Syabas dan tahniah kepada Pn Mastura Kamarudin yang menyumbang khidmat bakti sebagai Panel Penilai untuk Pembentangan Kajian Tindakan Ipoh Prime Ideas Colloquium 2021 (DISTRICT) anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Program ini berlangsung secara dalam talian pada 17.05.2021 (Isnin). Guru yang menyertai kajian tindakan ini adalah dalam kalangan guru-guru peringkat negeri Perak.
En Zulkifli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPGK Ipoh mengucapkan tahniah dan sentiasa menggalakkan pensyarah JIP untuk menyumbang khidmat bakti dalam pendidikan i peringkat IPGK, Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa. Galakan dan penghargaan ini mencetuskan Pedagogi Berimpak Tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan