Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan tahniah dan syabas kepada siswa guru Bimbingan dan Kaunseling unit W14 dan W15 yang berjaya melaksanakan amali Bimbingan dan Kaunseling kelompok bersama murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Kamunting, pada Selasa (11 April 2023).
Program ini melibatkan kerjasama pensyarah Bimbingan dan Kaunseling iaitu Encik Mohd Izhar bin Hj. Ahmad Zahari, Tuan Hj. Mohd Nizam bin Mohd Tejeri dan Tuan Hj. Mazlan bin Ahmad.
Slot perkongsian motivasi turut diberikan oleh Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling, Encik Mohd Nazri bin Saad. Program amali Bimbingan dan Kaunseling lapangan ini dilaksanakan kepada siswa siswi W14 dan W14 bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan semasa melakukan sesi kaunseling kelompok. Dengan ini diharapkan agar, semua siswa guru Bimbingan dan Kaunseling unit W berjaya memperoleh kejayaan dan menjadi kaunselor yang kompeten pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan