• ;

22.04.2023 - Selamat Hari Raya AidilFitri 1444H/2023M

 Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri 1444H/2023M kepada warga JIP dan IPG Kampus Ipoh.


Cahaya Ramadan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati,


Ucapan Ketua Jabatan dan Penolong Ketua Jabatan


Suasana bersalam-salaman sesama warga JIP yang berkesempatan memeriahkan suasana. 





Kongsi:

12.04.2023 - Tahniah Dr. Vasuki Muniandy dan Pn. Latifah Jamil : PLC - Isu dan CabaranDalam Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah

 Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr. Vasuki Muniandy telah membimbing Unit X9 dan Unit X10 bagi melaksanakan Program Tea Talk: Isu dan Cabaran Dalam Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah seperti ketetapan di bawah :

2. Tarikh: 12 April (2.30pm)

3. Panel: Pn Latifah Jamil

4. Pembimbing: Dr Vasuki Muniandy 

5. Anjuran: Unit X9 dan X10

Kongsi:

11.04.2023 - Program Amali Bimbingan dan Kaunseling di lapangan : SK Kamunting

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan tahniah dan syabas kepada siswa guru Bimbingan dan Kaunseling unit W14 dan W15 yang berjaya melaksanakan amali Bimbingan dan Kaunseling kelompok bersama murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Kamunting, pada Selasa (11 April 2023). 

Program ini melibatkan kerjasama pensyarah Bimbingan dan Kaunseling iaitu Encik Mohd Izhar bin Hj. Ahmad Zahari, Tuan Hj. Mohd Nizam bin Mohd Tejeri dan Tuan Hj. Mazlan bin Ahmad. 

Slot perkongsian motivasi turut diberikan oleh Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling, Encik Mohd Nazri bin Saad. Program amali Bimbingan dan Kaunseling lapangan ini dilaksanakan kepada siswa siswi W14 dan W14 bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan semasa melakukan sesi kaunseling kelompok. Dengan ini diharapkan agar, semua siswa guru Bimbingan dan Kaunseling unit W berjaya memperoleh kejayaan dan menjadi kaunselor yang kompeten pada masa akan datang.



Kongsi:

07.04.2023 - Kunjung Kasih : Menyantuni Waris Cikgu Siti Aishah

 Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Cikgu Siti Aishah binti Idris, mantan guru Prasekolah Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh yang telah kembali ke rahmahtullah pada 04 April 2023 bersamaan 13 Ramadan 1444H.

En Ahmad Jalallulail, Bemdahari JIP telah menyampaikan sumbangan kepada waris. 

Justeru, En Ahmad Jalallulail, Pn Mastura binti Karimudin dan Tn Hj Azlan bin Lin telah mewakili warga JIP untuk menyantuni waris Allahyarhamah Cikgu Siti Aishah untuk menyampaikan sumbangan ikhlas JIP di Felda Trolak, Sungkai, Perak.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah.

Kongsi:

07.04.2023 - Tahniah Tn Hj Mohd Izhar : Sumbangan Bakti di Pameran Institusi Pengajian Tinggi.

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapaka  syabas dan tahniah kepada Tn. Hj. Mohd Izhar Bin Hj. Ahmad Zahari kerana menyumbang bakti di Pameran Institusi Pengajian Tinggi Awam anjuran pejabat Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, di SMJK Yuk Choy Ipoh pada  07.04.2023 (Jumaat).

Turut bersama lima orang pelajar siswa guru Bimbingan dan Kaunseling IPG Kampus Ipoh menjaga booth IPGM untuk memberi dan  menyampaikan maklumat kepada para pengunjung.








Kongsi:

07.04.2023 - Tahniah Dr Baskaran - Penerbitan Buku Teks Kurikulum Standar Sekolah Rendah

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr. Baskaran  Kannan yang menyumbang kepakaran dalam Bengkel Kerja Post Mortem Program Penerbitan Buku Teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah Semakan Semula 2017 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah. 

Tarikh - 4-7/4/23

Tempat  - Hotel Klana Resort, Seremban,  Negeri Sembilan.

 Anjuran 

Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, KPM.







Kongsi:

06.04.2023 - Bertuah Siswa Guru : Kasih-sayang Pelajar dan Pensyarah

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tn. Syed Jahangir Ali bin Ilham Mohaideen dan Dr. Zulliana binti Hassan kerana telah mengadakan aktiviti Iftar dan menyantuni siswa guru pada 06.04.2023 (Khamis).

Tn. Syed Jahangir Ali bersama pelajarnya Unit W5 dan W6 (TESL) melaksanakan Program Iftar di Restoran Nasi Kandar AK, Bandar Ipoh. 

 Syed Jahangir Ali bersama siswa guru.

Setelah selesai melaksanakan ibadah Solat Maghrib di Masjid India, Ipoh

Manakala, Dr. Zulliana Hasan bersama pelajar (mentee) X6, melaksanakan Program Iftar Terapi di Bulatan Amanjaya, Meru, Ipoh. 

Dr. Zulliana Hasan bersama siswa guru

Bulatan Amanjaya, Meru, Ipoh. Salah satu lokasi menarik untuk berbuka puasa beramai-ramai. 

Semoga, pelaksanaan aktiviti kebersamaan dengan siswa guru dapat diteruskan di masa-masa akan datang. 

Kongsi:

05.04.2023 - Mesyuarat Jabatan Ilmu Pendidikan Bil.2/2023

Jabatan Ilmu Pendidikan berjaya melaksanakan  Mesyuarat Jabatan Ilmu Pendidikan Bil.2/2023 seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 05.04.2023 (Rabu)

Masa : 02.30 petang.

Tempat : Bilik Mesyuarat Dahlia.

Dr. Mariah Kamaruddin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan sedang mempengerusikan mesyuarat.

Setiausaha dan Pen. Setiausaha sedang mengurus mesyuarat sebelum mesyuarat bermula.






Kongsi:

04.04.2023 - Tahniah Pn. Aniyusnita : Bengkel Sokongan Profesional KPPB dan DLO-KPPB Peringkat Kluster bagi 5 IPGK

 Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pn. Ainiyusnita binti Abdul Rahim, pensyarah Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP yang berjaya membentang dan berkongsi pengalamannya bersama siswa guru untuk pelaksanaan KPPB sewaktu PdPc.

Tahniah Pn Aniyusnita binti Abdul Rahim


Bengkel Sokongan Profesional KPPB dan DLO-KPPB Peringkat Kluster bagi 5 IPGK.

Tarikh : 4 April 2023

Pembentangan : Online

Anjuran bersama : IPGK IPOH, IPGK KOTA BHARU, IPGK RAJANG, IPGKTHO, IPGK SULTAN MIZAN

Pembentang IPGK Ipoh : Pn Ainiyusnita binti Abdul Rahim, Jabatan Ilmu Pendidikan






Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1