Syabas dan tahniah kepada En Ahmad Jalalulail bin Abd Manap, Pensyarah Kanan, JIP kerana berjaya mencungkil bakat dan potensi siswa guru unit T yang mengambil elektif Teater Kanak-kanak.
En Ahmad Jalalulail berkredibiliti dalam mengarah persembahan teater. Bakatnya terserlah menerusi pengalaman dan minat mendalam beliau dalam persembahan teater sepanjang kerjayanya sebagai guru di sekolah dan pensyarah di IPG Kampus Ipoh.
Lanjutan itu, Siswa Guru Unit T berjaya menampilkan bakat menerusi perwatakan dalam teater tersebut. Pelbagai nilai murni dapat digarapkan menerusi cerita dan persembahan perwatakan teater itu.
Usaha yang baik dan berterusan mampu mencungkil bakat dan minat siswa guru IPG Kampus Ipoh dalam teater.
********************
Assalamualaikum wbt Dr/Tuan/Puan/En/Cik dijemput hadir ke:
🎥 *PERSEMBAHAN TEATER KANAK-KANAK*
🗓️ *Tarikh :* 27 Disember 2021 (Isnin)
🕘 *Masa :* 9.00 pm
🏢 *Tempat:* Dewan Sri Tanjung
🎞️ *Tajuk Teater*:
1) Pak Belalang
2) Mat Jenin
Pautan YouTube :
https://youtu.be/0tpxe9hwTpE
---------------------------------------------
🗓️ *Tarikh :* 28 Disember 2021 (Selasa)
🕘 *Masa :* 9.00 pm
🏢 *Tempat:* Dewan Sri Tanjung
🎞️ *Tajuk Teater*:
1) Si Bongkok
2) Hikayat Malim Deman
Pautan YouTube :
*Anjuran*:
Jabatan Ilmu Pendidikan IPGK IPOH bersama Siswa guru Unit T Elektif Teater Kanak-kanak
Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan teater yang sangat menarik ini! 🎊🎞️😍🎥🎉😎
Tiada ulasan:
Catat Ulasan