Tahniah kepada Dr. Vasuki, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan bersama beberapa orang pensyarah lain melaksanakan Program Fun Pedagogy Merentas Kurikulum bersama SJK(T) Gunung Rapat, Ipoh pada 12.07.2023 (Rabu) jam 1.30pm - 4.30pm.
Program tersebut adalah suatu usaha untuk mengaplikasi pembelajaran abad ke 21 di dalam bilik darjah. Ia juga merupakan satu usaha pihak IPGKI dalam menyumbangkan khidmat kepada masyarakat setempat yang menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan. Selain itu program ini juga merupakan suatu usaha berterusan pelajar IPGKI sepanjang program pendidikan perguruan dengan kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara.
Melalui program ini diharapkan mampu menambahkan minat murid-murid sekolah terhadap proses pembelajaran melalui aktiviti belajar sambil bermain. Pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pelatih IPGKI diharap mampu memberi pendedahan dan pengalaman bermakna kepada murid-murid sekolah yang terlibat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan