• ;

29.12.2021 - Tahniah Pn Latifah : Lantikan Pakar Penilai Kesahan Instrumen Kajian

SYABAS dan TAHNIAH kepada Pn Latifah binti Abd Jamil, Pensyarah Kanan JIP yang telah dilantik sebagai Pakar Penilai Kesahan Instrumen Kajian Pengajian Siswazah Doktor Falsafah (Pengukuran Pendidikan), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kajian tersebut bertajuk “Pembinaan Instrumen Efikasi Kendiri Guru Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (EfiG PBD) Di Sekolah Rendah."



Kongsi:

27 & 28.12.2021 - Tahniah En Ahmad Jalalulail : Persembahan Teater Kanak-kanak Unit T

 Syabas dan tahniah kepada En Ahmad Jalalulail bin Abd Manap, Pensyarah Kanan, JIP kerana berjaya mencungkil bakat dan potensi siswa guru unit T yang mengambil elektif Teater Kanak-kanak. 

En Ahmad Jalalulail berkredibiliti dalam mengarah persembahan teater. Bakatnya terserlah menerusi pengalaman dan minat mendalam beliau dalam persembahan teater sepanjang kerjayanya sebagai guru di sekolah dan pensyarah di IPG Kampus Ipoh. 

Lanjutan itu, Siswa Guru Unit T berjaya menampilkan bakat menerusi perwatakan dalam teater tersebut. Pelbagai nilai murni dapat digarapkan menerusi cerita dan persembahan perwatakan teater itu.  

Usaha yang baik dan berterusan mampu mencungkil bakat dan minat siswa guru IPG Kampus Ipoh dalam teater. 

Pak Belalang : 27.12.2021

Mat Jenin : 27.12.2021

Hikayat Malim Deman : 28.12.2021

Si Bongkok : 28.12.2021


********************

Assalamualaikum wbt Dr/Tuan/Puan/En/Cik dijemput hadir ke:

🎥 *PERSEMBAHAN TEATER KANAK-KANAK*



🗓️ *Tarikh :* 27 Disember 2021 (Isnin)
🕘 *Masa :* 9.00 pm
🏢 *Tempat:* Dewan Sri Tanjung
🎞️ *Tajuk Teater*:
1) Pak Belalang
2) Mat Jenin

Pautan YouTube :

https://youtu.be/0tpxe9hwTpE
---------------------------------------------
🗓️ *Tarikh :* 28 Disember 2021 (Selasa)
🕘 *Masa :* 9.00 pm
🏢 *Tempat:* Dewan Sri Tanjung
🎞️ *Tajuk Teater*:
1) Si Bongkok
2) Hikayat Malim Deman

Pautan YouTube :

https://youtu.be/FU1ke-rDv3k

*Anjuran*:
Jabatan Ilmu Pendidikan IPGK IPOH bersama Siswa guru Unit T Elektif Teater Kanak-kanak

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan teater yang sangat menarik ini! 🎊🎞️😍🎥🎉😎


Kongsi:

27.12.2021 - Tahniah Dr Hamdiah - Panel Penulis Buku Budaya Komuniti Pembelajaran Professional: Kenali Cabaran dan Strategi

 Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Hamdiah binti Jailani, Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan kerana berjaya menjadi Panel Penulis bagi penerbitan keluaran IPGM yang berjudul ‘Buku Budaya Komuniti Pembelajaran Professional: Kenali Cabaran dan Strategi’.

Untuk bacaan penuh : http://www.ipg.edu.my/bpanduan/bkpp/index.html




Kongsi:

27.12.2021 - Tahniah Cikgu Norzety : Anugerah Khas

Syabas dan tahniah kepada Cik Norzety binti Abdul Aziz. Guru Prasekolah - Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh telah menerima anugerah khas sempena kemenangan dalam pertandingan inovasi peringkat PPD Kinta Utara 2021.

Cik Norzety binti Abdul Aziz


Tajuk inovasi tersebut ialah Magic Puzzle Story Map dalam penguasaan Komunikasi Bahasa Inggeris murid Prasekolah.

Pensyarah Unit PraSekolah En. Ahmad Jalalulail bin Abd Manab dan Pn Mastura binti Karimuddin sentiasa menyokong usaha murni demi kemenjadian pelajar prasekolah Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh.



Kongsi:

27.12.2021 - Program Apresiasi Warga Prasekolah Kinta Utara 2021.

Syabas dan tahniah kepada Cik Norzety binti Abdul Aziz. Guru Prasekolah - Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh kerana telah senantiasa menggalakkan anak didiknya mengikutiP embelajaran Dan Pengajaran dari rumah (PDPR). 

Malahan, hasil kerja anak didiknya telah Pertandingan hasil kerja murid terbaik. Sekolah-sekolah Kinta Utara

Adik Haura Dayana binti Mohd Zulfarizal mendapat Anugerah Perak dengan hasil kerja bertajuk piramid makanan.

Semua sekolah-sekolah daerah Kinta Utara mengambil bahagian sewaktu Pembelajaran Dan Pengajaran dari rumah (PDPR) sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ibubapa dan murid bekerjasama menghasilkan carta piramid makanan selepas kelas 'online' bertema pemakanan sihat diadakan melalui talian 'google meet'.

Guru Prasekolah telah menghantar hasil kerja ini kepada Pegawai Prasekolah PPD Kinta Utara yang mengadakan pertandingan hasil kerja murid terbaik.

Murid berusia 5 tahun dari Prasekolah Seri Mawar IPG Kampus Ipoh telah berjaya mendapat Anugerah Perak walaupun bertanding dengan  murid 6 tahun dari 64 buah sekolah. 









Kongsi:

20.12.2021 - Tahniah Dr Baskaran : Lantikan Pakar Penilai Kesahan Instrumen Kajian

 SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr Baskaran Kannan, Pensyarah Kanan JIP yang telah dilantik sebagai Pakar Penilai Kesahan Instrumen Kajian Pengajian Siswazah Doktor Falsafah (Pengukuran Pendidikan), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kajian tersebut bertajuk  Pembinaan Instrumen Efikasi Kendiri Guru Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (EfiG PBD) Di Sekolah Rendah.


Kongsi:

23.12.2021 - Tahniah En Zulkufli : Pemberi Maklumbalas di Kolokium KPPB IPGM.

TAHNIAH kepada En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan yang berterusan melaksanakan amanah berkaitan KPPB.

Beliau selaku TaskForce KPPB IPGM telah dilantik sebagai pemberi maklumbalas di Kolokium Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) pada hari Khamis (23.12.2021) di Bilik 2 - Sesi IV.


 **********

KOLOKIUM  KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB) & DIGITAL LEARNING OBJECT   SEMESTER 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM)

Assalamualaikum w.b.t🌸

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan mengadakan Kolokium KPPB Semester 2, 2021 dengan tema: “Menerajui Pendidikan Dinamik Berfokuskan Masa Hadapan”.


🗓️: 21-23 Disember 2021 (Selasa-Khamis)

⏰: 9.00 pagi - 4.30 petang


*Hari Pertama (Selasa : 21.12.2021)*

*Sesi Pembentangan (9.00-1.00 tgh)*


📌Bilik 1 Sesi 1

 🔗https://youtu.be/I39pcGmEjMQ


📌Bilik 2 Sesi 1

 🔗https://youtu.be/ap9MsBuMpFo


📌Bilik 3 Sesi 1:

🔗https://youtu.be/_e77Mtzwg9A


📌Bilik 4 Sesi 1

 🔗https://youtu.be/8vxVurm7oDs


📌Bilik 5 Sesi 1

 🔗https://youtu.be/q8jwf-XA6Ls


📚Facebook Live

 🔗https://www.facebook.com/ipgKemPendidikan


Majlis Perasmian Pembukaan

⏰Masa: 2.30-5.00 petang

🔗https://youtu.be/Snm4mzbpms0

📚Facebook Live: https://www.facebook.com/ipgKemPendidikan


*Selamat menyertai Kolokium KPPB Semester 2, 2021*

Sekian, terima kasih.

Kongsi:

17.12.2021 - Tahniah Dr Baskaran : Bengkel Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr Baskaran Kannan dan Fasilitator yang telah berkongsi ilmu dengan Siswa Guru PDPP PPC (Opsyen Bahasa Cina) Ambilan Oktober 2021 di Bengkel Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan, dan pencapaian murid.

PBD penting untuk membantu guru dalam mengesan perkembangan murid secara menyeluruh, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dan pembelajaran serta mengetahui keberkesanan pengajaran.

Oleh itu, PDPP PPC Bahasa Cina IPGK Ipoh membawakan kepada anda satu bengkel khas yang akan membincangkan tentang pelaksanaan PBD di sekolah.

************************

*_Butiran program_* :

🗓️Tarikh: 17 Disember 2021 (Jumaat)

📍Tempat: Dewan Sri Tanjung 

🕣Masa: 8:00 pagi hingga 12:15 tengahari

📝Anjuran: PDPP PPC Bahasa Cina Ambilan Oktober 2021

Bagi yang berminat, kehadiran anda amat dialukan.

*********














Kongsi:

10.12.2021 - Tahniah Pn Zulliana : Lantikan Sebagai Pakar Penilai Kesahan Instrumen

SYABAS dan TAHNIAH kepada Pn Zulliana binti Hassan, Pensyarah Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP  yang telah dilantik sebagai Pakar Penilai Kesahan Instrumen Kajian Sarjana Sains (Kaunseling)   dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kajian tersebut bertajuk  Meneroka Pembelajaran Pelajar Orang Asli Ketika Pendemik Covid-19 dalam Membina Motivasi Diri"








Kongsi:

10.12.2021 - Tahniah Dr Mariah : Lantikan Pakar Penilai Kesahan Instrumen

 SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP  yang telah dilantik sebagai Pakar Penilai Kesahan Instrumen Kajian Sarjana Sains (Kaunseling)   dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kajian tersebut bertajuk  Kesan Neo-Cbt Bagi Merawat Pesakit Bipolar Disorder: Kajian Kes Neo-Cbt.”.



Kongsi:

09.12.2021 - Tahniah En Zulkufli : Lantikan Panel Showcase KPPB IPGK Sultan Mizan

 Syabas dan tahniah kepada En Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan sebagai TaskForce KPPB IPGM yang dilantik sebagai Panel pemberi maklum balas dalam Showcase KPPB  IPGK Sultan Mizan.

Program Showcase ini berlansung pada 09.12.2021 secara dalam talian. 



Kongsi:

06.12.2021 - LAWATAN KOLABORASI AUDIT MQA BIDANG BIMBINGAN DAN KAUNSELING TAHUN 2021

 LAWATAN KOLABORASI AUDIT MQA BIDANG BIMBINGAN DAN KAUNSELING TAHUN 2021

Tarikh : 6.12.21

Masa : 9 pagi-12.00 tengah hari

Tempat taklimat MQA : Bilik Dahlia

Lawatan : Makmal Kaunseling Individu /Terapi Kaunseling Kanak-kanak dan Pusat Sumber IPGKI

Aturcara Lawatan

Seramai 13 orang pensyarah Bimbingan dan Kaunseling (B&K) yang diketuai oleh Ketua Jabatan (B&K) Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman (IPDA) sampai di perkarangan Institut Pendidikan Guru Kampau Ipoh (IPGKI) dan disambut oleh Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP), para pensyarah dan pelajar B&K IPGKI.  Program Lawatan ini diserikan dengan kehadiran Tuan Pengarah IPGKI dalam Majlis Pembukaan Program Lawatan Kolaborasi MQA Bidang B&K bagi tahun 2021.  Majlis Taklimat MQA kepada pihak IPDA disampaikan oleh Dr. Hjh.Fatimah binti Ibrahim turut dihadiri oleh Tn. Timbalan Pengarah IPGKI, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan dan barisan pensyarah  B&K IPGKI.  Ahli rombongan  dibawa melawat ke Makmal Terapi Kaunseling Kanak-Kanak dan Pusat Sumber IPGKI sebelum berakhir dengan sesi bergambar bersama kepimpinan IPGKI.







Kongsi:

06.12.2021 : Tahniah En Azlan Lin - Personaliti Dinamik - Aspirasi Cemerlang Penyelaras TS25 Sekolah (PPD Hilir Perak)

Syabas dan tahniah kepada En Azlan bin Lin, Pensyarah JIP, IPG Kampus Ipoh telah berkongsi ilmu bersama 30 orang Penyelaras TS25 Sekolah-sekolah PPD Hilir Perak.

Program ini berlangsung pada 06.12.2021 yang bertempat di Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak. Turut hadir ialah Pegawai Meja TS25, En Munazir Penolong PPD Unit Sekolah, SISC+ PPD Hilir Perak. 

Beliau hadir sebagai Rakan Elit TS25 (IPG) bagi Daerah Hilir Perak. Justeru,  perkongsian ilmu adalah berkaitan Personaliti Dinamik : Aspirasi Cemerlang Penyelaras TS25 Sekolah (PPD Hilir Perak).






Kongsi:

03.12.2021 - Lantikan Sebagai PRESIDEN "International Virtual Workshop on Academic Writing, Research Skills and Publications".

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi "International Virtual Workshop on Academic Writing, Research Skills and Publications  yang  diadakan selama tiga   dari 28- 30 November, 2021 di Tamil Nadu, India.

Beliau juga  membentangkan Kertas Kerja bertajuk " Publications In High Impact Journals".

Bengkel Antarabangsa  ini dianjurkan bersama oleh 

 Lavender Literary Club, Tamil Nadu,  India, Cape Comorin Trust, Tamil Nadu,  India dan  Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia.







Kongsi:

03.12.2021 - Lawatan Pengarah IPGKI di Bilik Terapi dan Kaunseling Individu, Unit BnK , JIP

 SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP, IPGKI bersama rakan pensyarah BNK dan siswa guru Opsyen BNK yang BERJAYA menyediakan dan menghias Bilik Kaunseling Individu dan Bilik Terapi.

Siswa Guru Opsyen Bimbingan dan Kaunseling dapat memanfaatkan bilik ini untuk tujuan sesi praktikal dan pembelajaran. 

Para pensyarah Unit Bimbingan dan Kaunseling juga dapat berkongsi ilmu dengan siswa guru untuk mempraktikkan sesi kaunseling secara langsung. 

Justeru, Dr Yahya bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh yang diiringi oleh En Zulkufli bin Mahyudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan telah melawat bilik kaunseling dan terapi ini. Pelbagai nasihat dan pandangan telah dikongsikan bersama pensyarah dan pelajar. 





Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1