• ;

25.11.2022 - Tahniah Dr. Baskaran : Bengkel Kemenjadian Insan Bermoral

SYABAS dan TAHNIAH kepada Dr Baskaran a/l Kannan telah berkongsi ilmu di Bengkel Penerapan Nilai Murni dan Kecemerlangan Diri bersama murid-murid Tahun 5 dan 6 SJKT SANGGETHA SABAH, IPOH. 

Pihak sekolah telah membuat persiapan rapi dalam menjayakan  bengkel. Sangat teruja dengan sikap murid yang sangat aktif dan pihak sekolah yang sangat komited.  Semoga perkongsian ini membantu pihak sekolah dalam menghasilkan murid yang cemerlang dan meningkatkan kemenjadian insan bermoral.






Kongsi:

25.11.2022 : Tahniah Pn Mastura binti Karimuddin - Pelantikan Gred DG52 (KUP)

Warga Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada Pn Mastura binti Karimuddin, Pensyarah Kanan JIP yang telah menerima Sijil Anugerah Pelantikan Gred DG52 (KUP) daripada Dr. Hj. Yahya bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh.

Penganugerahan sijil pelantikan gred ini di Majlis Perhimpunan Organisasi November 2022 dan Majlis Santunan Budi di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh. 

Semoga pelantikan ini memberi inspirasi untuk beliau terus menyumbang bakti dalam dunia pendidikan.




Kongsi:

24.11.2022 - LPS JIP : Amalan Gaya Hidup Sihat

 Jabatan Ilmu Pendidikan telah mengadakan satu kursus pada 24 November 2022 bertujuan mendedahkan kepada para pensyarah dengan amalan gaya hidup sihat yang wajib ada bagi setiap individu kerana penjagaan kesihatan yang betul, amalan pemakanan secara sihat, dan melakukan aktiviti fizikal secara berkala.

 Objektif kursus adalah supaya pensyarah

 i.        Menjadikan diri lebih produktif di tempat kerja

ii.        Mengurangkan risiko pensyarah mendapat pelbagai penyakit kesan tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi dan kanser

iii.       Meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan pensyarah untuk kelihatan lebih baik

iv.       Memiliki stamina dan keupayaan untuk mengajar dan bertenaga di dalam kelas serta mempunyai  penampilan diri yang lebih menarik.

 Penceramah :

1. Dr. Faizal Hakimi bin Shamsudin                 - JPJK, IPGKI

2. Pn. Norfaridah bt. Mohamad Khannas        - JPJK, IPGKI

3. En. Azhar Bin Awang                                   - JPJK, IPGKI

4. Cik. Jamiah Ismail                                       - Unit Peperiksaan, IPGKI

 Jadual bermula dengan Kepentingan Kecergasan Diri ( Jom Senam) di Gymnasium dan padang pada pukul 8.00-9.30 pagi oleh Pensyarah Pendidikan Jasmani yang diketuai oleh En. Azhar Bin Awang. Kemudian diteruskan dengan Ceramah Amalan Pemakanan Sihat oleh Pn. Nor Faridah bt. Mohamad Khannas pada jam 9.30-11.00 pagi di Mini Teater. Pada pukul 11.30 – 1.00 diteruskan dengan Amalan Gaya Hidup Sihat oleh Dr. Faizal Hakimi bin Shamsudin. Untuk slot petang adaah Slot Senamtari untuk kesihatan oleh Cik Jamiah bt. Ismail.

 Semua pensyarah JIP menunjukkan komitmen yang baik dan seronok ketika Kursus ini dijalankan








Kongsi:

10.11.2022 - Tahniah, Showcase KPPB Sem 1/2022

Tahniah, dan syabas diucapkan kepada pensyarah pembimbing dan peserta Showcase KPPB Sem. I 2022, kerana telah membentangkan hasil KPPB sepanjang Sem. I 2022 ini. Wakil daripada JIP adalah


1. TENG QUAN YI

2. AZREEN BINTI ROSLAN

3. AIN NADIA BINTI AHMAD ROZI

4. NUR ANIS NADHIRAH BT MUHAMAD ZULKHAN

5. NURHAMIZAH BINTI AWANG

 UNIT X6


PENSYARAH PEMBIMBING : 

EN. SUNDAR A/L SUBBRAMANIAM 

 

KURSUS : EDUP3103 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA & EDUP3093 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

 

DAN 


1. NUR NASUHA BINTI ABDUL FATTAH

2. MOHAMAD AMIR FARHAN BIN AZLAN

3. TAN QIAN QI

4. CHONG YAN QI

5. LENIENT CHEAH

 W 14 DAN W 15


PENSYARAH PEMBIMBING :

EN. MUHAMAD TAJUDIN BIN MUSTAFA

 

KURSUS : PBKK3063 MAKMAL BIMBINGAN DAN KAUNSELING INDIVIDU & PBKK3073 TERAPI DALAM INTERVENSI KANAK-KANAK











Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1