Jabatan Ilmu Pendidikan telah mengadakan satu kursus pada 24 November 2022 bertujuan mendedahkan kepada para pensyarah dengan amalan gaya hidup sihat yang wajib ada bagi setiap individu kerana penjagaan kesihatan yang betul, amalan pemakanan secara sihat, dan melakukan aktiviti fizikal secara berkala.
Objektif kursus adalah supaya pensyarah
i. Menjadikan diri lebih produktif di tempat kerja
ii. Mengurangkan risiko pensyarah mendapat pelbagai
penyakit kesan tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti diabetes, serangan
jantung, strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi dan kanser
iii. Meningkatkan jangka hayat dan status
kesihatan pensyarah untuk kelihatan lebih baik
iv. Memiliki stamina dan keupayaan untuk
mengajar dan bertenaga di dalam kelas serta mempunyai penampilan diri yang lebih menarik.
Penceramah :
1. Dr. Faizal Hakimi bin Shamsudin -
JPJK, IPGKI
2. Pn. Norfaridah bt. Mohamad Khannas -
JPJK, IPGKI
3. En. Azhar Bin Awang - JPJK, IPGKI
4. Cik. Jamiah Ismail -
Unit Peperiksaan, IPGKI
Jadual bermula dengan Kepentingan Kecergasan Diri ( Jom Senam) di Gymnasium dan padang pada pukul 8.00-9.30 pagi oleh Pensyarah Pendidikan Jasmani yang diketuai oleh En. Azhar Bin Awang. Kemudian diteruskan dengan Ceramah Amalan Pemakanan Sihat oleh Pn. Nor Faridah bt. Mohamad Khannas pada jam 9.30-11.00 pagi di Mini Teater. Pada pukul 11.30 – 1.00 diteruskan dengan Amalan Gaya Hidup Sihat oleh Dr. Faizal Hakimi bin Shamsudin. Untuk slot petang adaah Slot Senamtari untuk kesihatan oleh Cik Jamiah bt. Ismail.
Semua pensyarah JIP menunjukkan komitmen yang baik dan seronok ketika Kursus ini dijalankan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan