavelu

(Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan,

IPG Kampus Ipoh)

2. Moderator

Dr Subramanian a/l Kolandan

(Pensyarah Akademik, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh)


Pautan:

Google meet: https://meet.google.com/azd-yurq-rss

YouTube (Siaran rakaman mulai jam 4.00 petang):

https://www.youtube.com/channel/UC8zrXewQv8KUry7uV8i1Z1A


Imbas kod QR yang akan ditayangkan dari masa ke masa untuk kehadiran dalam SPLKM.Terima kasih.



Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1