• ;

27-29.10.2024 : Tahniah Dr Ganesan - Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop on " Research Methods, Research Writing and Publication pada 27-29 Oktober 2024

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop  on  " Research Methods, Research Writing and Publication  "  yang telah diadakan selama tiga hari dari 27-29 Oktober  2024 di Tamil Nadu India. 

Bengkel Antarabangsa ini adalah anjuran  bersama oleh  Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India  dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 60 orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.









Kongsi:

31.10.2024 - Selamat Menyambut Deepavali 2024

Warga Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Ipoh mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali buat semua yang beragama Hindu. Semoga cahaya Deepavali menerangi kehidupan dengan penuh kebahagiaan.

Deepavali Valthukkal!✨🪔



Kongsi:

26.10.2024 - Tahniah Pn Yumi : Penceramah untuk MISSION POSSIBLE 3.0: PPDKiS INSPIRE 2024

Syabas dan tahniah kepada Pn. Yumi binti Abd Rahim, Pensyarah Akademik JIP telah melaksanakan amanah sebagai Penceramah  untuk MISSION POSSIBLE 3.0: PPDKiS INSPIRE 2024 pada 26 Oktober 2024, anjuran Pejabat Pendidikan Kinta Selatan (PPDKS).

Program MISSION POSSIBLE 3.0: PPDKiS INSPIRE 2024 telah dilaksanakan dengan jayanya di SK Toh Indra Wangsa Ahmad. Program ini bertujuan untuk memperkasakan guru-guru pemulihan khas dalam meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran melalui konsep "Lesson Study".

Pada tarikh tersebut, Puan Yumi binti Abd Rahim telah hadir ke SK Toh Indra Wangsa Ahmad untuk memantau dan membimbing guru pemulihan khas yang terlibat. Beliau memberikan tunjuk ajar serta panduan dalam pelaksanaan "Lesson Study", sekali gus membantu para guru memahami pendekatan yang lebih sistematik dan berfokus untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi dalam bilik darjah.


Program:

MISSION POSSIBLE 3.0: PPDKiS INSPIRE 2024 – PENJADUALAN SEMULA PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) – LESSON STUDY PEMULIHAN KHAS PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA SELATAN DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR) BIL. 2/2024






Kongsi:

25.10.2024 - Mesyuarat Jabatan Ilmu Pendidikan Bil. 5/2024

 Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan mesyuarat seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 25.10.2024 (Jumaat)

Masa : 3.00 petang.

Tempat : Google Meet.







Kongsi:

24.10.2024 - Tahniah Dr. Zulliana : Penceramah bertajuk Resilien Dalam Kesihatan Mental : Adaptasi Di Tempat Kerja dan Kehidupan.

Tahniah dan syabas kepada Dr Zulliana binti Hassan yang melaksanakan amanah atas pelantikan sebagai Penceramah di Kolokium Inovasi dan amalan : Adaptasi dan Responsif Terhadap Perubahan GBK & PRS Sekolah-sekolah Daerah Hulu Perak pada 24 Oktober 2024, bertempat di Dewan Resort Tasek Raban, Lenggong, Perak. 

Program ini adalah anjuran MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN HULU PERAK DAN Pejabat Pendidikan daerah Hulu Perak (PPDHU).

Ceramah yang bertajuk Resilien Dalam Kesihatan Mental : Adaptasi Di Tempat Kerja dan Kehidupan adalah topik yang disampaikan kepada pembimbing rakan sebaya dan guru-guru kaunseling untuk mendepani cabaran harian. Objektif ceramah ini adalah tips dan teknik bagi PRS menenteramkan diri dengan pemahaman berkaitan resilien sesuai dengan slogan PRS 'Bantu Diri Untuk Bantu Rakan"







Kongsi:

24.10.2024 : Tahniah Dr. Zulliana - Lantikan Ketua Juri Kolokium Inovasi dan amalan : Adaptasi dan Responsif Terhadap Perubahan GBK & PRS Sekolah-sekolah Daerah Hulu Perak.

Tahniah dan syabas kepada Dr Zulliana binti Hassan yang melaksanakan amanah atas pelantikan sebagai Ketua Juri Kolokium Inovasi dan amalan : Adaptasi dan Responsif Terhadap Perubahan GBK & PRS Sekolah-sekolah Daerah Hulu Perak pada 24 Oktober 2024, bertempat di Dewan Resort Tasek Raban, Lenggong, Perak. 

Program ini adalah anjuran MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN HULU PERAK DAN Pejabat Pendidikan daerah Hulu Perak (PPDHU).

Pertandingan ini telah disertai oleh 15 buah sekolah yang terdiri dari sekolah menengah dan rendah. Pertandingan ini memberikan pentas persembahan kepada peserta tentang amalan baik kepada peserta tentang amalan baik yang dilakukan di sekolah masing-masing dan inovasi yang dilakukan. 









Kongsi:

23.10.2024 - Tahniah Dr. Zulliana : Peramah di Pocket Talk berkaitan Mitos dan Fakta Gangguan Seksual.

Syabas dan tahniah kepada Dr. Zulliana binti Hassan yang melaksanakan amanah sebagai Penceramah di Program Pocket Talk, Jelajah Kaunseling D'Hati Rakyat sempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2024, Zon Utara pada 23 Oktober 2024, bertempat di IPGM Kampus Ipoh, Perak.

Program ini adalah anjuran Sukarelawan Kaunselor Berdaftar (SKB), Lembaga Kaunselor Malaysia dan IPGM Kampus Ipoh

Pengisian ceramah di Pocket Talk berkaitan Mitos dan Fakta Gangguan Seksual. Kesedaran tentang perbualan harian berkaitan seksual yang boleh ditapis untuk kesejahteraan semua.




Kongsi:

13-15.10.2024 - Tahniah Dr. Ganesan : Lantikan Sebagai PRESIDEN " International Virtual Workshop on " Soft Skills for Teaching, Manuscript Writing and Publishing " 13-15 Oktober 2024

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Dr.Ganesan Shanmugavelu, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh kerana telah dilantik sebagai PRESIDEN bagi International Virtual Workshop  on  " Soft Skills for Teaching, Manuscript Writing, Editing and Publishing  "  yang telah diadakan selama tiga hari dari 13-15 Oktober  2024 di Tamil Nadu India. 

Bengkel Antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh  Lavender Literary Club,Tamil Nadu India, Cape Comorin Trust, India  dan Malaysian Industrial Relations and Human Resource Association (MIRHA), Malaysia. Seramai 65  orang peserta telah menyertai Bengkel Antarabangsa ini.






Kongsi:

02.10.2024 - Lawatan dan Bimbingan Pra Audit MQA bagi Kursus Bimbingan dan Kaunseling

Syabas dan tahniah kepada Dr. Zuliana binti Hassan, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Ilmu Pendidikan serta Pensyarah Akademik yang terlibat telah berjaya melalui Sesi Pra Audit MQA bagi Kursus Bimbingan dan Kaunseling pada 02.10.2024, jam 8.30pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Bilik Dahlia, IPGM Kampus Ipoh.

Sesi Pra Audit ini dihadiri oleh Dr Mohd Zailani bin Ismail, selaku Panel/Task Force MQA dan Pakar Rujuk IPGM telah memberi bimbingan sewajarnya. Beberapa lawatan turut dilaksanakan. 

Warga IPGM Kampus Ipoh telah memberi kerjasama yang sebaiknya.

Penyampaian cenderamata oleh Dr. Hj. Mohd Taufik bin Hj. Ahmed, Timb. Pengarah kepada Dr. Mohd Zailani bin Ismail, Panel/Task Force MQA.

Dr Mohd Zailani bin Ismail



































Kongsi:

Maklumat Akademik

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1