• ;

27.07.2023 - Tahniah kepada Motivator JIP di SK Taman Jana, Kamunting.

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada empat (4) orang pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan dan 8 orang siswa guru kursus Bimbingan dan Kaunseling telah hadir di sekolah SK.Taman Jana , Kamunting, Taiping bagi memberi motivasi kepada seramai 200 orang murid Tahun 5 dan Tahun 6. Fokus utama adalah Motivasi Diri dan Awal Remaja.

En. Shaddin bin Sabri, Penolong Ketua Jabatan telah mengetuai rombongan JIP.  Turut serta ialah Pn. Mastura binti Karimuddin, En. Mustafa Kamal bin Alias dan Pn. Anis Salwa binti Ahmed@Adnan. 

Manakala, siswa Guru yang terlibat ialah Diana Azira binti Abdul Aziz, Putra Zawir Zakwan bin Mohd Samsunputra, , Mohamad Amir Farhan bin Azlan, Nur Athirah Naim binti Zulkifli, Nur Nasuha binti Abdul Fattah, Asma Nabilah binti Mohamad Zahir, Nur Fazlina Husna binti Mohd Khir, dan Afif Haikal bin Ahmad Zalizan.

Slot Motivasi bermula dengan Ice-Breaking, ceramah,aktiviti kumpulan dan diakhiri dengan majlis penutup.

 Encik Kamaruddin bin Hamid Guru Besar SK. Taman Jana, Kamunting amat berpuashati dengan aktiviti yang dijalankan dan mengucapkan terima kasih kepada pensyarah dan siswa guru. Beliau berharap kerjasama antara SK. Taman Jana dengan IPG Kampus Ipoh akan diteruskan lagi di masa akan datang.

Pensyarah JIP bersama
En. Kamaruddin bin Hamid, Guru Besar SK Taman Jana, Kamunting, Taiping.

En Shaddin, Pen Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan memberikan ucapan.

Pn. Mastura memberikan ceramah motivasi kepada pelajar Tahun 5 dan 6.

Siswa Guru opsyen Bimbingan dan Kaunseling, IPGKI.

Bersama pelajar Tahun 5 dan 6 SK Taman Jana, Kemunting, Taiping.







Sesi Latihan Dalam Kumpulan


Bersama pelajar Tahun 5 dan 6 SK Taman Jana, Kemunting, Taiping.



Kongsi:

27.07.2023 - Tahniah En Mohd Izhar : Motivator tersohor bersama Pelajar Tingkatan 5 SMK Methodis ACS, Sitiawan

Syabas dan tahniah kepada En Mohd Izhar bin Hj Ahmad Zahari, Pensyarah Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP yang telah melaksanakan perkongsian ilmu dalam ceramah motivasi di SMK Methodis ACS pada 27.07.2023 (Khamis) 

Ceramah motivasi ini bertajuk  "Peribadi Cemerlang Menjana Akademik Gemilang" bersama pelajar Tingkatan lima SMK Methodist ACS Sitiawan di Auditorium SMK Methodist ACS Sitiawan.






Kongsi:

27.07.2023 - Tahniah Dr Baskaran : Perkongsian PBD di SJKT Bandar Mahkota, Cheras, Selangor

Syabas dan tahniah kepada Dr Baskaran yang melaksanakan jemputan penceramah di SJKT Bandar Mahkota, Cheras pada 27.7.2023 (Khamis) untuk menjayakan bengkel pembugaran pentaksiran bilik darjah (PBD) untuk meningkatkan profesionalisme.

 Fokus diberi kepada keberkesanan dan cabaran. Semua guru melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan bengkel ini. Pelbagai soalan yang dikemukakan oleh guru berjaya diberi pencerahan. Moga semua guru yang terlibat mendapat manfaat daripada bengkel tersebut.














Kongsi:

25-26.07.2023 - Mini Kolokium Ilmu Pendidikan dan Ilmu Sejarah Peringkat Antarabangsa Antara IPG Kampus Ipoh dan Universiti Negeri Malang Indonesia.

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan kepada pensyarah JIP yang telah mengikuti Mini Kolokium Ilmu Pendidikan dan Ilmu Sejarah Peringkat Antarabangsa  Antara IPG Kampus Ipoh dan Universitas Negeri Malang Indonesia.

Mini Kolokium ini berlangsung pada 25-26 Julai 2023 di Universiti Negeri Malang yang diketuai oleh Dr. Yahya bin Osman, Pengarah IPGKI serta 12 orang pensyarah IPG Kampus Ipoh.

Sebanyak 13 artikel penyelidikan (IPGKI) dibentangkan pada Mini Kolokium ini








Kongsi:

24-26.07.2023 - Tahniah Pn Latifah : Bengkel Kerja (TOT) Modul Latihan Pentaksiran Bilik Darjah Kepada SIC+ dan Pegawai KPM Zon Tengah

 Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pn Latifah A. Jamil, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, JIP yang melaksanakan perkongsian ilmu di Bengkel Kerja (TOT) Modul Latihan Pentaksiran Bilik Darjah Kepada SIC+ dan Pegawai KPM Zon Tengah pada  24-26 Julai 2023 di Grand Lexis, Port Dickson

Pn Latifah bt A Jamil ( JUK Kebangsaan PBD) bersama seramai 30 orang pegawai yang terdiri dari SIC+ Zon Tengah dan Pegawai di KPM terlibat dalam bengkel. SIC+ Zon Tengah terdiri dari negeri Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor hadir mengikuti bengkel. Timbalan rektor Pusat Pembangunan Latihan IPGM, Dr Yazid bin Abdul Manap merasmikan penutupan bengkel. 

Pn Latifah A. Jamil (JU Kebangsaan PPD) bersama peserta bengkel

Pn Latifah sentiasa membimbing sewaktu bengkel tersebut.


Kongsi:

15 & 16 Julai 2023 : Tahniah Pn Mastura : Pelaksanaan 'Kembara Pendidikan W15.

Syabas dan tahniah kepada Pn Mastura binti Karimuddin, pensyarah kanan JIP yang telah melaksanakan Kembara Pendidikan bersama Unit W15  pada 15 dan 16 Julai 2023. 

Program ini telah adalah kembara ke Sekinchan, Selangor. Perjalanan disertai 11 orang siswa dan siswi unit W15.  Pelaksanaan kembara pendidikan ini diadakan untuk meluangkan masa bersama mentor dan mentee disamping mengeratkan silaturahim. 

Pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilakukan bersama-sama sepanjang berada di Sekinchan. Antara khidmat masyarakat iaitu gotong-royong dijalankan di Pantai Redang. 

Pn Mastura bersama mente W15 telah mengutip sampah di situ. Juga berkesempatan melawat Paddy Gallery, Coconut Farm dan Kapal Terbang Sekinchan. Kembara pendidikan ini memberi impak positif kepada siswa dan siswi unit W15. Malahan, aktiviti malam barbeque juga meningkatkan kejelekitan bersama mentor dan mentee. 

Kejelekitan Pn Mastura bersama mente W15.













Kongsi:

14.07.2023 - Tahniah En Ahmad Jalalulalil : Persembahan Teater AKU CIKGU dan SAKIT

 Syabas dan tahniah untuk pementasan dua buah persembahan teater berjudul "SAKIT" dan "AKU CIKGU" bagi memenuhi keperluan Kursus Elektif Teater Kanak-kanak (PAKK 3013) dan Kursus Pengurusan Acara (PACK 3013) pada 14.07.2023, jam 8.30 malam di Dewan Sri Tanjung, IPG Kampus Ipoh.

Tahniah kepada pelajar-pelajar Unit V (Ambilan Jun 2020) dari Pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling yang mengambil Kursus Elektif  Teater Kanak-kanak (TAKK 3013)  dan Pengurusan Acara (PACK 3013) atas kejayaan mempersembahkan 2 karya bermutu melalui lakonan mantap serta persiapan yang rapi.

Tahniah dan terima kasih kepada pensyarah penyelaras En. Ahmad Jalalulail Abdul Manab dari Jabatan Ilmu Pendidikan serta semua pensyarah yang terlibat atas ilmu pementasan teater serta bimbingan yang dicurahkan kepada para pelajar.

Terima kasih juga kepada En Mohd Khadri Fazil Rahman, Timbalan Pengarah, Dr Mariah binti Kamaruddin, Ketua Jabatan dan rakan-rakan pensyarah JIP sebagai tanda sokongan.  
















Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Arkib

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1